KelabMama

Semua Yang Mama Perlu Tahu Tentang Hari Mengundi: Persediaan Untuk Mengundi + Mengundi Di Perantauan

Kredit gambar: Shutterstock

Pilihan raya umum hanya berlaku sekali dalam tempoh 5 tahun. Tahun ini merupakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung pada 19 November 2022 ni.

Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri mengumumkan cuti mengundi jatuh pada 18 November dan 19 November dan juga tol percuma buat dua hari tersebut. Ini bagi memudahkan perjalanan Mama untuk pulang ke kampung halaman dan mengundi.

Mungkin Mama dan Papa lupa akan cara macam mana nak mengundi pada hari tersebut. Terdapat beberapa prosedur yang Mama, Papa dan remaja berumur 18 keatas perlu tahu sebelum keluar mengundi.

Jom refresh dan baca dengan lebih lanjut.

Semak Daftar Pemilih

Pertama sekali, sebelum tiba hari mengundi, Mama perlu menyemak senarai daftar pemilih dan pastikan semua maklumat tertera adalah tepat.

Yang penting, kena tahu lokasi anda akan mengundi nanti. Mereka yang berumur 18 tahun keatas dan layak mengundi juga boleh melakukan semakan di laman web rasmi MySPR Semak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Apa Mama Perlu Jangkakan Pada Hari Mengundi

Penduduk di Semenanjung Malaysia diberi tempoh mengundi bermula 8:00 pagi sehingga 6:00 petang untuk Sabah dan Sarawak pula boleh pergi mengundi bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Pusat mengundi seperti di sekolah, dewan, khemah dan sebagainya akan mempunyai beberapa saluran mengundi bagi menampung bilangan pengundi berdaftar yang ramai di kawasan tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewajibkan maksimum 700 nama pengundi untuk setiap saluran pusat mengundi. Dengan cara ini, masalah kesesakan dalam saluran tertentu dapat dikawal dan pengundi juga tidak perlu menunggu lama untuk membuang undi.

Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa Ketika Mengundi

Kad pengenalan diri sama ada MyKad atau kad pengenalan lama adalah dokumen penting yang perlu dibawa. Jika Mama tidak mempunyai kad pengenalan, boleh juga menunjukkan resit JPN.KP9 atau JPN.KP11 kepada petugas.

Dokumen pengenalan diri Tambahan yang boleh dibawa bersama:

  1. Pasport Malaysia.
  2. Lesen memandu berserta gambar.
  3. Kad pengenalan rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana agensi kerajaan dengan nama pemegang, nombor dan gambar.

Boleh Ke Mama Nak Tolong Undikan Untuk Orang Lain?

Seseorang itu TIDAK DIBENARKAN untuk mengundi bagi pihak orang lain. Tetapi sekiranya pengundi mempunyai masalah cacat penglihatan, mereka perlulah ditemani oleh individu yang boleh dipercayai bagi membantu proses pengundian. Sebelum itu, individu yang menemani perlu mengisi Borang 10.

Di bawah adalah prosedur mengundi iaitu 10 langkah pengundian yang Mama harus tahu.

Kredit gambar: sprgovmy

Diingatkan Mama supaya tidak mencacat cela kan kertas undi supaya undian Mama tidak dibatal. Oleh itu, berhati-hati semasa mengundi.

Undian Pos Untuk Mama Di Perantauan

Kredit gambar: sprgovmy

Sebelum itu, siapa yang layak untuk undian melalui pos ni?

Syarat-syaratnya

Syarat-syarat untuk pengundi yang tinggal di luar negara untuk mengundi secara pos adalah seperti berikut: 

Syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) seperti yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:

Jangan panik dan nervous ya Mama. Pastikan Mama buat pilihan yang bijak untuk masa depan yang lebih cerah! Selamat mengundi~


Anak Mama tanya apa itu Pilihan Raya Umum? Dapatkan tips cara untuk bercakap tentang mengundi dengan anak-anak muda Mama di SINI.