KelabMama

Hari Malaysia Tidak Sama Tarikh Dengan Hari Kemerdekaan? Mari Ulang Kaji

Pernah tak Mama Papa terfikir, “kenapa hari Malaysia tidak sama tarikh dengan tarikh kemerdekaan?” Mungkin Mama Papa belum tahu atau terlupa.

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun adalah hari memperingati pembentukan Malaysia.

Berbeza dengan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan, yang menyambut tarikh 31 ogos 1957 yang menyambut kemerdekaan Malaysia, Hari Malaysia menandakan hari penyertaan bersama Malaya, Sabah, Brunei, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Singapura Brunei? Tapi itu kan negara yang berlainan dan bukan sebahagian daripada Malaysia?

Haaa harini Mama Siti nak ulangkaji sejarah sikit. Boleh la Mama Papa ceritakan pada anak-anak. Taknak la nanti anak tanya, Mama Papa tak tahu pulak nak jawab kan.

Sejarah Peristiwa Hari Malaysia

Peristiwa yang disambut pada hari Malaysia, seperti yang diberitahu adalah pembentukan Malaysia yang telah menjalani pelbagai proses.

Selepas Hari Kemerdekaan, terdapat beberapa perjanjian dan perbincangan antara pemimpin negara.

Bagi mengukuhkan kedudukan persekutuan Tanah Melayu menentang anasir luar, Tunku Abdul Rahman mencadangkan penggabungan tiga (3) negara jiran:

Borneo Utara (kini dikenali sebagai Sabah dan Brunei), Sarawak dan Singapura. Kemuncak rundingan itu ialah gabungan empat (4) wilayah ini untuk membentuk sebuah negara baru bernama Malaysia pada 16 September 1963.

Peristiwa Pembentukan Malaysia

1945

Kredit gambar: The Patriots

Malayan Union diperkenalkan oleh kerajaan British sebagai cadangan ke arah kemerdekaan. Pada mulanya, ia dibantah oleh majoriti rakyat tempatan kerana menyebabkan Sultan hilang kuasa dalam bidang politik.

Malayan Union menggabungkan negeri-negeri Melayu bersekutu, tidak bersekutu, dan negeri selat kecuali singapura, kerana British berhasrat membina pengkalan tentera di sana.

Singapura berhasrat untuk menyertai Malayan Union melalui gerakan politik seperti “People’s Action Party (PAP)”.

1948

Tanah Melayu diisytiharkan darurat kerana pemberontakan Malayan’s People Ani-Japanese Army (MPAJA)/ Parti Komunis Malaya.

1949

Pilihan raya pertama Tanah Melayu yang dimenangi Parti Perikatan iaitu UMNO, MCA dan MIC yang mewakili 3 kaum utama Melayu, China dan India.

19551956

Rundingan ke London diketuai oleh Tunku Abdul Rahman bagi merundingkan mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Melalui rundingan tersebut, persetujuan telah dibuat pada Februari 1956 dan kemerdekaan secara rasmi akan diberikan.

Suruhanjaya Reid Mac 1956: Dirangka untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Jun-Oktober 1956: 188 mesyuarat telah diadakan untuk bincang rangka perlembagaan. (Mama Siti kalau meeting 3-4 kali sehari pun dah tak ada mood nak buat kerja tau!). Parti perikatan mendapat 131 memorandum dan telah berjaya merangka perlembagaan.

1957

Februari 1957: Suruhanjaya Reid memberi laporan mesyuarat kepada jawatankuasa kerja untuk disemak. Jawatankuasa kerja terdiri daripada:

4 wakil pemerintah Melayu, 4 wakil parti perikatan, Suruhanjaya tinggi British, Setiausaha agung, Peguam negara.

Setelah mendapatkan kelulusan daripada kerajaan British dan diperkenankan majlis raja-raja Melayu, seperti yang dinikmati hari ini, kita menyambut kemerdekaan dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

1960-1961

Darurat dimansuhkan sejak 1948 kerana para pemberontak Komunis mula hilang kuasa.

Tunku Abdul Rahman mengumumkan hasrat penubuhan Malaysia kepada persatuan wartawan luar negeri di Asia Tenggara, di Hotel Adelphi Singapura.

Gabungan ini termasuk:

1962

Kredit gambar: Utusan Sarawak

16 Januari 1962: Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk dapatkan pendapat masyarakat Sabah dan Sarawak. Dan telah terhasil “44 Memorandum of Malaysia

Rundingan demi rundingan dibuat demi mencapai kemerdekaan bagi Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada mulanya, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bersama Tanah Melayu tetapi mendapat tentangan yang hebat dari pihak Filipina dan Indonesia.

Suruhanjaya Cobbold telah menerima 2,200 Keping surat & memo daripada pelbagai perbadanan. Laporannya mendapati:

Suruhanjaya Cobbold mencadangkan untuk memasukkan beberapa perkara untuk dimasukkan kedalam perlembagaan Malaysia dan telah disemak oleh Jawatankuasa antara kerajaan (JAK) Sebagai jaminan bagi penduduk Sabah Sarawak.

Berlaku penentangan daripada pemimpin pembangkang brunei.

1 November 1962: Referendum Singapura diadakan dan mendapati 71% rakyat Singapura menyokong gagasan Malaysia.

Reaksi Negara Luar

Filipina:

Kredit gambar: Oficial Gazette

Presiden Filipina Diosdado Macapagal menuntut Sabah adalah milik mereka kerana ianya hanya dipajak oleh kerajaan Sulu dan bukan diberikan terus pada tahun 1874, dan telah dibatalkan oleh warisnya pada 1958.

Sekiranya Sabah menyertai Malaysia, Filipna akan lebih sukar diambil oleh mereka. Lalu Presiden Filipina putuskan hubungan diplomatik dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Nota Tambahan: Tahun 2013 menandakan sejarah hitam apabila Jamalul Kiram III yang mengakui sebagai pewaris kesultanan Sulu, mengarahkan pencerobohan dan telah mencabuli keamanan negara, kerana ingin menuntut Borneo Utara. Tragedi ini mengakibatkan sebilangan nyawa pembela negara turut terkorban.

Indonesia:

Presiden Soekarno mengatakan pembetukan Malaysia merupakan satu penjajahan baru dan telah mengumumkan dasar konfrontasi “Ganyang Malaysia” dan telah menyebabkan kematian.

1963

27 Februari: Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) telah lengkap dan dibentangkan kepada Majlis Negeri Sarawak (8 Mac 1963) & Majlis Negeri Sabah (13 Mac 1963) . Setelah diluluskan maka wujudlah Akta Malaysia 1963.

Pembentukan Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 terdiri daripada 9 negeri di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 Ogos- 5 September 1963: Maphilindo ditubuhkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan permasalahan antara Indonesia dan Filipna dengan Malaysia.

Dan inilah kenapa tarikh hari Malaysia tidak sama dengan tarikh kemerdekaan. Pada asalnya tarikh pengumuman penubuhan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963, namun laporan perbincangan Maphilindo disiapkan pada 14 September, dan Malaysia telah diisytiharkan pada tanggal 16 September 1963.

Tapi kenapa Singapura sekarang bukan lagi sebahagian daripada Malaysia? Kena la hidupkan notifikasi, sebab pasal yang itu, Mama Siti akan kongsikan di lain hari.


Untuk lebih lagi info menarik tentang acara terkini klik SINI.