Memastikan anak-anak kekal sihat dan terlindung daripada penyakit merupakan keutamaan ibu bapa di Malaysia. Sokongan imuniti menjadi antara manfaat utama yang dicari, selaras dengan fokus berterusan terhadap pencegahan penyakit.
Kanak-kanak usia prasekolah lazimnya jatuh sakit lapan hingga dua belas kali setahun kerana sistem imun mereka masih dalam peringkat perkembangan.
Pada masa yang sama, data nasional terkini menunjukkan wujudnya jurang pemakanan yang senyap. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2024, hampir 78% remaja di Malaysia serta sebahagian besar kanak-kanak tidak memenuhi pengambilan harian vitamin C yang disyorkan.
Sehubungan dengan ini, Scott’s memperkukuhkan lagi kempen #AnakSiapaNi Anak Scott’s Lah, yang buat pertama kalinya dilancarkan pada bulan Februari sempena sambutan khas Hari Kanak-Kanak Scott’s 2026.
Kempen #AnakSiapaNi ini merakam detik-detik harian apabila kanak-kanak mempamerkan tenaga, keazaman dan ketahanan yang sering mengejutkan serta mengagumkan kita—sekali gus mendorong ibu bapa dengan rasa bangga untuk bertanya, “Anak siapa ni?” Bersama Scott’s, jawapannya mudah: Anak Scott’s lah!
Kempen ini direalisasikan melalui filem jenama dan aktiviti di lapangan yang meraikan personaliti unik kanak-kanak, di samping menekankan kepentingan imuniti yang kuat bagi membantu mereka kekal sihat, aktif serta bersedia untuk meneroka pengalaman harian.
Neelesh Suryavanshee, Pengurus Besar Malaysia, Singapura, dan Brunei di Haleon, berkongsi inspirasi di sebalik kempen tersebut: “Di Scott’s, kami percaya setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk bebas meneroka, belajar, dan membesar. Kempen #AnakSiapaNi meraikan detik-detik kebanggaan ibu bapa—ketika melihat anak mereka memimpin permainan dengan yakin atau kekal bertenaga sepanjang minggu persekolahan yang sibuk. “
“Melalui kerjasama kami dengan Watsons dan House of Love, kami turut membantu menyokong kanak-kanak di dalam komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat akses kepada asas nutrisi yang mereka perlukan untuk kekal sihat. Paling
penting, kami mahu setiap ibu bapa dengan penuh rasa bangga, tampil untuk berkata “Anak Scott’s lah!” tambah beliau lagi.
Menyokong Imuniti Harian dengan Scott’s Vitamin C Pastilles
Fokus utama sambutan pada tahun ini ialah Scott’s Vitamin C Pastilles—suplemen lembut, kenyal dan disahkan Halal. Vitamin C membantu menyokong kesihatan imun kanak-kanak.
Tinggi dengan Vitamin C dan sesuai untuk kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas, pastil ini membantu memenuhi keperluan harian vitamin C dalam bentuk yang mudah dikunyah dan enak untuk dinikmati. Terdapat dalam perisa Beri Campuran, Oren, dan Blackcurrant, ianya adalah khasiat yang dipercayai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Kesejahteraan kanak-kanak menjadi teras setiap sambutan
(Dari kiri ke kanan: Encik Law Chen, Ketua dan Pengarah Pemasaran, Malaysia, Singapura dan Brunei di Haleon, Dr Joseph Pang, Pengasas House of Love, Encik Neelesh Suryavanshee, Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei di Haleon, Puan Foo Hwei Jiek, Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia, Puan Katrina Mangubat, Pengarah Saluran, Perdagangan Moden dan Farmasi di Haleon, dan Encik Amit Mathur, Ketua Perdagangan & Comex, Malaysia, Singapura dan Brunei di Haleon)
Sempena Hari Kanak-kanak Scott’s 2026, Haleon bersama-sama Watsons menyokong House of Love sebagai tanda komitmen mereka untuk memelihara kesejahteraan kanak-kanak di dalam komuniti.
Wakil daripada House of Love dialu-alukan sebagai tetamu kehormat di majlis pelancaran tersebut, di mana Haleon dan Watsons telah mengagihkan pek penjagaan yang mengandungi kira-kira 1,000 unit produk Scott’s bersama barangan keperluan diri daripada Watsons, sebagai sokongan terhadap kesejahteraan kanak-kanak daripada komuniti yang kurang mendapat akses perkhidmatan.
Sebagai jenama yang dipercayai sejak turun-temurun dan diiktiraf sebagai Jenama Suplemen Kanak-kanak No. 1 di Semenanjung Malaysia, Scott’s terus meluaskan penjagaannya melangkaui rak runcit dan menyumbang kepada komuniti yang dilayaninya.
Hujung Minggu yang Menyeronokkan dan Momen Membina Imuniti
Selepas pelancarannya, jelajah Hari Kanak-Kanak Scott’s 2026 akan diteruskan di Pusat Beli-belah Sunway Velocity (Vanity Atrium) dari 24 hingga 26 April 2026, dengan menjemput seisi keluarga untuk menyertai cabaran mudah serta menyeronokkan, yang menggalakkan amalan-amalan harian untuk membina kekuatan imuniti.
Aktiviti-aktiviti ini direka untuk mencipta dan berkongsi detik kebanggaan, sekali gus menghidupkan semangat #AnakSiapaNi—detik yang mengukir senyuman di wajah ibu bapa dan mengukuhkan keyakinan mereka untuk berkata, “Anak Scott’s lah!”
Melalui kempen #AnakSiapaNi, dengan tumpuan terhadap Scott’s Vitamin C Pastilles serta kerjasama bermakna bersama komuniti demi kesejahteraan kanak-kanak, Hari Kanak-kanak Scott’s 2026 menegaskan komitmen jenama dalam memupuk generasi yang lebih sihat, ceria dan berkeyakinan.Untuk maklumat lanjut, sila layari Scott’s Malaysia Facebook Page.
