KelabMama

HANYA KERANA PEWARNA RAMBUT, BAYI INI DILAHIRKAN LEBIH DARI SEMPURNA

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Tak kisah lah lambat pergi kerja atau kelas pun, mesti nak kena make-up, jaga penampilan diri. Ada juga yang ketika sakit pun, masih nak melawa, nak kena cantik. “Kurang keyakinan diri kalau muka pucat je,”… katanya.

Begitu juga dengan seorang wanita muda yang ketika itu sedang mengandungkan anak pertamanya. Walaupun telah dilarang oleh ibunya sendiri, wanita tersebut tetap ingin mewarnakan rambutnya untuk tampil lebih cantik. Ketika itu, dia masih mengandung. Namun, tidak lama selepas itu dia dikhabarkan dengan satu berita buruk.

Kandungan ‘istimewa’.

Doktor my engesahkan anak dalam kandungannya kelihatan ‘istimewa’ berbanding mereka yang normal. Janin yang masih berada dalam kandungan mungkin terkena ‘chemical attack’ melalui ibunya. Pada masa ini, janin tersebut telah besar dan lebih sempurna sifatnya. Jadi, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Apabila hampir dengan tarikh bersalin, satu ultrasound dibuat sekali lagi. Kali ini doktor mengesahkan bahawa janin dalam kandungannya bakal dilahirkan tidak normal kerana si ibu telah dijangkiti bahan kimia ketika mengandung. Si ibu terkejut mendengar berita tersebut, tapi semuanya sudah terlambat. Kini, dia menyesal dengan akibat perbuatannya sendiri.

Walaupun wanita tersebut sudah bersedia menerima kelahiran anaknya itu, namun hati ibu mana tidak tersentuh. Dia menangis meratapi melihat bayi lelakinya yang baru lahir, mempunyai lebih daripada 2 kaki.

Boleh ke tidak menggunakan bahan kimia ketika mengandung?

Menurut pakar, tiada kajian yang sahih yang menunjukkan bahawa mewarnakan rambut ketika mengandung boleh memberi kesan negatif ke atas kandungan. Tetapi, pewarna rambut sering mempunyai bahan-bahan kimia yang toksik seperi ‘phenylenediamine & aminophenol’. Oleh itu, adalah disarankan untuk ibu hamil tidak menggunakan terlalu banyak bahan kimia ketika 3 bulan pertama mengandung. 3 bulan pertama kandungan adalah dimana embrio sedang membesar dan membentuk dalam rahim kita.

Jadi Mama, hati-hati ya!

5 Perkara Mama Dilarang buat pada Trimester Pertama

    1. Jangan berlari, lompat, membengkokkan badan terlalu banyak. Bersenam pada tahap yang mampu sahaja.
    1. Jangan ambil ubatan atau makanan tambahan tanpa nasihat doktor.
    1. Elakkan berdiri terlalu lama atau berdiri secara mengejut.
    1. Kurangkan mandi air sejuk, ataupun air yang terlalu panas. Perubahan suhu yang terlalu mendadak boleh memberi kesan kepada kandungan.
  1. Elakkan daripada berada di tempat yang ramai orang supaya tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit.

Walaupun kesahihannya masih diragui, Mama dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati jika ingin menggunakan produk ke atas badan kita ketika mengandung. Lebih baik elak daripada merawat bukan?