KelabMama

HAMIL SEMULA SELEPAS KELAHIRAN CESAREAN DALAM TEMPOH YANG SINGKAT! TAK BAHAYA KE?

Ini merupakan soalan yang acapkali diajukan wanita yang ingin hamil atau sedang hamil kembali setelah melahirkan anak secara pembedahan (Cesarean).

Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ? Misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan. Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

 

Bolehkah saya melahirkan secara normal untuk kehamilan berikutnya?

 Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus. Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas (ini masalah masa ibu nak bersalinkan Faris, untuk adik Faris, ibu harap dapat bersalin normal pula) atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.

 

Bolehkah saya meneruskan kandungan saya ini kerana saya baru saja enam bulan melahirkan anak?

 

 

 

 

 

Sumber: www.hamidarshat.com