KelabMama

HAMIL BUKAN ALASAN MALAS

Anda seorang yang aktif semasa bujang. Namun setelah berkahwin dan beberapa ketika anda disahkan hamil. Seronok bukan? Namun, setelah disahkan hamil adakah selama 9 bulan anda harus berhenti daripada melakukan aktiviti kegemaran anda kerana kondisi tubuh badan anda itu? Adakah anda akan memiliki peluang untuk melaksanakan aktiviti yang memberi kesan positif pada tubuh badan anda?

 

Ada beberapa tips untuk anda kekal aktif walaupun anda disahkan hamil. Ingat, hamil tidak menjadikan anda seorang yang tidak aktif, dan hanya ingin rehat atau tidur sepanjang masa. Antara aktiviti yang anda boleh kekal lakukan selepas anda disahkan hamil adalah seperti aktiviti fizikal harian normal anda seperti berjalan ke tempat kerja, membuat kerja-kerja rumah dan lain-lain perkara yang anda sering lakukan sebelum mengandung.

 

Selain itu, anda masih boleh lakukan aktiviti rekreasi yang tidak ekstrem seperti berenang atau berjalan di kawasan taman perumahan anda untuk mengeluarkan peluh. Anda juga boleh lagi ke gym seperti biasa, tetapi pilihlah aktiviti yang tidak terlampau berat seperti berjalan di atas treadmill atau senaman lengan. Bersenam seperti biasa dan juga aktiviti bersukan yang lain seperti berenang dan bermain badminton masih boleh dilakukan.

 

Kebaikan Kekal Aktif