KelabMama

Hamil 9 Bulan – Ini Makanan Sihat Untuk Mama!

makanan ibu hamil 9 bulan

Image from Adobe Stock

Dari awal kehamilan sehinggalah dah hamil 9 bulan ni, mama mesti akan fikir apa makanan yang mama kena makan untuk kesihatan si comel dalam rahim kan? Banyak makanan tambahan yang boleh membantu tumbesaran bayi, ada yang berbentuk pil atau supplemen dan ada juga makanan semulajadi.

Mama Siti lebih mengesyorkan makanan yang natural kepada mama semua bila usia kehamilan semakin meningkat. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau mencadangkan beberapa makanan yang baik untuk mama yang mengandung. Namun hanya boleh diamalkan, kalau mama semua tiada masalah kesihatan atau diet yang tertentu.

Beliau juga menyatakan bahawa makanan tambahan ini sangat barakah yang mana ianya disebut dalam Al Quran dan sangat bernutrisi. Beliau menambah, ibu hamil digalakkan mengamalkan makanan tambahan ini dan elakkan makanan diproses demi kesihatan diri dan bayi dalam kandungan.

Antara Makanan Mama Perlukan Ketika Hamil 9 Bulan

#1 KURMA

Kurma memang terbukti mempunyai banyak khasiat. Bukan je mengandungi vitamin, mineral dan pelbagai jenis protein, bahkan juga serat dan gula. Mama disarankan untuk mengambil kurma sebagai kudapan. Ambil je dalam 2-3 biji bila mama rasa lapar. Kurma juga memberi tenaga kepada mama yang tengah hamil.

#2 BUAH TEEN

Buah teen atau juga dipanggil buah fig sangat tinggi dengan Omega 3 dan Omega 6. Kandungan omega ini boleh membantu tumbesaran fizikal anak dalam kandungan. Selain itu, buah teen juga menyeimbangkan kandungan gula dan kolestrol dalam darah kerana mengandungi serat yang tinggi. Sangat baik untuk mama yang mengandung kerana kandungan kalsium, potasium, zink dan zat besi. Malah juga boleh mengurangkan kelelahan, mencegah anemia dan meningkatkan daya ingatan minda.

#3 MINYAK ZAITUN

Seterusnya ialah minyak zaitun. Ia mempunyai essential fatty acid yang baik untuk perkembangan otak dan saraf bayi. Mama yang mengandung sangat digalakkan untuk mengambil minyak zaitun kerana khasiatnya yang tak terkira.

#4 BUAH DELIMA

Bukan je elok untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim mama, buah delima juga baik untuk jantung dan boleh menyeimbangkan tekanan darah mama. Hal ini kerana kandungan fitokimia dalam buah tersebut.

#5 MADU

Mesti mama semua tahu kan yang madu asli banyak kebaikannya. Keberkatannya juga disebut dalam Al Quran melalui surah an Nahl yang bermaksud lebah. Mengandungi vitamin, mineral malah juga enzim yang berguna untuk mama hamil, sudah cukup membuktikan madu ini mempunyai manfaat yang banyak kepada penggemarnya.

#6 SUSU

Tinggi dengan kalsium yang baik untuk tulang dan membekalkan tenaga kepada ibu hamil dan baby dalam rahim, susu menjadi makanan pilihan yang terbaik untuk mama semua. Mama boleh memilih sama ada susu lembu atau kambing. Tapi, mama kena tengok juga, kalau mama ada alahan atau lactose intolerance, mama tak boleh minum susu.

Bagi mama yang takde alahan tu, bolehlah minum 2-3 gelas susu segar setiap hari. Ianya mampu memberi extra tenaga kepada mama semua. Yelah, bila mengandungkan, kita cepat penat, jadi susu boleh kekalkan energy dalam badan mama.

Mama Siti sangat galakkan mama semua untuk amalkan makanan terbaik ini. Bukan je disebut dalam Al Quran, malah juga terbukti secara klinikal dan saintifik. Tapi ambil ikut keperluan dan saiz yang ditetapkan. Check juga kalau-kalau mama ada alergik dengan makanan ini, risau juga kalau ada komplikasi yang memudaratkan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

BACA LAGI AMALKAN MAKANAN INI UNTUK ELAK TEKANAN DARAH RENDAH KETIKA HAMIL

Pesan Mama Siti

Kalau time tak hamil pun kita kena makan makanan yang sihat, apatah lagi waktu hamil kan? Jadi, sentiasa amalkan pemakanan yang baik untuk kesihatan diri mama dan si manja yang bakal lahir.