KelabMama

20 Inspirasi Hadiah Untuk Suami Yang Berkarisma Dan Maskulin

Sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan berikanlah hadiah untuk suami Mama dengan sesuatu yang istimewa dan disukainya. Tidak perlu untuk menunggu hari ketibaan hari lahir atau ulang tahun, Mama juga boleh berikannya pada bila-bila masa sahaja. Malah, ianya lebih tampak romantis dan penuh dengan kejutan.

Mama Siti tahu, sebenarnya agak sukar untuk berikan hadiah untuk suami yang sesuai. Takut tak kena dengan citarasa atau dia sudah memilikinya.

Jadi, jom Mama Siti ingin kongsikan beberapa inspirasi hadiah untuk suami yang Mama atau anak-anak boleh consider. Semoga membantu!

20 Idea Hadiah Untuk Suami Yang Mampu Membuat Suami Tersenyum

#1. Jam Tangan

Kredit gambar: shopee

Tidak lengkap fesyen seorang lelaki itu sekiranya tanpa jam tangan. Jam tangan bukan sahaja melambangkan si pemakainya adalah seorang yang menghargai masa tetapi juga menampakkan seseorang pemakai itu tampil lebih bergaya.

Para isteri haruslah bijak dalam membuat pemilihan jam tangan yang sesuai dengan suami mereka. Ingin lebih romantik? Jadikan jam tangan pasangan (couple) sebagai hadiah untuk suami anda.

Selain itu, para isteri boleh memilih untuk menghadiahkan Smartwatch kepada suami anda kerana pada zaman sekarang Smartwatch sering menjadi pilihan ramai lelaki sebagai pelengkap gaya mereka.

#2. Kasut/Sneakers/Sandal

Kredit gambar: Pinterest

Selain jam tangan, kasut/sneakers/sandal juga adalah pelengkap gaya bagi seorang lelaki. Penampilan seseorang lelaki itu akan kelihatan sangat menarik sekiranya mereka mengenakan kasut/sneakers/sandal yang sesuai dengan gaya dan penampilan mereka.

Oleh itu, si isteri boleh memilih untuk menghadiahkan kasut/snekaers/sandal dari jenama kegemaran suami kepada mereka.

#3. Tali Pinggang

Kredit gambar: shopee

Tali pinggang adalah antara barang penting bagi seorang lelaki. Sekiranya anda ingin menghadiahkan suami anda dengan tali pinggang pastikan anda memilih tali pinggang sesuai dengan gaya mereka atau lebih mudah pilih tali pinggang yang boleh disesuaikan dengan semua jenis gaya dan keadaan.

#4. Tali Leher

Kredit gambar: shopee

Pemilihan tali leher sebagai hadiah untuk insan istimewa ini adalah amat sesuai bagi suami yang bekerja di pejabat dan perlu mengenakan tali leher pada setiap hari.

Tambah koleksi tali leher mereka dan pastikan tali leher hadiah dari sang isteri menjadi kegemaran suami setiap kali ke pejabat.

#5. Dompet

Kredit gambar: engpal.com

Berbeza dengan kaum wanita, kaum lelaki sangat jarang menukar dompet mereka. Selalunya, mereka akan menggunakan dompet mereka selagi dompet tersebut masih boleh digunakan.

Oleh itu, pemilihan dompet sebagai hadiah buat si suami sangat sesuai.

#6. Minyak Wangi

Kredit gambar: Kedai Sempoi Wangi

Seperti wanita, kaum lelaki juga sangat sinonim dengan minyak wangi. Minyak wangi dapat membuat sesiapa sahaja yang tercium baunya akan terpesona dengan kewangiannya.

Pastikan bau yang dipilih adalah bau yang menjadi kegemaran suami anda.

#7. Konsol Permainan Video/Aksesori Permainan Video

Kredit gambar: OhBalloon

Lelaki dan permainan video tidak dapat dipisahkan. Bagi suami-suami yang sukakan permainan video, anda boleh memilih untuk menghadiahkan mereka dengan konsol permainan video/aksesori permainan video.

Contohnya, Playstation, gaming keyboard, kerusi gaming dan lain-lain. Pastinya suami anda akan tersenyum lebar dengan hadiah ini.

#8. Pakaian Berjenama

Kredit gambar : RINAZUL

Selain itu, kaum isteri boleh menghadiahkan suami mereka dengan pakaian berjenama kesukaan mereka. Lazimnya, kaum lelaki akan mengenakan pakaian yang sama berulang kali sekiranya pakaian tersebut disukai mereka.

Jadikan pakaian pilihan anda sebagai hadiah kepada mereka dan pastinya ia menjadi pakaian kegemaran mereka.

#9. Laptop

Kredit gambar : adzrin mansor

Laptop adalah salah satu gadjet yang menjadi keperluan kepada hampir semua orang yang bekerja dan belajar. Bagi suami-suami yang menggunakan laptop untuk kerja seharian mereka pilihan laptop sebagai hadiah adalah sangat sesuai.

Apatah lagi sekiranya laptop yang sedang digunakan telah rosak atau mengalami masalah. Pastinya suami anda akan sangat menghargai pemberian tersebut.

#10. Telefon Bimbit

Kredit gambar : carousell

Sama seperti laptop, telefon bimbit jugak telah menjadi satu keperluan pada zaman sekarang. Hampir kesemua orang mempunyai telefon bimbit mereka sendiri. Setiap orang pasti mengimpikan telefon bimbit yang canggih, berteknologi tinggi dan terkini.

Kejutkan insan istimewa dalam hidup anda dengan pilihan telefon yang canggih, berteknologi tinggi dan terkini. Contohnya, Iphone 13 dan lihatlah senyuman yang akan terukir di bibir mereka.

#11. Makan Malam Romantik

Kredit gambar: malerwinkl

Lazimnya, kita sering mendengar kaum lelaki yang membawa wanita kesayangan mereka untuk makan malam romantik. Apa kata hadiahkan suami anda dengan makan malam romantik bersama.

Pastinya akan membangkitkan aura kasih sayang antara anda berdua. Ingin lebih istimewa anda boleh masakkan dan setkan sendiri makan malam tersebut di tempat kegemaran anda berdua. Pastinya akan lebih diingati oleh suami anda.

#12. Set Bertukang Yang Lengkap

Kredit gambar: Builtory

Lelaki dan bertukang tidak dapat dipisahkan. Sangat beruntung seorang isteri yang memiliki seorang suami yang suka bertukang dan banyak membantu dalam urusan pertukangan di rumah.

Hadiahkan set bertukang ini kepada suami anda dan nikmati manfaatnya bersama.

#13. Set Penjagaan Wajah

Kredit gambar: shopee

Set penjagaan wajah selalunya sangat sinonim dengan kaum hawa. Namun, tidak salah sekiranya menghadiahkan set penjagaan wajah kepada suami anda supaya mereka boleh tampil lebih berkeyakinan dengan wajah mereka.

Sebenarnya kaum lelaki juga suka akan set penjagaan wajah ini tetapi mereka ini kurang pendedahan dan malas ingin mencari yang sesuai dengan mereka.

#14. Kaca mata Hitam

Kredit gambar: Ubuy

Di samping itu, kaca mata hitam juga boleh dijadikan hadiah buat suami anda sekiranya suami anda seorang yang suka bergaya. Kacamata hitam ternyata dapat menambahkan seri dan gaya seseorang lelaki.

Seseorang lelaki itu akan tampak macho apabila mengenakan kacamata hitam.

#15. Jersi Pasukan Kegemaran

Kredit sumber: Pinterest

Lelaki dan bola sepak sememangnya tidak dapat dipisahkan. Sudah pasti suami anda mempunyai pasukan bola sepak kegemaran mereka sendiri.

Jadikan jersi pasukan bola sepak kegemaran mereka sebagai hadiah buat mereka. Sudah pasti suami anda akan sangat gembira kerana anda seolah-olah menyokong minat mereka.

#16. Pakej Percutian Bersama

Kredit gambar: redaksi.com

Siapa sahaja yang tidak sukakan kepada percutian apatah lagi dihadiahkan oleh orang yang istimewa dalam hidup mereka. Tenangkan fikiran anda bersama suami sambil menyulam cinta bersama.

Pastinya setiap detik indah semasa percutian ini akan diingati bersama sepanjang perkhawinan anda.

#17. Topi

Kredit gambar: shopee

Ramai sebenarnya kaum lelaki yang suka mengenakan topi dalam fesyen harian mereka. Topi ini akan menampakkan suami anda seorang yang santai tetapi masih bergaya.

Pastikan pemilihan topi adalah yang sesuai dengan citarasa suami anda.

#18. Gitar

Kredit gambar: PIXN10

Bagi suami yang gemarkan kepada seni seperti bermain gitar, hadiahkan mereka dengan gitar kesukaan mereka. Nikmati momen indah bersama suami anda dengan petikan gitar dan nyanyian bersama-sama.

#19. Peralatan Sukan Kegemaran

Kredit gambar: PHONEKY

Bagi suami-suami yang suka bersukan dan melakukan aktiviti yang sihat hadiahkan mereka dengan peralatan sukan kegemaran mereka. Ini menunjukkan yang anda sangat menitikberatkan kesihatan dan kesukaan mereka.

Antara set sukan yang boleh menjadi pilihan adalah basikal, dumpbell, peralatan sukan golf, raket badminton dan lain-lain.

#20. Aksesori Kereta Atau Motorsikal

Kredit gambar: mekanika

Lelaki mana yang tidak sukakan kereta dan motorsikal? Hampir semua lelaki mempunyai minat terhadap kereta dan motorsikal.

Hadiah aksesori kereta dan motorsikal ini mampu membuat suami anda melompat gembira kerana isteri tercinta menyokong minat mereka. Antara aksesori kereta dan motorsikal yang boleh dihadiahkan adalah sport rim, stereng, cover set motorsikal dan lain-lain.

Kesimpulannya, walau apa jua hadiah yang diberikan tidak dapat menandingi ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suaminya.

Namun, dengan pemberian hadiah di hari istimewa mereka atau hari-hari biasa ini mampu mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri dan pastinya akan sentiasa diingati.

Hadiahkan suami anda dengan barangan yang sesuai dengan bajet anda. Hadiah tidak perlu mahal tapi perlu mempunyai erti yang mendalam disebaliknya untuk diingati dan dihargai.

Mama Siti sangat berharap melalui perkongsian ini ianya dapat membantu anda mencari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada suami yang tersayang. Jom amalkan doa untuk suami tercinta pula!


Dapatkan inspirasi atau panduan lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!