KelabMama

Nak Bagi Apa Ya Sebagai ‘Secret Santa’? 10 Idea Hadiah Krismas Yang Berguna

Sambutan akhir tahun krismas dan tahun baru dah dekat sangat ni Mama! Dah shopping ke untuk acara Secret Santa bersama keluarga dan kawan-kawan? Kalau belum, masih tak terlambat. Sini ada Mama Siti senaraikan hadiah-hadiah yang masih ‘mesra poket’ dan juga menarik serta berguna untuk diberi pada penerima Secret Santa Mama.

Jom baca untuk dapat inspirasi!

10 Idea Hadiah Krismas & Tahun Baru Untuk ‘Secret Santa’

#1 Set Lilin Customise

Buat penggemar lilin wangi dan rupa yang menarik, Mama perlu belikan mereka yang ini! Sekadar menjadi dekorasi pun boleh. Boleh tengok bentuk-bentuk yang menarik dan order sahaja! Lebih sesuai untuk warga wanita. Beli lah dalam set supaya mendapat bentuk yang bervariasi dengan bau yang pelbagai juga.

#2 Pembuat Jus

Pengisar kecil ni must-have tau Mama! Dengan saiznya yang kecil, senang sangat untuk membuat jus ataupun blend smoothie yang sihat! Kita harus makan makanan sihat selalu tau Mama~ Bukan itu sahaja, ia juga senang dibasuh berbanding pengisar yang biasa tu.

#3 Topi

Dapat melindungi seseorang daripada hujan atau panas, topi semestinya hadiah yang mesti ada! Bergaya dan juga praktikal untuk si penerima. Cari topi yang sesuai sebab topi pun banyak jenis dan mempunya pelbagai bentuk. Warna juga memainkan peranan, sama seperti tudung juga~

#4 Set Penjagaan Lelaki

Lelaki atau perempuan sama sahaja. Mereka perlu menjaga penampilan diri serta kekemasan diri. Set penjagaan ini sangat la berbaloi untuk hadiahkan kepada keluarga dan kawan-kawan. Untuk wanita juga boleh beli set mandian ataupun wangian yang menarik untuk mereka~

#5 Beg Tote

Beg tote adalah hadiah yang paling universal yang Mama dapat berikan kepada keluarga dan rakan-rakan. Ia mempunyai pelbagai fungsi seperti letak telekung, menjadi beg shopping , beg gim dan macam-macam lagi! Takkan menyesal lah kalau beli. Cari corak yang menarik dan ataupun simple untuk senang bawa ia merata-rata.

#6 Mechanical Keyboard

Jika Mama suka tengok Tiktok, sekarang kan trending mechanical keyboard ni. Papan kekunci ni sangat sesuai untuk tech geek yang suka akan barang-barang custom ni. Boleh pilih ikut warna dan tema dan macam-macam lagi. Kalau Mama nak berbelanja sedikit untuk orang tersayang, boleh la beli yang ini!

#7 Kit Mewarna Ikut Nombor

Juga viral di media sosial, kit paint-by-number ni juga hadiah menarik untuk orang yang suka mewarna dan berseni. Serlahkan bakat anda! Mewarna juga dapat melegakan tekanan daripada kerja harian atau kerja-kerja rumah. Lepas siap boleh terus pamerkan dekat bilik atau ruang tamu! Sangat artistik~

#8 XL Heating Pad

Hadiah yang sangat sesuai untuk wanita-wanita yang mempunyai sengugut yang teruk setiap kali datang haid. Bukan untuk itu sahaja, untuk orang yang sakit belakang pun boleh pakai tau. Kalau Mama hadiahkan ni, mesti dihargai punyalah!

#9 Travel Mug

Buat Mama yang kerap melancong ataupun ulang alik kerja ke, boleh lah belikan ini sebagai hadiah krismas kepada si penerima! Menjadi teman apabila mengantuk, kopi yang panas dalam bentuk mug ini semestinya menjadi pilihan mak-mak. Mungkin Papa pun akan suka bila nak balik kampung dan perlu berjaga, dapat kopi panas memang kaw lah!

#10 Pembesar Suara Bluetooth

Buat penggemar muzik ataupn suka tengok movie dengan sound system yang mantap, Mama mungkin perlu belikan mereka hadiah ini. Tengah kemas rumah ke, tengah gosok baju ke mesti kita nak dengar lagu ataupun tengok cerita kan? Beli yang kecil pun dah cukup!

Haa, macam mana Mama? Dapat idea tak nak bagi apa untuk penerima Secret Santa Mama? Apa-apa hadiah krismas untuk mereka pun jadilah, mesti ia bermakna!


Mama perlukan idea untuk bagi hadiah apa? Klik di SINI.