KelabMama

Tak Tahu Nak Bagi Apa Sempena Ulang Tahun? Ini 20 Hadiah Anniversary Untuk Suami Yang Paling Popular!

hadiah anniversary untuk suami yang terkini

Pening nak hadiahkan suami apa sempena anniversary tahun ni? Tak payah dah pening-pening, Mama ikut je perkongsian ini untuk ketahui 20 hadiah anniversary untuk suami yang Mama Siti dah listkan dekat bawah ini!

Semua jenis hadiah anniversary untuk lelaki kesayangan Mama semua ini sangat popular tau! Mama Siti yakin dengan pemberian hadiah untuk anniversary melalui pilihan idea di bawah, si suami pasti bertambah rasa cinta dan kasihnya untuk Mama.

Tanpa membuang masa, jom Mama kita lihat apakah pilihan hadiah anniversary yang Mama Siti listkan!

Idea Hadiah Anniversary Untuk Suami Yang Penuh Makna

Berikut 20 idea hadiah yang boleh Mama boleh berikan.

#1. Jam Tangan

Kredit gambar: ebay.com

Hadiah jam tangan sangat sesuai bagi suami yang selalu sibuk dengan aktiviti harian. Memilih jam tangan yang sesuai dengan gaya hidup suami Mama pasti akan membuatnya nampak bergaya dan versatil. Contohnya, jam tangan berjenama seperti G-shock atau Rolex.

#2. Berikan Telefon Bimbit Sebagai Hadiah untuk Suami

Kredit gambar: teknologi.bisnis.com

Jika suami Mama seorang penggemar gadget, hadiah telefon bimbit seperti seperti latest Iphone, Samsung dan lain-lain mungkin boleh menjadi hadiah yang bakal mengejutkannya pada hari istimewa Mama dan Papa.

#3. Playstation

Kredit gambar: www.radiotimes.com

Hadiah Playstation terkini buat suami yang suka bermain game pasti akan membuatnya rasa sangat gembira. Contohnya, hadiahkan Playstation 5.

#4. Set Peralatan Senaman

Suami yang aktif dalam menjaga tubuh pasti akan sukakan hadiah set peralatan senaman. Hadiahkan set peralatan senaman yang lengkap untuk menyokong hobi dan gaya hidupnya. suami sihat, isteri gembira. Contohnya, dumbbell set.

#5. Set khemah

Kredit gambar: www.beyondthetent.com

Jika suami Mama seorang yang gemar melakukan akktiviti perkhemahan, hadiah set khemah pastinya akan membuat suami Mama teruja. Apa tidaknya isteri tercinta hadiahkan set set perkhemahan idaman. Contohnya, hadiah set cabin tent, jadi boleh bercamping bersama.

#6. Minyak wangi

Kredit gambar: czechandspeake.com

Suami Mama seorang yang gemarkan bau-bauan yang wangi? Hadiahkan suami Mama dengan bauan mewah dari jenama terkenal seperti Giorgio Armani, Dior, Chanel dan lain-lain.

#7. Tali pinggang

Kredit gambar: eu.louisvuitton.com

Jika wanita handbeg adalah pelengkap gaya, bagi lelaki tali pinggang adalah pelengkap gaya mereka. Jadi, hadiahkan tali pinggang buat suami Mama dan pastinya ianya akan membuatkan Papa nama bergaya dan macho dengan hadiah dari Mama itu. Contohnya, tali pinggang pinggang dari jenama Polo Hill Men, Guess, KicKers dan lain-lain.

#8. Bouquet

Kredit gambar: giftr.my

Siapa cakap perempuan sahaja sukakan bouquet. Bouquet juga sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk kaum lelaki. Lelaki pun akan happy jika yang tersayang menghadiahkan bouquet untuk mereka di hari ulang tahun perkahwinan mereka. Contohnya, surprise bouquet bunga dan coklat pastinya membuatkan Papa tersenyum lebar.

#9. Pakej percutian

Kredit gambar: worldinparis.com

Pakej percutian juga boleh menjadi salah satu hadiah terbaik untuk ulang tahun perkahwinan. Pakej percutian ini boleh di berikan oleh isteri kepada suami atau anak-anak boleh berikan hadiah anniversary untuk ibu bapa oleh anak-anak. Contohnya, pakej percutian di hotel mewah.

#10. Set BBQ

Kredit gambar: housebeautiful.com

Untuk nampak lain dari yang lain hadiah set BBQ kepada suami Mama sekiranya Papa seorang yang gemarkan aktiviti memasak. Bukan sahaja Papa akan gembira, tetapi Mama juga akan turut gembira sebab dapat makan dari hasil hadiah Mama. Contohnya, set lengkap BBQ yang boleh dibawa travel.

#11. Tali leher

Kredit gambar: www.fruugo.co.uk

Bagi suami yang bekerja dalam sector professional, tali leher antara idea hadiah yang sesuai dihadiahkan kepadanya. Pastinya suami Mama akan tampak kacak dengan tali leher pilihan Mama.

#12. Komputer riba atau laptop

Kredit gambar: www.betterup.com

Mama juga boleh menghadiahkan computer riba atau laptop kepada suami Mama. Lebih-lebih lagi jika suami Mama banyak menggunakan computer riba dalam rutin hariannya termasuk bekerja. Contohnya, Mama boleh menghadiahkan laptop iMac atau laptop terkini.

#13. Jadikan Kejutan Makan Malam Sebagai Hadiah untuk Anniversary

Kredit gambar: www.khaleejtimes.com

Selain itu, Mama boleh membuat kejutan makan malam kepada suami Mama. Kelihatan seperti simple namun impaknya sangat hebat ya! Contohnya, kejutan makan malam, candle light dinner di Menara Kuala Lumpur.

#14. Kamera Juga Boleh Dijadikan Hadiah Anniversary

Jika suami Mama seorang penggemar fotografi, hadiahkan kamera atau aksesori kamera untuk mengekspresikan minatnya itu. Contohnya, kamera Nikon terbaru.

#15. Peralatan muzik

Suami Mama seorang seorang penyanyi, pemain alat muzik atau seorang yang sukakan muzik? Hadiahkan peralatan muzik idamannya dan pasti suami Mama akan lebih menyayangi isteri yang sering menyokong minatnya. Contohnya, hadiahkan gitar, set drum dan lain-lain.

#16. Idea Hadiah Anniversary dengan Aksesori Kereta atau Motorsikal

Kredit gambar: www.suzukimotorcycle.co.in

Lelaki dan kereta memang tidak boleh dipisahkan. Hadiahkan suami Mama dengan aksesori kereta atau motorsikal dan lihatlah senyuman yang bakal terukir di bibir suami Mama. Contohnya, hadiahkan full set cover kereta atau motorsikal idamannya.

#17. Smartwatch Sebagai Hadiah untuk Suami

Kredit gambar: www.augustman.com

Selain telefon bimbit, smartwatch juga semakin menjadi trend terkini. Hadiahkan seutas jam tangan pintar kepada suami Mama dan pastinya akan menjadi pelengkap gaya suami Mama. Contohnya, iWatch.

#18. Hadiah Anniversary Untuk Suami iaitu Set Rawatan dan Penjagaan Rambut

Kredit gambar: www.americancrew.com

Jika wanita ada rawatan badan, pedicure dan manicure, lelaki pula ada rawatan dan penjagaan rambut. Sesekali taja atau hadiahkan suami Mama dengan rawatan dan penjagaan rambut di salun terkenal. Pasti Mama sendiri akan bangga mempunyai suami yang kacak dengan gaya rambut yang menarik.

#19. Kasut atau Sneakers

Kredit gambar: www.wsj.com

Selain jam tangan, kasut atau sneakers juga pelengkap gaya seorang lelaki. Oleh itu, kasut atau sneakers sangat sesuai untuk diberikan sebagai hadiah untuk suami di hari yang istimewa ini. Contohnya, kasut berjenama seperti Adidas, Nike dan lain-lain.

#20. Beg atau wallet Sebagai Idea Hadiah Anniversary Untuk Suami

Kredit gambar: www.statusanxiety.com.au

Mama juga boleh hadiahkan beg atau wallet kepada suami Mama. Contohnya, beg laptop atau wallet kulit berjenama.

Macam mana Mama? Ada tak pilihan idea hadiah untuk suami yang sudah berkenan di hati? Mama Siti doakan dengan pemberian hadiah untuk suami sempena ulang tahun nanti, akan menjadikan hubungan Mama bertambah erat dan lebih romantis.


Dapatkan pelbagai lagi idea hadiah atau sambutan menarik yang lain di SINI!