KelabMama

GUNA PENDEKATAN MUZIK UNTUK SI MANJA BIJAK

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak sema sa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Kajian membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

 

                Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan si kecil anda kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran. Apabila si manja anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik.

 

                Ingat lagi irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi lagu Rasa Sayang, begitu juga dengan bayi anda. Perasaan Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama muzik.

 

Muzik Dalam Kehidupan Si Kecil

 

                Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi. Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.

 

                Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa. Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif. Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat.

 

                Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif. Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan.

 

                Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf. Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.

 

 

BUKU BERMUZIK RASA SAYANG

 

                Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka. Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa.

 

                Rasa Sayang : Sing-And-Record Fun Book, antara buku berlagu menjadi pilihan ibu bapa hari ini diangkat menjadi medium pembelajaran terkini untuk menghidupkan lagu rakyat. Buku berlagu ini membolehkan kanak-kanak generasi hari ini mengetahui mengenai lagu warisan budaya mereka dengan cara yang menarik dan menyeronokkan. Pada masa sama, ia turut dipersembahkan dengan ilustrasi seni yang cantik, unik serta berwarna-warni untuk meningkatkan potensi pembelajaran, sambil mereka membaca dan mendengar lagu. Rasa Sayang: Sing-And-Record Fun Book mempunyai butang dengan simbol tersendiri yang boleh ditekan, sekali gus mendengar alunan instrumen tradisional sebagai muzik latar yang sungguh mengasyikkan. Buku ini juga boleh merakam nyanyian anak tersayang dan boleh didengar kembali. Sebanyak tujuh buah lagu rakyat  kanak-kanak diperkenalkan dalam buku ini iaitu Rasa Sayang, Chan Mali Chan, Burung Kakak Tua, Anak Itik Tok Wi, Lenggang Kangkung, Bengawan Solo dan Gelang Sipaku Gelang.

 

 

Untuk pembelian set buku Rasa Sayang Sing-and-Record Fun Book dengan harga promosi boleh klik di sini   https://kelabmama.com/promosi