KelabMama

Jenis Grill Rumah Dan Harganya Di Pasaran

jenis grill rumah

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Pemasangan grill rumah sebenarnya bermanfaat untuk penghuninya. Tetapi sekarang ni, banyak pula berlaku kes kematian akibat kebakaran di rumah.

Disebabkan pemasangan grill yang tidak mengikut piawaian keselamatan, mangsa tidak boleh keluar dari rumah dan terperangkap dalam kebakaran.

Cukup berbahaya kan? Sebab itulah, grill rumah yang dipasang, mestilah boleh dibuka dari dalam dengan mudah dan cepat. Memanglah ia dipasang untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Tetapi kalau membahayakan nyawa penghuni, tak ada gunanya juga kan?

9 Jenis Grill Rumah Di Pasaran

Sebelum anda pilih yang mana sesuai dan berkenan di hati, jom tengok dulu jenis-jenis grill rumah dari perkongsian iProperty ini:

1. Grill besi

Kredit gambar: iproperty.com.my

Grill rumah jenis besi ini merupakan antara grill rumah yang sering digunakan di Malaysia. Mungkin kerana harganya yang berpatutan tetapi kukuh.

Ia pun boleh ditempa dan dibentuk mengikut citarasa anda. Cumanya, ia mudah berkarat dan mesti dicat dari masa ke semasa. Terutamanya jika ruang di mana anda pasang grill ini sering terdedah kepada cahaya matahari dan air hujan, memang kena cat dengan cat anti-karat dulu.

2. Grill keluli lembut

Kredit gambar: iproperty.com.my

Grill rumah keluli lembut hampir sama dengan grill besi. Ia pun mudah berkarat dan mesti dicat dari masa ke semasa.

Harganya agak murah berbanding yang lain. Biasanya, reka bentuk grill rumah keluli lembut ini ringkas sahaja seperti bar lurus macam gambar di atas.

3. Grill keluli

Kredit gambar: iproperty.com.my

Kalau yang mahal sikit, grill rumah yang diperbuat daripada keluli lah. Tetapi, harganya memang sesuai dengan kualitinya.

Grill rumah jenis ini susah untuk berkarat dan lebih kukuh berbanding grill besi dan grill keluli lembut. Ia lasak pada perubahan cuaca dan tidak mudah untuk patah.

Selain itu, grill keluli ini juga boleh direka bentuk mengikut citarasa anda. Selalunya, orang buat pagar rumah guna bahan inilah.

4. Grill keluli tahan karat

Kredit gambar: iproperty.com.my

Nak yang lagi kuat? Grill keluli tahan karat lah jawabnya.

Grill jenis ini, ia amat kukuh, sukar dipotong dan sangat tahan karat. Mungkin disebabkan itulah harganya agak mahal berbanding yang lain.

Ia pun boleh dibentuk ya. Cuma, ia hanya didatangkan dengan warna perak je. Kalau anda inginkan imej yang lain, tidak sesuailah.

Walaupun begitu, warna peraknya ini cantik je jika anda kreatif mereka bentuk dan menghis rumah anda.

5. Grill besi tempa (wrought iron)

Kredit gambar: iproperty.com.my

Biasanya grill rumah jenis besi tempa (wrought iron) ini dipasang kerana nilai estetikanya. Maklumlah.. ia boleh dibentuk mengikut kesukaan anda seperti daun dan bunga. Ramai yang menggunakan grill rumah jenis ini untuk membentuk bentuk-bentuk yang unik, sesuai dengan tema rumah mereka.

Harganya lebih mahal berbanding grill keluli lembut kerana warnanya yang  pelbagai. Selalunya, ia dipasang di ruang yang boleh dilihat kerana estetiknya. Tetapi bukan itu je. Ia juga kukuh dan tahan lama meskipun nampak halus dan nipis.

Logamnya akan dipanaskan dan ditempa menggunakan peralatan khas. Pastinya akan membawa kelainan untuk rumah anda!

6. Grill aluminium

Kredit gambar: iproperty.com.my

Grill rumah aluminium tidaklah sekukuh yang lain. Malah, ia ringan dan mudah dipotong. Mungkin dari segi keselamatan, grill rumah aluminium bukanlah pilihan yang sesuai.

Tetapi, ia grill yang tidak mudah berkarat dan didatangkan dengan pelbagai warna. Ia selalu digunakan untuk tujuan estetik tetapi pada harga yang berpatutan.  

7. Grill besi tuang (cast iron)

Kredit gambar: iproperty.com.my

Seperti namanya, grill rumah besi tuang ini merupakan bijih yang dicairkan dan dituang ke dalam acuannya. Jadi reka bentuknya agak kompleks berbanding yang lain, bergantung kepada acuannya.

Ia tidaklah semahal grill keluli tahan karat tetapi ketahanannya agak kuat. Cuma, grill rumah jenis ini tidak tahan karat dan kurang sesuai untuk dipasang di kawasan yang terdedah.

8. Grill kayu

Kredit gambar: iproperty.com.my

Grill rumah kayu sememangnya tidak kuat dan biasanya dipasang hanya untuk nilai estetika sahaja. Yelah.. memang kelihatan cantik kan grill kayu ni? Tambah-tambah kalau tema rumah anda berkonsepkan tradisional.

Ia boleh diukir dan dicorakkan, tetapi penjagaannya agak leceh lah. Kalau negara tropika macam Malaysia ni, kurang sesuai lah untuk guna grill jenis kayu ni.

9. Grill dawai keluli tahan karat (invisible)

Kredit gambar: iproperty.com.my

Antara inovasi grill terbaru ialah, grill invisible. Grill jenis ini diperbuat daripada dawai keluli tahan karat yang dipasang kepada pendakap. Ia nipis dan tidak mudah untuk dilihat dari jauh.

Biasanya, ia dipasang di balkoni bangunan bertingkat untuk tujuan keselamatan dan kurang sesuai untuk rumah landed.

Harga Jenis Grill Rumah Di Pasaran

Kalau nak pilih jenis grill yang sesuai dengan citarasa dan bajet anda, kenalah semak harganya yang terkini dahulu kan?

Secara umumnya, harga pemasangan grill ini akan berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor seperti reka bnetuk, ukuran dan pemasangannya.

Tetapi, disertakan di sini harga untuk beberapa jenis bahan grill rumah yang selalu menjadi pilihan, berdasarkan perkongsian daripada Property Guru ini:

  1. Keluli tahan karat – bermula daripada RM30 kaki persegi
  2. Besi tempa – bermula daripada RM21 kaki persegi
  3. Aluminium – bermula daripada RM19 kaki persegi
  4. Baja ringan – bermula daripada RM11 kaki persegi

Grill Rumah Untuk Keselamatan Dan Sebagai Hiasan Rumah

Untuk keselamatan, memang perlu pasang grill rumah di tingkap dan pintu rumah. Tetapi, cara dan piawaiannya mestilah betul supaya ia bermanfaat dan tidak memudaratkan.

Bergantung kepada bajet anda, bolehlah pilih yang mana preference anda ya?