KelabMama

Kuku Rosak Gara-Gara Anak Suka Gigit Kuku! 7 Cara Hentikan Tabiat Buruk Ini

budak lelaki gigit kuku ketika baring

“Geram je rasa bila nampak anak gigit kuku!”

Geram memang geram tapi yang lebih kita bimbangkan ialah kalau tabiat ini dibawa sampai ke dewasa. Lagi pula, tekstur kuku anak jadi tak cantik atau boleh sampai menjadi seperti ‘hangnail’. 

Oleh itu, kali ini Mama Siti bawakan 7 cara hentikan tabiat anak suka gigit kuku dan juga punca kenapa anak suka gigit kuku. 

5 Punca Anak Suka Gigit Kuku

Sedarkah Mama rupa-rupanya tabiat anak yang suka gigit kuku ini bermula sejak dari mereka bayi lagi. 

Mereka mencari keselesaan dengan menggigit kuku kerana ketika masih kecil dulu, tabiat menghisap jari atau ‘gatal gusi’ sudah biasa dilakukan. 

Sama seperti orang dewasa yang memandang kiri dan kanan apabila rasa bosan mula menerpa. Begitu juga anak-anak yang menggigit kuku ketika mereka mula merasa bosan. 

Barangkali, mereka sedang mencari idea untuk melakukan aktiviti apa seterusnya. Dalam tak sedar, jari pun sampai ke bibir dan gigit kuku. 

Selain itu, punca anak-anak gigit kuku juga adalah kerana mereka sedang menghadapi tekanan. Tekanan atau stress pula boleh disebabkan oleh faktor sekeliling seperti pergaduhan ahli keluarga, dibuli dan peperiksaan. 

Bukan semua perbuatan anak itu disebabkan salah mereka sendiri. Ini kerana tabiat gigit kuku boleh juga disebabkan oleh keturunan atau genetik. 

Cuba Mama ingat balik, dulu-dulu pernah tak ada tabiat gigit kuku? Kalau ada, mungkin terkenan ke anak-anak Mama sekarang.  

Akhir sekali, tabiat gigit kuku boleh berlaku kerana mereka terpengaruh dengan orang lain. Lumrah anak-anak yang masih membesar, mereka jadi mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang sering meluangkan masa bersama-sama. 

7 Cara Hentikan Tabiat Anak Suka Gigit Kuku

#1 Beri Kesedaran dan Motivasi

Kredit gambar: iStock

Perbuatan yang selalu dilakukan sering diasimilasi sebagai sebahagian dari amalan normal walaupun padahal ianya bercanggah. 

Beritahu anak Mama bahawasanya kita tidak patut gigit kuku dan berikan mereka kefahaman tentang keburukan tabiat gigit kuku ini supaya boleh dijadikan motivasi.  

#2 Potong Kuku Pendek

Bila kuku pendek, anak-anak lebih mudah nak gigit kuku. Tabiat gigit kuku ini bukan sahaja merosakkan kuku tetapi juga memindahkan bakteria dari bawah kuku ke dalam mulut. 

Jadi untuk hentikan tabiat anak gigit kuku, Mama hendaklah sentiasa pastikan kuku mereka sentiasa pendek. 

#3 Beri Isyarat (Cue)

Jadikan pengalaman hentikan tabiat gigit kuku jadi lebih menyeronokkan. Daripada kita sebut ‘jangan gigit kuku’, apa kata kita sebut perkataan lain sebagai isyarat untuk anak Mama sedar akan perbuatan mereka yang sedang menggigit kuku dan segera menghentikannya.  

#4 Cari Pengganti

Kredit gambar: Shopee

Sibukkan jari anak-anak dengan peralatan atau permainan supaya fokus mereka beralih kepada aktiviti selain gigit kuku. 

Mama Siti cadangkan bola getah, anyaman dan kain lembut untuk disesuaikan dengan usia anak-anak Mama. 

#5 Beri Ganjaran

Kredit gambar: Content Snare

Tawarkan ganjaran setiap kali mereka berjaya tidak gigit kuku pada minggu tersebut. Namun Mama Siti cadangkan agar mula dengan satu hari kemudian tiga hari dan barulah tujuh hari. 

Hadiah tak perlu besar dan mahal, yang ringkas dan murah pun mereka suka. Macam pelekat (sticker). 

#6 Aktiviti Baru

Kredit gambar: Parents

Cadangkan aktiviti baru yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini untuk mengelakkan kebosanan anak-anak. 

Ajak mereka mewarna, melukis, ‘pretend play’ atau masak bersama-sama. Semakin seronok mereka melakukan aktiviti, semakin kurang tabiat gigit kuku terhadap anak-anak. 

#7 Pengilat Kuku Pahit (Bitter Nail Polish)

Kredit gambar: MomJunction

Pengilat kuku ini mempunyai rasa pahit bertujuan untuk menghentikan tabiat gigit kuku anak-anak. Jadi, anak Mama akan cepat-cepat alihkan jari daripada bibir kerana rasa pahit pengilat kuku itu. 

Mama Siti boleh katakan ini ialah ikhtiar terakhir untuk hentikan tabiat gigit kuku kepada anak-anak Mama. Bukan apa, risau mereka lepa dan makan pengilat kuku di jari masing-masing.  

Kredit gambar: johnsonsbaby.co.id

Jangan sampai kuku dah rosak dan anak dah besar baru kita risau dengan keadaan anak yang suka gigit kuku. 

Mama Siti cuma harapkan agar Mama tetap berdisiplin dan tidak berputus asa untuk hentikan tabiat buruk anak suka gigit kuku. 


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Mantapkan ilmu keibubapaan Mama dan Papa dengan klik di SINI!