KelabMama

GELAGAT BAPA KREATIF PAKAI NIQAB KETIKA SUSUKAN ANAK MENCUIT HATI

Menjadi ibu bapa bukanlah satu proses yang mudah. Tak kisahlah anak yang pertama atau ke sepuluh sekali pun, pelbagai ragam dan perangai yang mereka ada. Secara umumnya, anak-anak ni nak dengan ibu je. Apa-apa sikit ibu. Dengan ayah, agak susah malah ada yang taknak langsung!

Tular dimedia sosial Facebook baru-baru ini bagaimana seorang ayah telah melakukan sesuatu yang kreatif demi anak dan isterinya.

Si ayah yang buntu.

Suami kepada Puan Farizah Jaafar buntu tidak tahu bagaimana mahu memujuk bayi kecil mereka yang tidak henti menangis. Ketika itu, Puan Farizah sedang sibuk menyiapkan tempahan kek. Jadi, si ayah pun telah menyamar menyerupai isterinya!

Mengikuti contoh pemakaian niqab isterinya, suami Puan Farizah telah mengambil keputusan untuk memakai niqab isterinya dan menyusukan anak mereka. Ternyata helah itu menjadi apabila anak bongsu mereka senyap dan minum susu botol yang diberikan ayahnya itu.

Ujar Puan Farizah distatus Facebooknya,

Bila mak kau busy dgn order, haqq pulak merengek nk ibu. Sekali bapak kau dtg..terus senyap. Mata haqq pun tengok mcm pelik, mcm seram.

Kalau si Ayah Batuk, Confirm Kantoi.

Puan Farizah turut menyatakan yang anaknya akan senyum dan berbual-bual jika beliau yang menyusu. Tapi kali ni, apabila si ayah yang berniqab, bulat je mata anak comel tersebut. Tengok gambar je boleh agak keadaan masa tu kan?

Selalu kalau ibu pakai niqab sembang dgn haqq, haqq mesti senyum. Tp kali ni bulat mata dia. Ini klu bapak kau batuk Confrm kantoi. Mcm2 pujuk x jln. Nie jalan terakhir abi kau memujuk nak. senang keje mak lepas nih. Asal merengek nk ibu..abi sarung niqab, haqq pun senyap.

#ini_bukan_mak_nakkk
#bapak_kau_ninja
#anwarrul_haqq

Pasangan ini dikatakan mempunyai 5 orang anak perempuan dan akhirnya dikurniakan Haqq setelah 9 tahun. Sebab itulah si bayi comel ini melekat lain macam je dengan si ibu.

Tak lama selepas itu, posting Puan Farizah mendapat perhatian ramai dan dibanjiri komen-komen kelakar daripada orang ramai.

“Pakai niqab, kaki berbulu. Seram.”

“Abi nya pun…awat mata terjegil gitu skali…”

Apa kata Mama kongsi gelagat si suami bila berada dalam keadaan begini?