KelabMama

Gegata atau Ludah Jin – Punca & Cara Merawatnya

gegata pada kaki bayi

Foto kredit: Adobe Stock

Pasti ada Mama Papa yang tak ‘familiar’ dengan Gegata atau Ludah Jin ni. Untuk pengetahuan Mama Papa, penyakit Gegata ini bukanlah penyakit kulit yang baru. Cumanya, ia lebih dikenali dengan nama “Ludah Jin” atau “Sopak Garam” dalam kalangan orang-orang dulu.

Yang pernah kena Gegata atau Ludah Jin pasti tau bagaimana tapi yang belum pernah kena pasti tertanya-tanya bagaimana rupa penyakit ini. Adakah ia sejenis penyakit kulit yang merbahaya? Dan bagaimana pula cara nak rawatnya?

 
Apa itu Gegata?

Gegata atau Ludah Jin atau nama saintifiknya Urtikaria adalah satu keadaan di mana sebahagian daripada kulit menjadi bengkak dan kemerahan. 

Ia boleh berlaku apabila racun histamin pada badan kita dirembeskan dan menyebabkan cecair keluar dari saluran darah kecil di bawah permukaan kulit. Oleh itu, ia adalah faktor yang membawa kepada kulit menjadi bengkak dan kegatalan yang melampau. 

Gegata juga bersifat “Migratory” dan kebiasaannya akan berpindah dari satu bahagian badan ke bahagian badan yang lain dan ia tak berjangkit jika bersentuhan dengan orang lain. Apabila pesakit Gegata atau Ludah Jin ini sembuh daripada Gegata, tiada kesan parut yang akan ditinggalkan. Namun, jika mama papa atau anak-anak tak mempunyai simptom-simptom ini, Mama Siti sarankan untuk pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Jenis- jenis Gegata atau Ludah Jin Yang Mama Perlu Tahu

Foto kredit: Adobe Stock

Punca Berlakunya Gegata atau Ludah Jin

#1 Alahan

Gegata boleh berpunca daripada alahan makanan, gigitan serangga dan juga alahan kepada ubat-ubatan. Contoh makanan yang boleh membawa kepada Gegata adalah kacang, strawberi, coklat, kerang, telur dan buah-buahan sitrus. 

#2 Jangkitan virus

Virus ringan seperti selsema boleh menyebabkan Gegata dan ia merupakan tindak balas badan dengan virus. 

#3 Sentuhan kulit

Sentuhan kulit dengan sensitiser boleh menyebabkan urtikaria setempat untuk sesetengah orang. Antara contoh sensitiser adalah termasuk bahan kimia, getah, kosmetik, tumbuh-tumbuhan, ‘ointment’, sengat, dan lain-lain.

#4 Urtikaria fizikal

Foto kredit: Adobe Stock

Urtikaria fizikal adalah keadaan di mana ruam setempat timbul apabila kulit dirangsang secara fizikal. Ia adalah akibat daripada tekanan/calaran pada kulit dan bengkak yang timbul akan mengikut corak calar tersebut. Pembentukan ruam di kawasan kulit yang telah diusap dipanggil ‘Dermographism’.

Cara Merawat Gegata atau Ludah Jin

Foto kredit: Adobe Stock

Jika Gegata berlaku kurang daripada 24-48 jam, tiada rawatan yang diperlukan. Doktor hanya akan memberikan Antihistamin kepada pesakit untuk meredakan kegatalan. Antihistamin juga wujud dalam pelbagai jenis mengikut keadaan Gegata yang dihidapi.  Pesakit juga perlu makan ubat-ubat ini dengan konsisten supaya kesan dapat dilihat. 

Sekiranya Gegata disusuli dengan pembengkakan mulut atau mata, sesak nafas atau perubahan suara, Mama Papa disarankan untuk segera ke hospital kerana itu menunjukkan bahawa pembengkakan juga berlaku di bahagian dalam badan dan mungkin juga menutup salur pernafasan!

Dr Huda Kamarudin yang merupakan Pegawai Perubatan Dermatologi, Medical Mythbuster Malaysia juga menasihatkan pesakit Gegata ini supaya mengambil ubat jika badan terasa merenyam. Mama papa juga dinasihatkan supaya tak menyapu benda-benda yang pelik pada Gegata supaya keadaan tak semakin teruk.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA KAWASAKI – MAMA PAPA KENA ‘ALERT’ PENYAKIT INI!

Pesan Mama Siti

Sekiranya badan anak-anak atau Mama Papa sendiri naik Gegata atau Ludah Jin ni teruslah ke klinik atau hospital. Mungkin pada permulaan nampak macam biasa je tapi jika dibiarkan mungkin akan melarat. Jadi sebelum ia melarat lebih baik kita mencegah. Betul tak?