KelabMama

Comelnya! 5 Gaya Unik Daripada Anak-anak Kecil Sempena Bulan Patriotik Ini

Sempena hari kebangsaan, ibu bapa semua berganding bahu untuk menjayakan pakaian paling patriotik untuk anak-anak meeka gaya tahun ini! Salah satu cara untuk mengajar anak menjadi seorang patriotik adalah dengan meraikan hari-hari bersejarah seperti Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Ianya amatlah penting untuk tanamkan semangat patriotik dalam diri anak-anak kita dan secara tak langsung dapat membentuk mereka menjadi orang yang lebih membangunkan kemerdekaan, menggalakkan semangat kekitaan, bina keazaman dan daya tahan diri, dan memupuk nilai moral yang baik dalam si manja.

Mama boleh mulakan dengan menggayakan si manja dengan pakaian yang bertemakan Jalur Gemilang kita dengan cara yang paling kreatif dan unik seperti anak-anak yang comel ini.

Jom tengok gaya-gaya mereka yang menarik di bawah! Comel je semuanya!

5 Gaya Unik Daripada Anak-anak Malaysia

#1 Pahlawan Muda

Dengan gaya seperti pahlawan, adik Izhar mengayakan Jalur Gemilang dengan pakaian tradisional Melayu. Untuk mempamerkan semangat patriotismenya, Izhar memakai warna Jalur Gemilang dan lambang bintang dan bulan Malaysia.

Tanjaknya juga bermotifkan songket yang cantik dengan warna merah, biru, kuning dan putih. Papa Din memang pandai mengayakan anaknya!

#2 Pakaian Untuk Sambutan Meriah

Mama Marlisa Kamil memang tidak terlepas peluang untuk menggayakan anak-anaknya untuk pertandingan pakaian patriotik terbaik dianjurkan sekolah.

Anaknya Luya memakai pakaian seragam tentera patriotik untuk pertandingan nyanyian anjuran sekolah dan Luna dalam gaun bertema Jalur Gemilang untuk bertanding dalam pertunjukan fesyen sekolah. Kibarkan bendera mu anak-anak!

#3 Gaya Patriotik D.I.Y

Bagi Mama Marina Bashah, kreativiti dan juga persiapan akhir adalah kepakarannya. Untuk Mama yang ada kekangan bajet, pakaian DIY sememangnya menjadi pilihan Mama.

Untuk pertunjukan fesyen sekolah dua anak perempuannya, Mama Marina gayakan anak-anak dengan baju kurung serta tudung bersama warna-warna jalur gemilang. Sangat cantik dan comel, Mama Siti pun jealous mereka ada Mama bijak macam ni! Sudah pasti sifat seperti ini sangat terpuji!

#4 Adik Beradik Bergaya

Sepasang lagi adik-beradik berpakaian sedondon untuk sambutan Hari Kebangsaan sekolah mereka. Adam dan Hawa kelihatan bangga memakai warna negara mereka dalam gaya yang moden dan menarik.

Kerana meminati fesyen, Mama Nurul Izzati rajin menggayakan anak-anaknya. Pilihan pakaian mencerminkan semangat patriotik yang bagus serta sesuai untuk kanak-kanak. Tanjak yang dimodenkan memang melengkapi Baju Melayu Adam. Tambahan bunga mawar sebagai aksesori Hawa menyerlahkan seluruh pakaiannya! Mama Siti love!

#5 Memupuk Semangat Patriotik Dari Kecil

Sungguh comel si bayi kecil menggayakan Jalur Gemilang dengan pemandangan jambatan gantung Terengganu. Si Papa, Farid Rahim rajin gayakan puteri kecilnya dengan semangat patriotik. Sekali dengan bendera Jalur Gemilang, Ayra sungguh ceria menikmati sesi bergambar bersama ayahnya! Tengoklah senyuman ceria dia~

Mesti dekat sekolah si manja ada pertandingan bergaya dengan baju Jalur Gemilang mereka kan? Apa kata Hari Malaysia ni, Mama boleh ambil inspirasi daripada adik-adik yang bergaya ni. Mama Siti sungguh kagum dengan ibu bapa yang komited mengayakan si kecil mereka. Semoga bermanfaat sempena Hari Malaysia ni, Mama!

Selamat Hari Malaysia bagi pembaca Kelab Mama sekalian~

Artikel ini diolah daripada versi bahasa inggeris di Motherhood Story.