KelabMama

Gaya Keibubapaan Yang Mana Sesuai Dengan Mama dan Anak-Anak? Lihat Yang Mana Sesuai Dengan Stail Mama

First time moms mesti ada kecelaruan minda tentang pemilihan gaya parenting mana yang sesuai dengan anak-anak mereka. Mama ada masalah yang sama tak? Walaupun anak sudah meningkat remaja, gaya keibubapaan juga slowly akan berubah untuk menyesuaikan diri dengan cara layanan mereka terhadap ibu bapa.

Mama juga mesti ada cara tersendiri kan dalam mendidik anak-anak? Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

Gaya keibubapaan yang dipraktikkan mempengaruhi pembentukan sahsiah dan memberikan impak kepada kesihatan mental anak-anak.

Rupanya ada beberapa gaya keibubapaan tau Mama! Jom baca dengan lebih lanjut.

Mama Cara Yang Mana Satu?

Kredit gambar: Twitter Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

1. Gaya Authoritarian Tiger

Jika Mama adalah seperti ini, ia akan mengakibatkan kita sebagai ibu bapa cenderung kepada kurang melibatkan anak-anak apabila menyelesaikan masalah. Ibu bapa lebih ke arah memberi peraturan sebagai panduan untuk anak-anak.

Namun begitu, hasil daripada kajian, kanak-kanak yang dibesarkan dengan gaya parenting ‘Authoritarian Tiger’ akan menyebabkan anak-anak Mama mendapat masalah keyakinan diri.

2. Gaya Authoritative Dolphin

Yang ini pula, sama juga dengan ‘Authoritarian’, tetapi ia lebih fleksibel dan masih tegas dengan cara parenting-nya.

Dengan cara ini, Mama akan bertolak ansur dengan peraturan yang ditetapkan. Ibu bapa beri anak-anak mereka bersuara tentang pandangan mereka. Tetapi tengok juga Mama, hanya pandangan tertentu sahaja akan diterima.

Lambat laun, anak-anak Mama akan membesar dengan menjadi lebih bertanggungjawab.

3. Gaya Negligent Panda

Untuk yang ni pula, gaya ini lebih laid back berbanding gaya yang lain. Mama Papa akan automatik menjadi gaya keibubapaan yang ini apabila timbul sebarang masalah sahaja.

Mama akan tidak terlalu garang dan mudah memaafkan kesilapan anak-anak dengan alasan “mereka masih kecil”.

Gaya ini masih ada hukuman, tetapi ia tidak konsisten dan fleksibel.

Bagi anak-anak pula, mereka akan lebih menunjuk perasaan dengan gaya ini. Sayangnya, ibu bapa tidak akan bimbing mereka. Oleh itu, mereka akan lebih cenderung kepada mengalami gangguan personaliti. Awas ya, Mama!

4. Gaya Permissive Kangaroo

Satu perkataan yang boleh describe dengan gaya keibubapaan yang ini ialah, fleksibiliti. Anak-anak boleh membuat pilihan dan memang relaks lah, Mama!

Ternyata, kanak-kanak yang mendapat kebebasan untuk memilih akan berpotensi memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi, berbanding mereka yang selalu dimarahi. Tapi biasa la Mama, semua ada ‘Pros and Cons’. Kadang-kadang, gaya keibubapaan seperti ini membuatkan anak-anak terlalu bergantung pada keputusan ibu bapa.

Mama tahu tak ada jenis-jenis parenting ini? Mama Siti sangat mengalakkan Mama untuk mencari gaya keibubapaan yang sesuai untuk Mama dan sekeluarga bagi memastikan perkembangan yang positif sepanjang zaman kanak-kanak, hinggalah mereka besar.

Selamat mencuba!