14 KEMULIAAN WANITA MUSLIM YANG SEDANG HAMIL
- Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah.
- Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.
- Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
- Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang memberi minum air susu badanya kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat satu pahala pada setiap titis susu yang diberikannya.
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.
- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada setiap uratnya akan dikurniakan seperti pahala haji.
- Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
- Jika wanita menyusu anaknya sampai cukup tempoh maka malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
- Jika wanita memberi susu dirinya kepada anaknya yang sedang menangis, Allah akan memberi pahala 1 tahun solat dan berpuasa.