KelabMama

G6PD – Kacang Punca Kematian Kanak-Kanak!

Mama Papa tahu tak tentang kisah tragik tentang seorang kanak-kanak yang meninggal dunia sebab makan kacang parang? Kalau nak tahu, kematiannya terjadi sebab kekurangan G6PD dalam badan kanak-kanak tu!

Tapi apa G6PD ni? Pasti ada antara Mama Papa yang tak jelas tentang ni dan tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana ia boleh terjadi serta apa yang perlu Mama Papa lalukan sekiranya anak Mama Papa kekurangan G6PD.

Kredit Foto: Return Legacy

Kacang parang? Ya, kanak-kanak tu dilaporkan telah memakan KACANG PARANG yang dibeli oleh pakciknya dalam kuantiti yang banyak! Tapi apa yang mereka tak tahu, kanak-kanak tu sebenarnyna mempunyai kekurangan G6PD dalam badannya yang membawa kepada maut.

Jadi, Mama dan Papa tahu tak apa tu G6PD? Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase ialah sejenis enzim yang ada dalam sel darah merah. Diagnosis ni terjadi secara genetik dan mereka yang kekurangan G6PD akan ada jumlah sel darah merah yang lebih rendah daripada normal tau!

Kredit Foto: Adobe Stock

Kacang parang tu bahaya ke?

Ia hanya membahayakan sesiapa yang kekurangan G6PD je. Mama Siti nak bagitahu yang tak semua kacang membahayakan tau! Tapi, bagi Mama Papa yang mempunyai anak kekurangan G6PD, kenalah peka tentang benda yang boleh dimakan dan diambil oleh anak-anak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan:

Kenapa bahan-bahan tu perlu dielakkan?

Mama Papa, sila take note tau. Nak tahu kenapa? Sebab ia boleh mengakibatkan ‘Haemolytic Anaemia’ iaitu kepecahan sel darah merah dalam badan dan boleh membawa maut!

Kredit Foto: Med Comic

Tanda-Tanda dan Simptom:

Macam mana Mama Papa nak tahu kalau anak kekurangan G6PD?

Haa, jangan risau Mama Siti akan kongsikan caranya. Di Malaysia, Mama Papa boleh kenal pasti seawal bayi baru lahir! 

Satu ujian yang dinamakan ‘fluorescent spot test’ akan dijalankan menggunakan bahan bernama NADPH (Nicotinamide Adenine Dinucleotide Phosphate)

Dan kalau anak Mama Papa kekurangan G6PD, darah tak akan menjadi terang di bawah cahaya ultraviolet. 

G6DP ni ada penawar ke?

Seperti yang Mama Siti dah bagitahu yang diagnosis ni terjadi kerana genetik. Sebolehnya kita nak kurangkan risiko bagi perkara yang tak diingini terjadi kan?

Perkara Yang Mama Papa Patut Lakukan Jika Anak Kekurangan G6PD:

Mama Papa boleh tengok video Youtube ni tentang G6PD!

Sebarang informasi dan pengetahuan yang lebih banyak, Mama Papa boleh baca artikel ni!

Semoga membantu!

Sumber: Twitter @amirull18 (Amirul Azhar)

BACA JUGA INI PERKARA YANG ANDA HARUS TAHU TENTANG PENGHIDAP G6PD

Pesan Mama Siti

Mama Siti ada pesanan yang sangat penting untuk Mama Papa. Sentiasa ambil berat tentang hal ni okay? Perkara ni tak boleh dibawa main kerana ianya melibatkan nyawa anak-anak. Tapi, tu tak bermakna anak-anak yang kekurangan G6PD tak boleh nak teruskan gaya hidup yang sihat dan aktif! Yang penting sentiasa peka dan berhati-hati ok!