KelabMama

Sebanyak 20,000 Freebies & Hadiah Eksklusif Untuk Mama: Jangan Lepaskan Peluang Ini di Motherhood Baby Fair!

Save the dates Mama! Mama Siti ada berita gembira dan hadiah yang hebat khas buat Mama dan si manja!

Motherhood Baby Fair yang akan berlangsung pada 30, 31 Disember 2021 & 1, 2 Januari 2022 (Khamis hingga Ahad) di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam Selangor ini penuh dengan pelbagai tawaran menarik dan juga hadiah-hadiah eksklusif buat para pengunjung.

Siapa tak suka dengan hadiah percuma kan! Mama, inilah peluang anda untuk mendapatkan hadiah-hadiah di Motherhood Baby Fair kali ini! Terdapat pelbagai hadiah untuk Mama yang sedang hamil, pelanggan yang berdaftar dan Gift-with-Purchase yang menarik!

Mama Siti senaraikan antara freebies yang menanti Mama dan para pengunjung lain ke Motherhood Baby Fair nanti:

Muat Turun & Dapatkan Gift Set PERCUMA

Para pengunjung yang mendaftar atau memuat turun aplikasi Motherhood akan diberikan sebuah gift set Cetaphil secara percuma! Terhad semasa di baby fair nanti sahaja tau.

Istimewa untuk Pelanggan Superkids!

1. 2,000 BZU BZU Happy Kids Body Wash

Dihasilkan secara klinikal untuk kanak-kanak dengan kulit sensitif, sabun mandian yang bebas sulfat ini kaya dengan campuran premium ekstrak buah-buahan tropika seperti Mangga, Betik, Nanas dan tambahan vitamin C untuk memberikan perlindungan dan mengekalkan keremajaan kulit.

Ia turut membantu membina sistem pertahanan semula jadi kulit dan sangat sesuai untuk kegunaan harian si manja Mama.

Harga asal: RM10/unit

Khas buat Bakal Mama!

1. 1,000 Promama Maternal Milk

PROMAMA® ialah susu formula yang dibuat untuk menyokong wanita semasa mengandung dan penyusuan untuk memenuhi keperluan nutrisi tambahan bakal Mama. Susu PROMAMA® ini mengandungi nutrien penting seperti DHA, Kolina, Kalsium, Vitamin D, Prebiotik dan Zink. Ia juga mengandungi Asid Folik dan Zat Besi yang penting sepanjang kehamilan.

Harga asal: RM36/unit

2. 5,000 Motherhood Milestone Cards

Kad perkembangan si manja ini direka khas untuk ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran si manja, yang boleh dijadikan sebagai salah satu bahan untuk menghiburkan dan mengajar si manja Mama, mengikuti bulan perkembangannya.

Harga asal: RM19/unit

Eksklusif untuk Mereka Yang Berdaftar Sahaja!

1. 5,000 Ultifresh Reusable Face Masks (Pelbagai Reka Bentuk)

Face mask dari Ultifresh ini menggunakan teknologi fabrik yang diperakui dapat membunuh 99.94% bakteria secara kekal. Ia direka bentuk dengan sifat anti-mikrob kuprum, membolehkan ia mensterilkan sendiri. Ia juga boleh menghalang pertumbuhan bakteria, menjadikan pemakaiannya yang lebih selamat untuk kanak-kanak.

Harga asal: RM19/unit

2. 3,000 Fiffy Mites and Bed Bugs Control Laundry Detergent 50ML

Produk popular ini berkesan dalam mengawal hama & pepijat dan dirumus khas dengan surfaktan berasaskan tumbuhan yang selamat untuk si manja Mama.

Ia menghapuskan hama & pepijat dengan berkesan, kerana kandungan minyak tea tree & eucalyptus sebagai dua bahan utamanya. Detergen ini juga adalah produk mesra alam di mana ia menggunakan 100% bahan semula jadi dan biodegradasi.

3. 4,000 Minuman Chek Hup® Kokoo (3 x 20g)

Minuman 3 dalam 1 Chek Hup® diperbuat daripada biji koko yang telah diperam dan dimaniskan oleh Gula Batu Chek Hup® Rendah GI, dan tidak mengandungi perasa koko tiruan tambahan. Mudah dan senang untuk disediakan!

4. 2,000 Motherhood Goodies Bag

Yang paling best dan sentiasa dinantikan para pengunjung adalah goodies bag daripada Motherhood Baby Fair ini. Kali ini, para pengunjung YANG BERDAFTAR bakal menerima goodies bag yang mengandungi pelbagai hadiah lumayan, bernilai sehingga RM70.

Pastikan Mama daftar dahulu sebelum memasuki baby fair ni tau!

Pelbagai Gift-with-Purchase (GWP)

Bukan itu sahaja Mama! Dengan pembelian minima, Mama juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah-hadiah lain seperti:

Kalau Mama membeli sehingga RM500 dan ke atas, Mama boleh dapatkan keempat-empat (*) barangan yang disenaraikan di atas. Bestnya!

Jadi Mama sudah tahu pelbagai tawaran hadiah yang menanti anda di Motherhood Baby Fair kali ini bukan? Jangan lupa untuk daftar sekarang untuk memiliki hadiah-hadiah yang telah dikongsikan di atas! Mama Siti pun tak sabar nak ke baby fair kali ini.

Dapatkan maklumat lanjut dengan follow dan set notifikasi di Facebook rasmi Motherhood.com.my.

Jumpa Mama di sana!

*Tertakluk pada Terma & Syarat. Imej produk adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Sementara stok masih ada.