Bagi kebanyakan kita, aktiviti seharian sebenarnya tak pernah betul-betul berakhir – ia hanya menjadi lebih perlahan.
Selalu ada sesuatu yang masih berlaku di latar belakang.
Makan malam, mesej kerja selepas waktu kerja, anak-anak yang perlukan perhatian, atau sekadar fikiran yang sukar untuk berhenti berfikir.
Bila malam, badan mungkin terasa penat… tapi fikiran masih terus berjalan.
Sebab itu semakin ramai yang beralih kepada rutin yang lebih ringkas, dan essential oil menjadi salah satu daripadanya.
Teruskan membaca untuk ketahui apa yang dikongsikan oleh beberapa KOL kegemaran kami:
Ikmal Amry: Mencipta Ruang Tenang di Rumah
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, ramai antara kita mungkin sedang mencari ruang-ruang kecil untuk ketenangan di mana sahaja kita boleh.
Bagi Ikmal Amry, semuanya bermula dengan cara dia menenangkan diri untuk memulakan hari.
Dia memulakan paginya dengan perlahan dan tenang, menggunakan Tanamera Lavender Essential Oil yang membantu mewujudkan suasana yang menenangkan.
Apabila hari semakin berlalu dan tenaga mula menurun, dia mengubah sedikit rutinnya.
Sedikit sentuhan Tanamera Sweet Orange Essential Oil memberi boost yang lembut dan cukup untuk menyegarkan fokus dan teruskan hari tanpa rasa terlalu penat.
Dan apabila harinya semakin melabuhkan tirai, dia beralih kepada Tea Tree Essential Oil oleh Tanamera.
Bersih, segar dan menenangkan, ia membantu menyucikan ruang ketika dia bersedia untuk berehat.
Yvonne Chua: Cara Lebih Lembut untuk Mengakhiri Hari
Tidak semua tidur benar-benar memberi rehat yang cukup.
Mungkin Mama tidur sepanjang malam, tetapi masih bangun dengan rasa seolah-olah tubuh tidak pernah benar-benar “off”. Dan bila Mama sedar perkara itu, Mama mula perasan betapa kerap ia berlaku.
Dengan menyedari perkara ini, Yvonne Chua mengambil satu langkah tambahan sebelum tidur.
Yvonne Chua menggunakan Tanamera Sleep Essential Oil, dengan menyapunya perlahan pada titik nadi sebelum ambil masa sekejap untuk menarik nafas dalam-dalam.
Ia adalah satu rutin yang ringkas, tetapi cukup membantu dia untuk melonggarkan diri daripada kesibukan hari dan beralih ke keadaan yang lebih tenang untuk berehat.
Diformulasikan untuk menyokong kualiti tidur yang lebih baik serta membantu meredakan masalah insomnia ringan atau rasa gelisah, Tanamera Sleep Essential Oil memberi fokus kepada membenarkan tubuh untuk kembali tenang secara semula jadi.
Liyana Jafry: Menikmati Ketenteraman dalam Rutin Harian
Duduk bersama anak di hujung hari, membiarkan rumah berehat selepas segala-galanya mula sunyi, dan benar-benar hadir tanpa perlu tergesa-ni gesa ke perkara seterusnya… itulah kekayaan yang sebenar.
Bagi Liyana Jafri, walaupun rutin hariannya padat, ini adalah sesuatu yang dia sengaja beri keutamaan dalam rutin harian.
Tidak kira betapa padat harinya, dia tetap meluangkan masa untuk bersama anak perempuannya, walaupun hanya sekejap.
Sebahagian ketenangan tu datang daripada suasana rumah yang dia cipta sendiri.
Dengan menggunakan Tanamera Waterless Diffuser bersama Tea Tree Essential Oil, dia memastikan udara di rumah sentiasa terasa bersih, segar dan selesa.
Perubahan Kecil, Perbezaan yang Sebenar
Hakikatnya, di penghujung hari, tiada siapa sebenarnya mencari sesuatu yang rumit, dan sebab inilah Tanamera Essential Oils dan Tanamera Waterless Diffuser semakin mendapat tempat di rumah-rumah rakyat Malaysia.
Tak perlu perubahan besar, tak perlu langkah tambahan yang menyusahkan.
Tiada perubahan besar, tiada langkah tambahan. Hanya sesuatu yang kecil melengkapkan segalanya.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang Tanamera serta produk lain yang digemari rakyat Malaysia, boleh layari laman rasmi Tanamera hari ini.
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ketahui lebih banyak informasi dan tips-tips keibubapaan untuk Mama Papa di SINI!
