KelabMama

Fesyen Untuk Papa: Inspirasi Daripada Fashionista dan ‘Dad-fluencers’ Untuk Bapa

Kadang-kadang Papa pun ingin bergaya sama seperti selebriti dan para pempengaruh yang kacak, kemas dan nampak style orang cakap. Sekiranya Papa masih mencari inspirasi fesyen untuk papa yang terkini, Mama Siti dah kumpul dan senarai pendek 5 fashionista yang Papa boleh ikuti.

Jika Mama nak kongsi post ini dengan Papa pun boleh! Mana tahu mereka mahu cuba gaya baru ke ataupun style yang Mama lebih minat. Tak salah jika Papa mahu lebih bergaya nanti senang nak koordinasi pakaian bersama Mama dan anak-anak, betul tak?

Jom lihat barisan ‘Dad-fluencers’ yang Mama Siti dah senaraikan di bawah:

5 Papa ‘Fashionista’ Sebagai Inspirasi Fesyen Untuk Papa

#1 Awal Ashaari

Sering bergaya sedondon dengan puteri-puterinya, Awal Ashaari mempunyai stail yang unik dan sleek serta dress to impress. Pakaiannya sering nampak terurus dan terletak pada badannya.

#2 Aiman Hakim Ridza

Untuk Papa yang tinggi seperti model, boleh mendapatkan inspirasi daripada gaya pelakon dan model kacak, Aiman Hakim Ridza! Mungkin dengan ketinggian yang sama Papa boleh stailkan pakaian yang serupa.

#3 Shukri Yahya

Definisi lelaki Melayu terakhir gitu. Shukri Yahya mempunyai pelbagai gaya. Dari warna tona yang neutral mahupun bercorak, Syukri Yahya sentiasa nampak bergaya dan memikat hati para gadis. Sedap mata memandang.

#4 Shafiq Zorkafli

Usahawan Shafiq Zorkafli sering juga berpakaian sedondon dengan isterinya. Usahawan ini juga sering menggayakan pakaian yang kemas dengan tona warna yang neutral, menampakkan beliau dan pasangan lebih down to earth. Sesuai untuk Papa cuba gayanya jika inginkan cara pemakaian yang sederhana dan tona warna semula jadi.

#5 Aeril Zafrel

Buat pelakon kacak dan sering menarik perhatian ramai Aeril Zafrel, beliau sering dilihat menggayakan pakaian bercorak dan dengan warna yang daring. Jika Papa mempunyai keyakinan yang tinggi dan berani seperti Aeril, bolehlah Papa cuba style pelakon ini.