KelabMama

“Nak pakai apa eh pergi rumah Ms Lee?” Ini 10 Inspirasi Fesyen Terkini Untuk Open House CNY

“Panik! Panik! Nak pakai baju apa untuk open house CNY di rumah Ms Lee ni?”

Mujur ada Mama Siti kan? Mama Siti ada kumpulkan senarai fesyen yang menarik untuk Mama gayakan sempena tahun baharu cina ini!

Jom kita tengok apa yang sesuai untuk digayakan ke open house CNY rakan-rakan berbangsa Cina kita yang bakal menyambutnya nanti.

10 Fesyen ‘Wow’ Untuk Mama Hadir Open House CNY

#1 Matchy Bersama Fam Bam

Merah adalah warna bertuah semasa Tahun Baru Cina. Itu adalah fakta yang semua orang tahu. Mama Marion gayakan merah dan hitam untuk Tahun Baharu Cina ni! Kontra dengan hitam, memang padan sangat dengan warna merah yang terang benderang tu! Tidak lupa juga suami dan anak-anak pun kena matchy tau. Simple dan relax je, asalkan kena dengan tema kan?

#2 Manis dan Tradisional

Wah! Dengan warna dan tona yang lembut, Mama Mira nampak ayu sangat! Ala-ala cheongsam halal kan? Kalau Mama stick dengan warna lembut, Mama pasti akan kelihatan berseri-seri~

#3 Corak Adalah Penyeri Perayaan

Setiap tahun asyik pakai cheongsam merah aje? Cuba pulak yang bercorak ni! Mama juga boleh sedondonkan dengan semua ahli keluarga macam Mama Sally. Dengan aksesori yang simple, memang mudah untuk padankan.

#4 Mama Chic!

Mengikut tema yang Tahun Baharu Cina, Mama Vivy meamng pandai gayakan satu family! Gayakan dengan jubah merah dan tudung bercorak, memang nampak effortless. Sampai baby pun kena ikut tema tau!

#5 Pastel Menawan

Kalau Mama rasa nak pakai simple soft and sweet look, boleh try pakai macam Mama Iman ni! Skirt pleated dan cardigan yang panjang memang sangat sesuai kalau pergi ke rumah terbuka CNY~

#6  Kembar Tang Suit

Dalam semangat Tahun Baharu Cina, apa kata Mama pakai Tang Suit? Mudah nak stail kan jika tak nak pakai kain atau skirt. Boleh pakai yang plain dan bercorak, dua-dua pun menarik di mata Mama Siti!

#7 Sedia Untuk CNY Dinner

Ada Annual CNY Dinner di hotel? Jom bergaya dengan mewah! Skirt tulle pastinya adalah statement piece, pasti kawan-kawan Mama akan puji fesyen inovatif Mama ni!

#8 Effortless Gitu

Gaya yang tidak perlu usaha yang lebih, hanya dengan pakai serupa ini sahaja dah cukup! Elegant dengan minimal aksesori memang akan nampak sangat menawan.

#9 Bak Puteri Kayangan

Mama nak fefeeling macam princess? Gayakan dengan corak bunga-bunga dan skirt cutting seperti princess ni mesti Mama akan berseri-seri dekat open house tu nanti!

#10 Glamour Dalam Biru

Gaya yang sangat versatile memang Mama Siti love! Dengan pakaian luar yang bergaya ni, memang sesuai untuk annual CNY dinner Mama ni! Pair dengan beg dan kasut yang sesuai, ia akan lebih pop!

Amacam? Banyak tak inspirasi yang menarik kat sini? Tak semestinya kita pakai pakaian tradisional seperti cheongsam ataupun tang suit tapi asalkan sesuai dan selesa untuk Mama!

Kami di KelabMama mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina untuk semua Mama yang meraikan diluar sana~


Dapatkan tips fesyen untuk perayaan lain di SINI.