KelabMama

Fesyen ‘Airport’ Untuk Mama Bersama Si Manja Sempena Cuti Sekolah Ini

Mesti Mama dah tak sabar-sabar nak pergi bercuti dengan keluarga kan? Tak kisah lah, dalam negara ke, luar negara selagi naik kapal terbang, jom la berfesyen dengan selesa!

Di bawah ada gaya-gaya fesyen cuti sekolah yang menarik untuk Mama dan anak-anak gayakan sebelum fly ke destinasi Mama! Jom kita tengok~

5 Gaya Menarik Before Fly Dengan Keluarga

#1 Koordinasi Warna dan Bergaya

Nak matching dengan suami dan sekeluarga, pastikan bagitahu mereka nak pakai baju warna lebih kurang! Dengan baju yang selesa, flight lama-lama pun takpe, tapi atas flight sejuk tau Mama, pastikan Mama bawak cardigan ataupun sweater!

#2 Matching dengan Si Manja

Anak yang happy = Mama yang happy! Jika anak berpakaian selesa dan comel, pasti penerbangan akan jadi lebih smooth dan mengikut rancangan Mama. Pastikan Mama dan anak-anak Mama memakai baju dengan material yang selesa untuk bergerak, terutamanya semasa penerbangan yang mengambil masa berjam lamanya. So better prepare~

#3 Warna Gelap Barulah Tampak Lebih Slim

Gaya seperti Mama Anis ni memang trending jika bercuti menaiki kapal terbang. Untuk mengelakkan accident seperti tertumpah makanan pada baju ke apa, lebih baik pakai baju yang lebih gelap daripada biasa. Bonusnya, mestilah membuatkan Mama tampak lebih slim je nanti!

#4 ‘Malas-malas’ Style

Fesyen cuti sekolah bila nak fly favourite Mama Siti!

Dengan penerbangan yang jauh, lebih baik kita berpakaian yang selesa macam Bella ni! Oversized sweatshirt dan skinny jeans memang menjadi pilihan Mama Siti juga. Jangan lupa untuk pakai kasut yang selesa sebab kita akan banyak berjalankan nanti.

#5 Dress Bercorak di Terminal

Mama mahukan gaya yang girly dan selesa? Boleh try pakai dress macam si cantik Puteri Sarah Liyana ni. Pastikan ia tidak terlalu ketat untuk rasa selesa dalam flight tau. Padankan juga dengan kasut yang selesa seperti sport shoes supaya kaki tak sakit nanti. Nak ber-OOTD pun lagi best nanti!

Menarikkan fesyen di airport sempena cuti sekolah yang dikongsikan ni? Yang penting, selesa, senang bila nak solat nanti dan pada masa yang sama, bergaya! Selamat berfesyen dan enjoy your holiday!


Mama cari inspirasi fesyen untuk event-event lain? Klik di SINI.