KelabMama

Khas Untuk Pasangan Baru: Berkahwin Ni Ada Beberapa Fasa Yang Penting Untuk Dilalui

Semasa negara kita dilanda pandemik COVID-19, semakin ramai yang mendirikan rumah tangga dengan pasangan tercinta mereka. Tak kisah sama ada pernikahan atas talian ataupun bersemuka, janji halal dan sah!

Walau bagaimanapun, mendirikan rumah tangga juga datang dengan tanggungjawab yang banyak. Sering kali kita dapat nasihat daripada kedua orang tua kita tentang perkahwinan ini. Untuk tambahkan lagi pengetahuan Mama dan cik suami, boleh lah kita baca perkongsian Pakar dalam ilmu keibubapaan, Encik Taufiq Razif.

Kali ini Encik Taufiq kongsikan fasa-fasa perkahwinan yang pasangan lalui sewaktu mendirikan rumah tangga. Jom kita baca dengan lebih lanjut!

Mama Berada Di Fasa Apa Sekarang Ni?

Nasihat serius buat pengantin baru,

1. Berkahwin ni ada 3 fasa iaitu:

2. Ketika fasa bulan madu ni pasangan kita kentut pun kita boleh cakap “Eh sape sembur perfum ni? Sedapnya lahai “

3. Ketika fasa bulan madu semuanya akan jadi sangat indah. Keburukan pasangan kita umpama angin lalu sahaja.

Fasa Power Struggle

4. Ketika sudah masuk fasa ‘Power Struggle’ ketika itu kekurangan suami dan isteri perlahan lahan mula terbuka dan keduanya ada ‘standard’ dan gaya hidup yang berbeza.

5. Ketika fasa ‘Power Struggle’ itu mungkin cara kita susun atur perabot pun berbeza, cara kita kemas bilik pun berbeza dengan pasangan kita hatta cara picit ubat gigi pun boleh jadi isu jika tak ditangani perbezaan itu dengan segera!

6. Perbezaan kita dengan pasangan kita boleh jadi kerana:

7. Ujian datang melalui titik terlemah diri kita. Ujian paling dasyat bagi seorang suami adalah wanita dan ketika si suami mempunyai segala-gala manakala ujian paling dasyat seorang isteri adalah ketika si suami belum punya apa-apa.

Fasa Acceptance

8. Walaupun bahtera perkahwinan tersebut melalui karang yang berbatu, lautan ribut yang bergelora dan angin kencang yang mengganas dan menggila akan sampai masanya ianya akan memasuki fasa stabil dan harmoni iaitu fasa ‘Acceptance’.

9. Ketika itu kita sudah boleh menerima kelemahan juga kekurangan pasangan. Kita akan anggap kelemahan dan kekurangan adalah ciri unik pasangan kita yang membuatkan dia istimewa di mata kita.

10. Ketika itu tiada lagi SAYA. Yang ada hanyalah KITA kerana kelemahan dan kekurangan pasangan adalah kelemahan diri kita dan kelebihan dan kekuatan pasangan adalah kelebihan dan kekuatan diri kita.

Untuk baca dengan lebih lanjut, boleh klik pada link di sini.

Dengan fasa-fasa yang telah disenaraikan dan terangka oleh Encik Taufiq, harap-harap Mama faham akan apa Encik Taufiq mahu sampaikan. Perkahwinan semestinya bukan tentang bercinta dan ada saat bergembira sahaja tetapi terdapat pelbagai tanggungjawab sebagai suami dan isteri yang harus dijalankan.

Tambahan pula dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan anak-anak. Mama dan encik suami harus berganding bahu untuk melaksanakannya!

Pesan Mama Siti:

Banyak rintangan yang Mama dan cik suami harus harungi, ada yang baik ada yang buruk tetapi menurut satu pantun daripada D’Klasik ini ‘Buat bersegi elok bertingkat, pahat papan teruna bertiga, suami isteri mesti berpakat, barulah aman berumah tangga’. Mama Siti doakan semua berjalan lancar dalam rumah tangga Mama! InsyaAllah.