KelabMama

Perkara dan Fakta Menarik Mengenai Malaysia Yang Mama Harus Kongsikan Bersama Anak-anak

Negara Malaysia sememangnya kaya dengan budaya, makanan, dan etnik daripada pelbagai kaum. Kepelbagaian ini membuatkan terdapat banyak fakta menarik mengenai Malaysia yang Mama Siti percaya, masih ramai tak tahu atau tak sangka yang ia adalah fakta.

Mujurlah Mama Siti ada kumpulkan fakta menarik yang Mama boleh ceritakan sedikit dekat si manja. Jom kita tengok perkara dan fakta menarik tentang Malaysia tanah tumpahnya darahku ini.

5 Fakta Menarik Yang Mama Tak Sangka Tentang Malaysia

#1 Hutan hujan kita lebih tua daripada hutan lain

Kredit gambar: Shutterstock

Siapa sangka hutan hujan tropika di Malaysia adalah yang tertua. Lebih tua lagi daripada Hutan Amazon dan Congo! Hutan hujan simpan ini berumur 130 juta tahun seluas 4,343 km persegi sama.

Mama boleh bayangkan ia hanya 7 kali ganda negara Singapura je tau! Mama boleh lawat hutan simpan ini di Taman Negara.

Untuk melawat taman ni, Mama memerlukan kebenaran khas daripada kerajaan, tetapi ia sangat berbaloi. Hutan hujan ini adalah rumah kepada mamalia yang jarang ditemui seperti harimau Malaya, kera pemakan ketam, badak sumbu Sumatera dan juga gajah Asia.

#2 Ruang gua terbesar berada di Sarawak

Kredit gambar: Mulupark

Ruang gua terbesar di DUNIA berada di Sarawak tau Mama! Ia terletak di Gua Mulu di Taman Negara Sarawak, dimana ia boleh muat 1 pesawat boeing 747-200.

Taman Negara Gunung Mulu sememangnya terkenal dengan pembentukan batu kapur, dan merupakan antara gua yang paling menakjubkan di bumi ini.

Untuk pengetahuan Mama lagi, Mulu adalah rumah kepada ruang bawah tanah terbesar di dunia (Dewan Sarawak), laluan gua terbesar di dunia (Gua Rusa) dan gua terpanjang di Asia Tenggara (Clearwater Cave).

#3 Titik paling selatan di Benua Asia

Kredit gambar: Shutterstock

Tanjung Piai di selatan Johor merupakan titik paling selatan di benua Asia. Terletak dalam mukim Kukup, Daerah Pontian, Johor, Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian.

Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langit Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.

#4 Kumpulan harimau yang banyak

Kredit gambar: Shutterstock

Tahukah Mama? Hutan Belum (Royal Belum) mempunyai banyak spesies harimau Malaya untuk setiap kilometer persegi kawasan hutan tersebut dan ianya melebihi daripada mana-mana pusat perlindungan haiwan di negara ini!

Mama Siti pun baru tahu fakta yang mengejutkan ini.

#5 Lebuh raya di Malaysia melebihi lilitan bumi

Kredit gambar: Shutterstock

Lebuh raya di Malaysia merekodkan sepanjang 65,887 km panjang dan ianya melebihi daya lilitan bumi iaitu 40,075 km. Mesti Mama tak sangka kan? Untuk pengetahuan Mama, lebuh raya pertama di negara kita ialah Lebuhraya Persekutuan yang lebih dikenali ramai sebagai Federal Highway.

Mula dibina pada 1974, ia merupakan antara lebuh raya yang paling sibuk di kawasan Lembah Klang, terutamanya pada waktu puncak. Bayangkan Mama, lebih 30,000 buah kenderaan berada di Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak tersebut! Jadi, sebab tu Mama harus plan jadual perjalanan Mama di jalan raya dengan sebaiknya ya.

Wow! Banyak fakta menarik tentang Malaysia ni kan, Mama? Boleh la Mama ceritakan dekat si manja sambil-sambil tu. Dengan menjelangnya Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September ini, pastikan Mama dapatkan maklumat dan fakta yang menarik untuk lebih arif tentang negara kita. Barulah patriotik!

Mama Siti mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia buat semua pembaca Kelab Mama!

Kredit: Astro Awani