KelabMama

Fakta-fakta Menarik Baby Comel Di Seluruh Dunia!

Kredit Foto: Google Image

“Geramnya tengok baby comel tu!” Siapa je yang tak suka dan teruja bila tengok baby comel kan? Rasa nak gomol-gomol je! Tengok anak orang pun dah geram inikan pula anak sendiri. 

Mama pernah tak dengar ayat ‘baby fever?’ Haa… ‘baby fever’ ini ialah satu frasa bagi individu yang obses dengan baby comel sampai rasa nak ada anak sekarang juga! Ramai yang tak percaya dengan ‘baby fever’ ni tapi kajian dah mengesahkan bahawa ‘baby fever’ ini memang wujud terutamanya di kalangan wanita.

Kredit Foto: Google Image

Jangan risau, ramai sebenarnya yang mengalami ‘baby fever’ ni. Dan yang penting, ianya tak memudaratkan pun, cuma suka sangat tengok bayi-bayi comel! Disebabkan tu, Mama Siti nak kongsikan beberapa fakta dan tradisi baby comel di seluruh dunia. Mama pasti akan terpukau dengan fakta-fakta menarik ini!

Sebenarnya, fakta dan tradisi ini berbeza dari negara ke negara. Tradisi dan fakta bayi comel setiap negara ini sangat unik bermula dari kehamilan sehingga saat melahirkan. Jadi, Mama Siti akan kongsikan tradisi dan fakta baby comel yang akan membuat hati Mama bertambah happy! 

Fakta Baby Comel Mengikut Negara

1) Negara Finland

Kredit Foto: Google Image

Bagi ibu yang mengandung di negara ini, pihak kerajaan akan memberikan ‘baby box’ yang diisikan dengan lampin bayi, tilam, baju dan banyak lagi untuk keperluan bayi. 

Bayi yang lahir di Finland juga akan diberikan hadiah kecil seperti ‘teddy bear’. Wah mesti comel kan bayi dengan mainan pertamanya! Ibu kepada bayi ini pula wajib diberi bunga tau, haa ini ialah salah satu tradisi mereka disana.

2) Negara Nigeria

Kredit Foto: Google Image

Nak tahu tak, mandian pertama baby comel di Nigeria harus dimandikan oleh ahli keluarga seperti nenek? Ibunya tak seharusnya memandikan bayi buat pertama kali. Tradisi ini terjadi untuk menjaga kesihatan ibu selepas melahirkan bayi

Selepas hari ketujuh, bayi dan ibunya akan mendapat pelbagai jenis hadiah dan kebanyakannya akan memberi barang yang tertentu seperti minyak dan air yang membawa makna untuk panjang umur! 

3) Negara Jerman

Kredit Foto: Google Image

Bayi di Jerman sangat beruntung! Nak tahu kenapa? Ini kerana negara Jerman sangat terkenal dengan pembuat mainan, jadi baby comel di sini sangat dimanjakan kerana ianya sangat wajib untuk setiap bayi dilimpahkan dengan pelbagai mainan.

Mainan yang mereka ada juga sangat berbeza dengan mainan kita di sini tau. Bestnya jadi bayi disana kan? Yang penting jimat duit ibu bapa tak perlu beli mainan dah! 

4) Negara Sweden

Kredit Foto: Google Image

Disebabkan negara Sweden ialah negara yang sejuk, bayi dah belajar menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk sejak kecil lagi. Yang paling unik, masa tidur untuk baby comel di sana sering terjadi apabila mereka di luar rumah! Ya betul tu, bukan biasa-biasa tau. 

Sementara ibu-bapa mereka menikmati makanan yang enak, bayi akan diajarkan untuk tidur setiap kali mereka keluar rumah. Wah, tenang la Mama dan Papa menjamu selera kan?

5) Negara Turki

Kredit Foto: Google Image

Di negara Turki, masyarakat mereka percaya bahawa apa yang si ibu makan ketika hamil akan menentukan jantina si bayi! Menurut mereka, kalau si ibu sering makan makanan yang pahit, maksudnya jantina si bayi ialah perempuan. Manakala jika si ibu sering mengidam makanan manis, jantina bayi ialah lelaki!

Yang paling menarik, baby comel disini jarang dapat mainan, tetapi mereka dapat hadiah berbentuk wang tau! Amboi, masih bayi lagi dah kaya kan si kecil ni!

6) Negara Itali

Kredit Foto: Google Image

Bila bayi di negara Itali lahir, keluarga mereka akan gantung tali leher berwarna untuk umumkan jantina bayi mereka. Contohnya, bayi lelaki berwarna biru manakala bayi perempuan berwarna merah jambu! 

Yang menariknya, tradisi ini dilakukan bagi menggalakkan jiran-jiran untuk mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi disana. Kemudian jiran-jiran akan singgah untuk lihat baby comel tu! 

Fakta-Fakta ‘Mind-Blowing’ Tentang Baby Comel Mama!

1) Bayi Dilahirkan Pandai Menari Semula Jadi

Pernah tak tengok bayi kita macam joget-joget manja tu? Fakta menarik, kajian membuktikan bahawa bayi dilahirkan dengan rasa irama semula jadi! 

Walaupun mereka belum dapat bergerak, penyelidikan menunjukkan bahawa bayi mempunyai kemampuan naluri untuk bertindak balas terhadap irama dan tempo muzik dan bahkan mungkin menganggapnya lebih menarik daripada pertuturan.

2) Bayi Tiada Tempurung Lutut

Kredit Foto: Google Image

Hah, betul ke? Jangan risau. Sebenarnya, lutut bayi, juga dikenali sebagai patella, tak berkembang menjadi tulang keras sehingga si kecil memasuki usia pra sekolah antara usia tiga hingga lima tahun!

3) Warna Merah Adalah Warna Pertama Yang Bayi Kenali

Kredit Foto: Google Image

Beberapa kajian menunjukkan baby comel baru lahir hanya dapat melihat warna hitam, putih dan kelabu sementara yang lain mencadangkan mereka dapat melihat warna yang berbeza tetapi ianya sangat kabur. 

Walau bagaimanapun, warna pertama yang dikenali bayi adalah merah! Tapi, apakah warna terakhir yang dikenali oleh bayi? Biru dan ungu!

4) Air Mata Baby Comel Sebenarnya ‘Fake’!

Kredit Foto: Google Image

Mestilah bayi menangis tetapi sebenarnya bayi tak mengeluarkan air mata sehingga usia tiga minggu! Doktor menggelarkan air mata ini sebagai air mata simpati. Ha! Mama Siti pun baru tahu tentang fakta ni tau. 

5) Baby Comel Tidur Sebanyak 5400 Jam Pada Tahun Pertama

Kredit Foto: Google Image

Memandangkan hanya ada 8760 jam dalam setahun, jumlah ini sangat BANYAK! Tetapi ingat, bayi hanya tidur beberapa jam pada satu masa, terutama pada tiga bulan pertama. Dan ini hanyalah anggaran, tau Mummies. Gaya tidur setiap bayi berbeza dan mungkin ada juga bayi yang tak suka tidur kan?

6) Baby Comel Mempunyai Naluri Akuatik Semula Jadi Ketika Berada Di Dalam Air!

Kredit Foto: Google Image

Sebenarnya, bayi dilahirkan dengan “refleks menyelam” yang dikenali sebagai tindak balas bradikard, yang menyebabkan badan mereka secara semula jadi menyesuaikan diri dengan persekitarannya ketika tenggelam di dalam air. 

Apa yang lebih luar biasa ialah, seperti ikan, bayi dapat bernafas dan menelan pada masa yang sama untuk beberapa bulan pertama kehidupan mereka! Mereka belajar bakat ini semasa dalam kandungan tetapi mula kehilangan kemampuan ini sekitar usia 6 bulan. Jadi, Mama boleh la daftar kelas berenang untuk si manja! 

Ha..amacam Mama semua? Menarikkan fakta-fakta tentang baby comel yang Mama Siti kongsikan ni? Bukan tu je, gambar-gambar baby comel dari seluruh negara ini pasti akan mencairkan hati-hati setiap wanita dan sedikit sebanyak dapat memahami tradisi yang berbeza bagi setiap negara!

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA CARA AZAN BAYI UNTUK BAYI LELAKI DAN PEREMPUAN

Pesan Mama Siti

Setiap bayi itu memang comel tiada tandingan, terutamanya apabila kita sudah kandungnya selama 9 bulan. Jadi selama si manja masih bayi, kita haruslah menikmati kecomelan luar biasa mereka ini!