KelabMama

10+ Fakta Anak Sulung Yang Pasti Ada Dalam Karakter Anak Anda

fakta anak sulung

Sumber: sangbuahhati.com

Anak sulung adalah cahaya mata yang amat dinanti-nantikan oleh setiap ibu bapa. Pelengkap kehidupan berkeluarga dan pengalaman pertama menimang cahaya mata.

Sumber: majalahpama.my

Setiap anak yang dilahirkan ke dunia mempunyai personaliti tersendiri. Namun tahukah anda, menurut kajian pakar, personaliti dan karekter seorang anak juga boleh dipengaruhi oleh kedudukannya dalam keluarga. Contohnya anak sulung, kebanyakan mereka mempunyai personaliti dan ciri yang hampir sama.

Dalam sebuah kajian dari Sweden, anak sulung mempunyai keunikan dan personaliti yang baik berbanding adik-beradik yang lain. Ini dari segi sifat keterbukaan terhadap pengalaman baharu, tahap kesedaran, keramahan dan kestabilan emosi.

Sumber: tribunnews

Terbawa-bawa gelaran ‘kak long’/’abang long’, ramai yang menganggap anak sulung ni mempunyai karakter dominan dalam pergaulan. Biasanya anak sulung menjadi ikon keluarga atau ‘anak emas’, yang pastinya personaliti diri setiap anak yang dilahirkan ke dunia pastinya berbeza.

Berikut disenaraikan beberapa fakta anak sulung yang menarik dan semestinya terdapat dalam karakter anak sulung Mama dan Papa!

Fakta Anak Sulung Yang Menarik

#1 Cepat matang

Umum mengetahui bahawa anak sulung menggalas tanggungjawab yang besar di rumah. Menjaga adik-adik, membantu ibu membuat kerja rumah, dan banyak mengalah demi adik-adik.

Sumber: impiana.my

Sedikit sebanyak, tanggungjawab tersebut membuatkan anak sulung menjadi seorang yang sangat matang dan rasional, malah lebih matang daripada rakan sebaya yang lain.

Inilah keistimewaan anak sulung. Kematangan ini dapat dilihat apabila anak pertama nampak seperti mengetahui tentang banyak perkara. Ini kerana mereka dikatakan ‘lahir’ untuk belajar.

#2 Optimistik dan Berdikari

Apabila terdidik dan terbiasa dengan kematangan sesuai dengan umurnya, anak sulung biasanya akan menjadi seorang yang berdikari dan sangat optimistik. Pendedahan yang diberikan secara tidak langsung melalui kerja rumah, dan banyak mengalah demi adik-adik.

Sedikit sebanyak, tanggung jawab tersebut membuatkan anak sulung menjadi seorang yang sangat matang, malah lebih matang daripada rakan sebaya yang lain.

Dengan kematangan ini, anak sulung lebih optimistik untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Dengan sifat optimistik inilah menjadikan anak sulung biasanya lebih berjaya di dalam kehidupan mereka.

#3 Bertanggungjawab

Seawal usia anak sulung yang telah didedahkan berdikari, menjadikan mereka lebih bertanggungjawab di dalam hidup. Bukan sahaja bagi kehidupannya, malah mereka juga lebih bertanggungjawab dan mengambil berat ke atas keluarga.

Tanggungjawab yang digalas di bahu anak pertama adalah lebih berbanding adik-beradik yang lain. Dengan sifat bartanggungjawab ini menyebabkan mereka lebih mudah menjadi ketua sesuai dengan terdidiknya sifat bertanggungjawab ini.

#4 Tegas dan garang

Anak pertama selalunya bertanggung jawab ke atas adik-adik dan membantu ibu dalam menguruskan urusan rumah, kebiasaannya anak sulung mempunyai sifat yang garang dan tegas.

Sinonim dengan panggilan Kak Long atau Abang Long – sebagai anak yang paling tua, mereka terpaksa bersifat garang dan tegas ke atas adik-adik bagi menggantikan karekter ibu ayah.

Sifat garang dan tegas ini kerana sayangkan adik-adik dan mahu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibu dan ayah. Sifat ini kebiasaannya akan terus sebati dalam diri dan terbawa-bawa sehingga ke alam persekolahan, rumah tangga mahupun tempat kerja.

#5 Pelindung

Antara penyebab anak sulung tegas dan juga garang, adalah untuk melindungi adik-adiknya juga ahli keluarga yang lain.

Kasih sayang anak sulung terhadap adik-beradik yang lain menjadikan mereka pelindung keluarga di dalam apa keadaan sekalipun. Tidak sanggup anak sulung melihat adik-beradiknya di dalam kesusahan atau disakiti oleh orang lain.

Sumber: eyeem.com

#6 Pemaaf

Biarpun terkenal dengan ketegasan, anak sulung mempunyai sifat pemaaf yang tebal di dalam dirinya. Ini adalah kerana biasanya anak sulung mendahului perasaan orang lain, menjadikan mereka seorang yang pemaaf dalam kebanyakan situasi.

Anak sulung mungkin kelihatan garang, tegas, dan dominan namun jika anda mengenali mereka dengan lebih dekat, anda akan menyedari bahawa mereka mempunyai hati emas yang mudah memaafkan orang lain.

#7 Sensitif

Sumber: theasianparent.com

Namun jangan pula dipandang serong kepada anak sulung. Mereka mungkin nampak garang dan tegas, namun hatinya amat sensitif dan mudah tersentuh. Sifat tersebut berpunca daripada keterpaksaan mereka untuk beralah dengan adik-adik sejak kecil.

Malahan kadangkala perhatian lebih ibu bapa berikan kepada adik yang lebih kecil menyebabkan hati mereka lebih mudah terasa dan memendam perasaan yang terbawa hingga dewasa.

Jangan terkejut jika kita dapati anak sulung ini mudahya mengeluarkan air mata kerana jiwa mereka yang lembut sebenarnya. Sukar sekali mereka berkongsi perasaan dengan orang lain. Dengan kata lain, anak sulung lebih banyak berkorban perasaan.

#8 Prihatin dan mudah menyayangi orang lain

Sumber: istockphoto.com

Dari kecil lagi ibu ayah telah mepupuk sifat penyayang pada anak sulung. Sesuai dengan karakter anak sulung yang terbiasa dengan melayani kerenah adik-adik mereka, anak sulung secara amnya adalah seoarang yang prihatin dan mudah menyayangi orang lain.

Sifat ini menjadikan meraka mudah menghulurkan tangan dan sentiasa ada pada sesiapa yang memerlukan. Ini adalah kerana rasa kasih itu telah dipupuk dari mereka kecil lagi.

#9 Sentiasa tersenyum

Percaya atau tidak – anak sulung mudah tersenyum bagi menggembirakan hari orang sekeliling – terutama adik-adiknya juga ibu ayah.

Jarang sekali melihat anak sulung menangis, kerana sifatnya yang selalu terbiasa dengan ketegasan dan tanggungjawab. Anak sulung biasanya tidak suka menunjukkan kesedihan mereka secara terangan dan lebih menyimpannya sendiri.

#10 Penuh rahsia

Anak sulung suka memendam perasaan dan sukar untuk berkongsi perasaan dengan orang lain. Sifat ini mungkin timbul akibat anak sulung yang terpaksa berkorban perasaan demi adik-adik sejak mereka kecil. Itulah di antara pengorbanan paling besar seorang anak sulung.

#11 Anak sulung perempuan – lebih rapat dengan ayahnya

Sumber: halodoc.com

Anak sulung perempuan – kebiasaannya lebih rapat dengan ayahnya. Mereka lebih mewarisi karekter ayahnya berbanding ibu. Ada juga pepatah mengatakan – anak perempuan adalah cerminan peribadi ayahnya.

#12 Cerewet

Sumber: hellodoktor.com

Biarpun terdidik dengan tanggungjawab dan selalunya mengalah dalam kebanyakan situasi – anak sulung adalah seorang yang agak cerewet. Dengan sifat ketegasannya, mereka amat berhati-hati dan cerewet di dalam segala pemilihan dan situasi supaya segalanya sempurna dan tidak mendatangkan kesusahan baik untuk dirinya ataupun orang lain.

#13 Lebih suka mengarah

Sifat utama – selalunya jika anak sulung adalah perempuan, dia lebih cenderung mempunyai personaliti diri yang agak ‘bossy’ – dan juga mengarah. Mungkin juga kerana mereka sudah terbiasa dengan situasi begini bersama ibu ayah dari awal – maka bersama adik beradik juga anak sulung lebih banyak mengaarah memandangkan dirinya yang lebih tua.

#14 Ringan tulang

Sedari awal terdidik dengan sifat bertanggungjawab dan meringankan beban ibu ayah, secara tidak langsung anak sulung ringan tulang dan sentiasa menghulurkan tangan tanpa perlu diminta.

Secara amnya, fakta anak sulung disenaraikan di atas merupakan sifat dan personaliti yang dapat kita lihat pada anak sulung yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi memahami anak sulung.

Bagaimanapun, ada juga karakter dan personaliti mungkin sedikit berbeza, yang terbina dari didikan dari ibu ayah dan persekitaran kehidupan.

Faktor ini juga sedikit sebanyak menyumbang kepada pembentukan karakter dan personaliti setiap individu, bukan sahaja anak sulung.