KelabMama

Refresh Minda: Fakta 16 September, Detik Bersejarah ‘Lahirnya’ Malaysia

Hari Malaysia dah nak dekat ni! 16 September bukan sekadar cuti umum tau Mama, ia adalah hari yang penuh dengan sejarah buat Malaysia. Mesti si manja pelik kenapa semua orang berada di rumah pada 16 September ni kan?

Sambil-sambil tu Mama boleh ceritakan tentang bagaimana Malaysia terbentuk dan kenapa 16 September mempunyai sejarah yang istimewa buat orang Malaysia.

Secara amnya, bermula 16 September 2010, tarikh tersebut menjadi cuti umum untuk seluruh negara bagi memperingati penubuhan persekutan Malaysia pada tahun 1963. Jadi, sebab tu kita akan cuti pada 16 September setiap tahun atau lebih dikenali sebagai Hari Malaysia.

Mama Siti ada sediakan fakta-fakta dan kronologi tentang 16 September yang Mama boleh ceritakan pada si manja! Jom baca di bawah~

Lahirnya Malaysia

Hari Malaysia adalah lambang bergabungnya Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 31 Ogos.

Bagaimanapun, Malaysia akhirnya mengisytiharkan hal ini pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Sebelum ini, Hari Malaysia adalah cuti umum di Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua negeri Sabah; namun ia bukan cuti umum di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Selepas 2010, barulah diumumkan bahawa 1 September adalah cuti umum bagi seluruh negara.

Kronologi Terbentuknya Malaysia

Kredit gambar: Astro Awani

Berikut adalah tahun-tahun yang penting semasa pembentukan Malaysia. Jom kita tengok~

1945 – Kesatuan Malaya (Malayan Union) diperkenalkan oleh kerajaan Imperialis Inggeris untuk menuju ke arah pembentukan kemerdekaan. Pada mulanya, ia dibantah oleh majoriti rakyat tempatan kerana menyebabkan Sultan hilang kuasa dalam bidang politik.

1947 – Pihak Inggeris mencadangkan konsep pembentukan persekutuan Tanah Melayu setelah berhadapan dengan rusuhan dan pemberontakan orang Melayu.

1948 – Malaya memasuki tempoh darurat kerana pemberontakan Komunis.

1949 – Pilihan raya pertama Malaya yang dipelopori Parti Perikatan iaitu UMNO, MCA dan MIC yang mewakili 3 kaum utama Melayu, China dan India.

1955-1956 – Rundingan ke London diketuai oleh Tunku Abdul Rahman bagi merunding mengenai kemerdekaan Malaya. Melalui rundingan tersebut, persetujuan telah dibuat pada Februari 1956 dan kemerdekaan secara rasmi akan diberikan. 

1957 – Kemerdekaan dan pembentukan Persekutuan Malaya pada 31 Ogos 1957.

1960 – Darurat dimansuhkan sejak 1948 kerana para pemberontak Komunis mula hilang kuasa.

1962 – Rundingan demi rundingan dibuat demi mencapai kemerdekaan bagi Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada mulanya, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bersama Malaya tetapi mendapat tentangan yang hebat dari pihak Filipina dan Indonesia.

1963 – Pembentukan Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 terdiri daripada 9 negeri di Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.

1965 – Namun disebabkan salah faham yang wujud antara pemimpin dari kerajaan pusat dan pihak berkuasa Singapura, Singapura mengambil keputusan untuk meninggalkan Kesatuan pada 6 Ogos 1965 lantas membentuk sebuah negara berasingan.

Kredit gambar: Shutterstock

Macam tulah kronologi pembentukan Malaysia. Enam (6) tahun selepas kemerdekaan, Malaya kemudian bergabung dengan Sabah Sarawak dan Singapura. Bila disusun macam ni senang nak baca kan? Macam mana pula dengan logo dan tema yang ditetapkan pada tahun ini? Haa, ia juga mempunyai sejarah dan makna mereka tersendiri.

Logo & Tema Hari Malaysia 2022

Bagi tahun 2022, kerajaan telah memperkenalkan Tema Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan bersama-sama Hari Malaysia. Temanya adalah Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Turut serta, logo rasmi juga dipamerkan untuk digunakan sepanjang bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Sejak pandemik, rakyat Malaysia tidak dapat menyambut dengan besar-besaran tetapi pada 31 Ogos 2022 yang lalu, sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 berlangsung dengan sungguh meriah dengan perarakan dan semangat rakyat Malaysia yang tak dapat dilupakan. Patriotik sungguh rakyat Malaysia!

Sambutan Hari Malaysia ke-59 tahun ini akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir, Melaka dengan tema busana era 50-an dan 60-an. Mama boleh bawa suami dan anak-anak ke sana tau!

Tema Hari Malaysia: Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Tahun ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia ke-59. Mesti Mama nampak kan tema tahun ini dekat papan iklan? Tema tahun ini adalah Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Konsepnya selari dengan keharmonian Keluarga Malaysia. Jom tengok maksud logonya terlebih dahulu.

Maksud Disebalik Logo Hari Malaysia 2022

Logo Berkonsepkan Jalur Liputan Internet – Melambangkan pembangunanan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Tiga Jalur Biru, Merak dan Kuning – Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.

Titik Merah – Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.

Kedudukan Yang Berselang-Seli – Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

Macam mana pula dengan tema tahun ini? Jom kita tengok apa sebenarnya maksud #KeluargaMalaysia Teguh Bersama ni?

Maksud Disebalik Tema Hari Malaysia 2022

#KeluargaMalaysia merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Teguh – bermaksud kukuh, kuat dan erat.

Bersama – membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan.

Teguh Bersama yang mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Kredit gambar: bharian.com.my

Macam-macam fakta dan maklumat yang Mama dan Papa boleh ceritakan pada si manja kan? Selepas ini senang la nak terangkan satu-satu pada anak Mama!

Selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua pembaca KelabMama!

Psst, hari jumaat ni nak pergi Melaka tengok perbarisan ke Mama?