KelabMama

Susu Formula Kanak-kanak Pertama & Satu-satunya di Malaysia Yang Mengandungi Protein A2 Semulajadi: ENFAGROW AII MINDPRO BAHARU

Mead Johnson Nutrition Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran susu formula kanak-kanak pertama di Malaysia yang mengandungi protein A2 asli dan semulajadi[3]: Enfagrow AII MindPro.

Produk ini merupakan tambahan baharu untuk rangkaian penawaran susu formula kanak-kanak dalam portfolio keseluruhan syarikat tersebut.

Mengikut sejarah, protein susu A2 dihasilkan oleh lembu secara semula jadi pada 5000 tahun yang lalu. Dengan lebih daripada 100 tahun kepakaran dalam bidang nutrisi kanak-kanak, Mead Johnson Malaysia merancang untuk mengembalikan sumber protein susu yang paling asli ini setelah mengetahui tentang kesan positifnya terhadap sistem penghadaman[1].

Kajian di kalangan kanak-kanak prasekolah dan orang dewasa membuktikan bahawa susu yang hanya mengandungi protein beta-kasein A2 kurang dikaitkan dengan ketidakselesaan penghadaman[2].

Kebanyakan jenis susu di pasaran kini bersumber daripada lembu yang menghasilkan kombinasi protein beta-kasein A1 dan protein beta-kasein A2, akibat bertahun-tahun prosedur penternakan dan mutasi genetik.

Sekarang, hanya 30% lembu baka tulen (lembu A2) di seluruh dunia masih mampu menghasilkan protein beta-kasein A2 asli & semula jadi yang mudah dihadam.

Enfagrow AII MindPro diperbuat daripada protein beta-kasein A2 tulen yang bersumber semula jadi daripada baka lembu A2 terpilih yang hidup sihat di padang ternakan bebas berhampiran Alpen Selatan New Zealand[4].

Tanah yang subur serta curahan hujan dan cahaya matahari yang tinggi di Pantai Barat ini menjadikannya salah satu persekitaran terbaik di dunia bagi membesarkan lembu untuk penghasilan tenusu. Semua lembu juga dipilih dengan teliti menggunakan teknologi DNA yang selamat untuk memastikan keaslian tenusu dalam menghasilkan susu yang mengandungi 100% protein A2 tulen.

Selain adanya protein susu A2 semula jadi yang mudah dihadam, Enfagrow AII MindPro juga mengandungi MFGM dan kandungan DHA yang disyorkan pakar[5] untuk membantu perkembangan otak, bahkan juga formulasi susu tepung kanak-kanak ini tiada gula tambahan[6].

Enfagrow AII MindPro diformulasi khas untuk kanak-kanak berumur antara 1 hingga 3 tahun dan dijual dalam pek 440g dan 1.1kg.

Enfagrow AII MindPro kini boleh didapati di Enfagrow A+ Shopee Official Store, semua cawangan MANJAKU, Kedai Perubatan Cina terpilih, dan juga di Motherhood.com.my.

Cuba sekarang untuk rasakan perbezaan protein A2 dan dapatkan 14-hari jaminan wang kembali# jika terdapat ketidakselesaan selepas pengambilan Enfagrow AII MindPro. Promosi sah hanya untuk pembelian dari 15 Mei hingga 31 Julai 2021.

Ketahui lebih tentang Enfagrow AII MindPro di sini.