KelabMama

Meneroka Dunia Pelbagai Kemungkinan Dengan Enfagrow A+ MindPro

Anak-anak yang sedang membesar memerlukan IQ dan EQ yang kuat, kerana ia adalah dua komponen yang penting untuk kejayaan dan juga kebahagiaan mereka. Sebagai ibu bapa, Mama mungkin tertanya-tanya macam mana Mama boleh bantu mengukuhkan bukan sahaja kebolehan kognitif anak Mama, tetapi juga kecerdasan emosi si manja.

IQ itu confirm penting. Sama juga dengan keupayaan untuk kenali dan kawal emosi sendiri dan memahami emosi orang di sekeliling kita. Inilah yang dimaksudkan dengan EQ: pengawalan kendiri dan empati. Untuk pengetahuan Mama, EQ juga penting dua kali ganda daripada IQ kerana ia menyumbang 67% daripada kebolehan yang diperlukan untuk prestasi terbaik dalam kalangan pemimpin.

Rangsangan, perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa adalah penting untuk memupuk EQ yang tinggi pada kanak-kanak, tetapi tahukah Mama bahawa pemakanan juga memainkan peranan dalam membesarkan anak yang bukan sahaja tinggi IQ, tetapi juga mempunyai EQ yang tinggi? Rahsianya terletak pada kombinasi antara dua bahan utama iaitu MFGM dan DHA.

Dan jenama apakah yang terbaik dan mengandungi kedua-dua ‘resepi’ rahsia ini? Mestilah Enfagrow A+ MindPro!

Kenapa Pilih Enfagrow A+ MindPro?

Dengan lebih 100 tahun pengalaman, Enfagrow A+ MindPro adalah jenama terkemuka dalam pemakanan berasaskan sains untuk kanak-kanak. Ia dirumus dengan bahan-bahan yang disokong secara saintifik untuk menyokong perkembangan otak holistik. Enfagrow A+ MindPro ialah satu-satunya jenama yang mengandungi kombinasi unik MFGM yang boleh menyokong perkembangan EQ seperti kemahiran sosial, kemahiran menumpu perhatian, meningkatkan tahap keyakinan, serta tahap DHA yang disyorkan pakar yang boleh menyokong pembangunan IQ seperti bahasa, ingatan dan kemahiran motor anak-anak.

Kredit gambar: Enfagrow A+ Mindpro

Dengan Enfagrow A+ MindPro, Mama boleh bantu besarkan anak-anak yang kuat, pintar serta pemurah dan baik hati.

Cepat Dapatkannya Mama! Promosi Eksklusif Enfagrow A+ MindPro

Berita baik buat para ibu! Koleksi blok bangunan Enfagrow A+ World City eksklusif PERCUMA akan menjadi milik anda untuk dikumpulkan dalam masa yang terhad sahaja! Dengan ini, Mama juga boleh memupuk IQ & EQ semasa bermain dengan anak-anak anda. Nak dapatkannya sekarang? Mama hanya perlu membeli mana-mana 2 pek Enfagrow A+ 1.65kg atau Enfagrow A+ MindPro 1.74kg di kedai terdekat dengan Mama. Setiap set lengkap dengan blok binaan, teka-teki dan 6 keping kad pembelajaran. Hebat, kan?! Jadi, cepat kumpulkan semua 4 siri sekarang untuk membina Enfagrow A+ World City yang LENGKAP bersama si manja sebelum kehabisan stok!

Kredit gambar: Enfagrow A+ Mindpro

Memandangkan minda dan hati anak Mama dipenuhi dengan Enfagrow A+ MindPro, tiba masanya untuk menggalakkan mereka menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka dengan bermain dengan set blok bangunan Enfagrow A+ World City. Mereka boleh bina bandar khayalan dan komuniti kecil mereka sendiri yang dilengkapi dengan bangunan berwarna-warni, kereta, jalan raya dan watak yang menyeronokkan.

Masing-masing boleh mempunyai latar belakang yang menarik dan hubungan yang kompleks. Sebagai pencipta universe mini ini, si cilik Mamalah yang menjadi pengarahnya, yang menentukan ‘takdir’ setiap satu karakter dan watak dalam permainan ini. Jadi, pastikan anak Mama adalah pengarah yang pemurah dan baik hati. Dapatkan set blok bangunan ini di kedai berhampiran Mama di SINI.

Menerokai Segala Ganjaran Menarik Dengan Kelab Enfamama A+

Mama, bukan sahaja anak-anak yang akan mengalami masa yang menyeronokkan! Enfagrow A+ juga menyediakan beberapa ganjaran menarik untuk para ibu, dan apa yang Mama perlu lakukan untuk menikmatinya adalah dengan mendaftar sebagai ahli Kelab Enfamama A+ sahaja!

Selepas Mama menjadi ahli, Mama terus boleh menebus baucar menggunakan mata yang diperoleh dengan setiap pembelian produk terpilih seperti:

Kredit gambar: Enfagrow A+ Mindpro

Jadi, sertai Kelab Enfamama A+ sekarang untuk mendapatkan ganjaran yang hebat! Jangan lupa untuk mendaftar, serahkan semua resit pembelian Mama untuk mendapatkan mata dan tebus baucar yang menarik. Beberapa pasaraya dan kedai dalam talian yang mengambil bahagian termasuk Shopee, Lazada, AEON, Lotus’s, Giant, Econsave dan Mydin.

Di bawah adalah beberapa baucar menarik yang boleh Mama tebus dan guna pada pembelian seterusnya!

Kredit gambar: Enfagrow A+ Mindpro

Berikut adalah rujukan ringkas untuk Mama memulakan proses pendaftaran ahli:

Ahli Kelab Enfamama A+ juga boleh menikmati keistimewaan dan manfaat eksklusif ini, ketahui lebih lanjut di laman web rasmi mereka:

Kredit gambar: Enfagrow A+ Mindpro

Beli sekarang di kedai terdekat & tebus mata ganjaran kesetiaan. Cepat, serahkan resit, dapatkan mata dan tebus baucar sekarang di sini.

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.