KelabMama

Berita Baik: Elaun Pekerjaan Untuk Warga OKU (EPOKU)

Buat mereka yang mempunyai ahli keluarga yang berkelainan upaya dan mampu untuk bekerja, terdapat bantuan Elaun Pekerja OKU (EPOKU) untuk anda. Ia adalah insentif buat golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sebelum itu, mari kita baca, apakah Elaun Pekerja OKU (EPOKU), syarat-syaratnya dan cara mudah untuk memohon di kaunter dan dalam talian!

Apakah Elaun Pekerja OKU (EPOKU)?

Ia menjadi satu tanggungjawab untuk Kerajaan membela orang kelainan upaya dan golongan yang memerlukan bantuan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga perlu diberi perhatian dalam kalangan masyarakat kita, oleh kerana mereka terhad dalam melakukan sebarangan aktiviti oleh kerana keupayaan mereka.

Melalui Bajet 2023 yang telah dibentangkan, bantuan pada golongan OKU telah dimasukkan menjadi sebahagian komitmen kerajaan untuk tahun 2023 menggunakan program Elaun Pekerja OKU 2023.

Tujuan utama elaun ini adalah untuk menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja dan berkemampuan hidup berdikari. Menjadi masyarakat yang produktif adalah penting untuk mereka hidup berdikari.

Bantuan melalui Epoku adalah RM450 sebulan untuk setiap yang berdaftar.

Program ini adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan sepenuhnya daripada jabatan tersebut.

Syarat Kelayakan Elaun Pekerja OKU 2023

Bagi menyemak jika Mama layak untuk EPOKU, berikut adalah syarat kelayakan iaitu:

*Jika Mama mempunyai kes-kes tertentu, ia akan layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pelaksanaan bantuan kebajikan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, seperti yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3-Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon EPOKU

Bagi mendapatkan bantuan ini, Mama perlu membuat permohonan mengikut kaedah di bawah:

Pengendalian permohonan bantuan kewangan adalah dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Elaun Pekerja OKU ini boleh berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di pejabat yang berdekatan Mama. Senarai pejabat JKM di seluruh negara boleh didapati di SINI.

Elaun pekerja OKU semestinya diperlukan bagi orang kelainan upaya supaya mereka akan semangat untuk berdikari serta menyumbang kepada masyarakat. Pastikan Mama sediakan borang-borang lengkap sebelum memohon untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa memohon.

Semoga bermanfaat~


Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang tips lain untuk Mama dan Papa, klik SINI!