KelabMama

Doktor Tekankan 5 Perkara Yang Harus Dielakkan Ketika Melawat Bayi Baru Lahir Dalam Keadaan Sekarang

Sejak peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, terdapat juga peningkatan kes antara kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Berita Harian juga telah melaporkan peningkatan sangat ketara.

Seramai 50,826 orang disahkan positif bermula awal Januari sehingga pertengahan Februari lalu.

Ibu bapa perlu lebih prihatin dengan sekeliling dan melindungi anak-anak anda daripada terkena jangkitan ini. Mujur ada Dr Redza Zainol memberi pencerahan tentang COVID-19 dan bayi yang mudah terdedah dengan virus ini.

Jom kita baca dulu Mama~

Kisah Bayi 25 Hari Terkena COVID-19

“Lajunya nafas baby ni. Dada berombak,” bisik saya sendirian. Bayi umur 25 hari ni dah 2 hari demam. Masih kuat menyusu tapi tak seaktif sebelum ni. Awal pagi semalam, nafas jadi makin laju.

Baru je saya buka pakaian PPE, seorang jururawat beritahu saya, “Doktor, ada 1 lagi patient result dia Covid positif.” Rupanya bayi tu dah terkena jangkitan Covid. Mak dia kata dia baru tahu ada saudara mara yang datang melawat bayi ni, disahkan positif jangkitan Covid-19.

Tolong Elakkan Perkara-perkara Ini Ketika Melawat Bayi

Ada beberapa perkara ni, kita tak perlu buat kalau melawat bayi.

#1 Tak Perlu Pegang Atau Cium Bayi Tanpa Izin Mak dan Ayah Bayi

Bayi ni sistem imun dia belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman.

#2 Elakkan Menyentuh Bahagian Luar Pelitup Muka Kita Pada Muka Atau Anggota Badan Bayi

Bahagian luar ‘mask’ kita tu dah terdedah dengan kotoran dan kuman selama berjam atau berhari lamanya.

#3 Elakkan Menyuap Bayi Dengan Makanan Atau Minuman

Elakkan memberi makanan dan minuman pada bayi tanpa izin ibu bapanya.

#4 Perokok Ada Risiko Bawa ‘Third Hand Smoke’ Pada Bayi

Maksudnya partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi.

Bayi yang terdedah pada ‘third hand smoke’, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS). Jadi, perokok sila jauhkan diri anda dari bayi.

#5 Jangan Melawat Waktu Bayi Tidur

Ni paling selalu pelawat buat. Mak tu berjam-jam susukan anak sebab nak bagi anak dia tidur. Kita pula datang terus kejutkan bayi.

Benda macam ni boleh buat mak naik gila sampai jadi Postpartum Depression.

Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Saya faham, kadang-kadang kita tak sengaja sebab teruja sangat bila nampak bayi baru.

Kredit: Dr Redza Zainol

Moga-moga info yang Dr Redza kongsi ini bermanfaat dan dapat dilaksanakan semasa berjumpa dengan bayi baru lahir. Sebagai pelawat, kita terdedah dengan pelbagai virus dan bakteria yang berkeliaran di sekitar kita.

Oleh itu, kita perlu berjaga-jaga dengan bayi yang baru sahaja dilahirkan kerana imun sistemnya yang masih lemah. Banyak lagi cara untuk meraikan bayi baru lahir seperti delivery hadiah, makanan, video call dan sebagainya.

Pesan Mama Siti:

Mungkin Mama boleh hantar hadiah delivery sahaja instead of melawat baby. Jangan lupa berikan hadiah untuk ibunya juga! Tentu mereka penat dan tidak cukup tidur. Selamat mencuba tips-tips ini ya, Mama!