KelabMama

JANGAN MEMBAZIR BELI BAJU NEWBORN BANYAK-BANYAK. ELAKKAN 6 KESILAPAN INI

Memang excited bila pertama kali nak beli baju baby. Ditambah pula kalau 1stpregnancy lagilah lain macam excited dia. Asal ke mall je, tak sah kalau tak berhenti di bahagian baju baby. Bagi yang tak berkesempatan ke kedai-kedai pun sama galak juga membeli secara online. Satu demi satu kita ‘Add To Cart’.  Betul tak mama?

Baju bayi ini walaupun kecil, harganya bukanlah murah sangat. Kalau pilih yang berjenama, harganya setanding juga dengan baju kita sendiri tau. Bahkan ada pula yang lebih mahal berbanding baju dewasa!

Jadi, sebelum bakal mama atau mama pergi shopping baju bayi yang bakal lahir, kenalpasti dulu 6 jenis kesalahan ini supaya mama tak ‘terjebak’ dan akhirnya berlaku pembaziran.

6 KESILAPAN YANG PALING KERAP DILAKUKAN MASA SHOPPING BAJU NEWBORN

1. PILIH SEMUA SAIZ NEWBORN

Dalam fikiran kita, kalau membeli untuk bayi yang baru lahir, mestilah pilih saiz newbornkan? Tapi mama papa lupa yang baby ni cepat membesar dan naik berat badannya. Kalau beli semuanya baju saiz newborn, rugilah sebab dapat pakai sekejap sangatkan. Sepatutnya consider juga untuk beli beberapa helai baju yang bersaiz 6 bulan atau lebih sebab kita tak tahu berapa besar bayi yang bakal lahir nanti.

Walaupun secara umumnya bayi yang lahir adalah sekitar 2.5kg – 3.5 kg, ada juga kes yang lahir-lahir terus 4 kg atau 5 kg. Selalunya doktor akan beritahu kita kalau ada kemungkinan berat badan bayi yang bakal lahir lebih besar daripada normal.

2. BAJU YANG TERLALU MAHAL & BERJENAMA

Memang betul, baju yang berjenama ni kualitinya baik. Tapi tak perlulah kita beli semuanya yang berjenama dari hujung kepala ke hujung kaki. Jangan sebab nak orang tengok baby kita pakai baju mahal, kita sendiri yang rugi nanti.

Baby baru lahir ni kebanyakan masanya cuma akan tidur dan ‘membuang’ dengan kerap. Masa dalam hari, mereka bukannya pergi ke parti atau berjumpa sesiapa. Yang penting, selesa! Tak gitu mama?

3. BANYAK BAJU JALAN BERBANDING BAJU TIDUR

Macam yang kita mention di atas, bayi yang baru lahir tak perlulah nak berfesyen sangat sebab selalunya pakaian yang berfesyen ini kurang selesa untuk mereka dan belum sesuai lagi dipakai oleh baby. Nak pakaikan pun leceh, nak basuh pun payah.

Menurut Baby Center, baby baru lahir akan tidur selama lebih kurang 16 jam sehari. Oleh itu, lebih baik banyakkan beli baju tidur berbanding baju jalan. Beli baju jenis yang berlubang-lubang tu 5-6 helai pun puas hati. Bayi selesa, tak panas, harga pun murah. Jimatkan?

Lagipun, masa berpantang nanti kita pun tak tentu lagi ada mood untuk bawa bayi berjumpa orang. Nanti lepas 2-3 bulan usianya, barulah berbaloi melabur untuk pakaian yang cantik dan fancy untuk baby mama.

4. BELI TERLALU AWAL

Pakaian baby adalah antara hadiah yang paling selalu diberikan kepada bakal mama papa yang akan menimang cahaya mata. Sesetengah pasangan turut mengadakan majlis baby shower, di mana pada hari tersebut mama pastinya akan mendapat pelbagai hadiah untuk baby, terutamanya baju.

Jadi, kalau nak elak pembaziran bolehlah beli sedikit dulu. Nanti bila perlu, barulah tambah lagi koleksi pakaian baby mama. Sekarang kan dah senang, beli online pun boleh!

5. BAJU CANTIK TAPI SUSAH DIPAKAIKAN

Bakal mama papa selalu tak ambil pusing tentang perkara ni. Baby yang baru lahir badannya masih lembut dan kita perlu berhati-hati mengangkat mereka. Maka, baju berbutang depan selalunya lebih mudah untuk kita pakaikan pada bayi baru lahir berbanding romper. Walaupun ia nampak remeh, tapi impaknya boleh dirasakan. Nak tahu kenapa?

Sumber dari New Kids Center menyatakan bahawa baby baru lahir perlu ditukarkan lampin sebanyak sekurang-kurangnya 10 kali sehari. Bayangkan kalau kita keletihan, dengan tak cukup tidur, tengah-tengah malam pula kena menukar lampin, dah tentu lebih mudah untuk kita memakaikan bayi dengan baju dan seluar yang mudah disarungkan. Kalau nak struggle angkat kepala, tangan dan kaki mereka, nak cari butang yang di belakang atau tersembunyi – mesti susah dan boleh mendatangkan stres!

Diri sendiri jugak yang susah nanti.

6. BAHAGIAN DALAM YANG KURANG SELESA

Semasa membeli, kita selalunya membelek bahagian luar pakaian je kan. Sebenarnya, elok juga kalau dapat merasa material pakaian tersebut dari dalam – terutamanya jika baju tersebut mempunyai zip,butang, iron-onsticker, sulaman dan sebagainya. Kadangkala kalau tak perasan, semua aksesori ini boleh menyebabkan kulit baby berasa tak selesa sehingga ada yang menyebabkan kegatalan atau kulit yang berbekas tau. Kesian kat baby nanti.

MAHAL TAK SEMESTINYA YANG PALING BAGUS

Keselesaan adalah faktor yang amat penting yang patut dititik beratkan semasa membeli pakaian baby. Namun, tak semestinya pakaian yang paling mahal adalah yang paling bagus untuk si manja mama.

Jangan lupa ambil kira 6 perkara di atas sebelum pergi shopping baju newborn. Selamat membuat pilihan yang tepat ye mama & papa!

Dapatkan baju newborn dengan tawaran menarik di Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!