KelabMama

Elakkan Jadi Mangsa ‘Scammer’, Pastikan Mama Ikuti Langkah Keselamatan Ini

hijab lady holding smartphone

“Beli online saja lah”, “Baucar khas untuk pembeli atas talian”, “Hanya boleh didapati secara online”. Frasa di atas adalah kebiasaan yang kita dengar ketika menonton televisyen atau di siaran internet. Antara sebab pengguna lebih disarankan membeli secara online adalah kerana sistemnya yang lebih terurus dan memudahkan kedua-dua belah pihak. 

Kalau diikutkan, sebenarnya gaya membeli-belah secara online ini telah mula sejak lebih 10 tahun yang lalu iaitu pada 2010. Seiring dengan kemajuan internet dan ditambah dengan kepelbagaian cara pembayaran membuatkan pengguna semakin selesa berurusan secara maya. 

Sama seperti menjalankan urusniaga secara bersemuka, beli-belah di atas talian juga berisiko menjadi mangsa penipuan. Kita perlu sentiasa berwaspada agar dapat melindungi transaksi kewangan dan data peribadi masing-masing.

Setelah Mama Siti menjalankan beberapa urusniaga dan melalui pemerhatian peribadi, rupanya ada lima elemen penting yang perlu diperhatikan untuk mengenal pasti kebarangkalian Mama atau orang terdekat bakal ditipu.

5 Elemen Penting Untuk Mengenalpasti Scammer

1. Penilaian Ulasan (testimoni)

Kredit gambar: Freepik

Hari ini, ramai yang menggunakan ulasan dari pelanggan sebagai cara menarik pelanggan baru. Selalunya, review yang ditunjukkan semuanya positif. Sebagai pengguna bijak, bagaimana kita hendak mendapatkan ulasan yang sebaliknya? 

Cari di media sosial dengan menaip nama produk dan jika ada, tuliskan juga nama penjualnya sekali. Hasil carian akan menunjukkan kiriman dari individu lain samada melalui gambar, video atau kapsyen melalui kata kunci tadi. 

Mama perlu perhatikan perkara seperti cara perbualan, pembungkusan, penghantaran dan perkhidmatan selepas jualan. Melalui perkara ini, Mama boleh pertimbangkan samada mahu meneruskan urusan tersebut atau tidak. 

Selain itu, jika barang yang Mama mahukan terdapat di laman e-dagang maka itu lebih baik. Laman e-dagang pada dekad ini muncul bak ‘cendawan selepas hujan’. Kebanyakannya akan ada ruangan untuk para pembeli memberikan komen setelah barang yang diterima sampai.

Ini peluang untuk kita melihat setakat mana penjual tersebut mementingkan perniagaan mereka.

Jika terdapat ulasan buruk sejak tiga bulan yang lalu dan tiada penambahbaikan dalam jangka masa tersebut, Mama perlu berfikir semula. Adakah Mama masih mahu meneruskan atau mencari kedai online yang lain? Pilihan di tangan Mama. 

Lihat juga bilangan review terendah. Jika ulasan negatif lebih banyak berbanding ulasan positif, rasanya Mama tahu apa yang perlu dilakukan. Ya, batalkan niat membeli barang di kedai tersebut atau pilih barang lain di kedai yang sama. 

2. Mempunyai Sistem Jaminan & Rating

Kredit gambar: CNN Underscored

Jika Mama pengguna tegar Shopee dan Lazada, Mama pasti sering melihat terma guarantee atau jaminan. Sebenarnya, kewujudan terma ini sangat membantu pembeli daripada menjadi mangsa scammer

Bagaimana ianya berfungsi? Platform yang mempunyai sistem keselamatan ini akan menjadi orang tengah antara penjual dan pembeli. Setelah bayaran dibuat, laman e-dagang ini akan terlebih dahulu ‘memegang’ duit tersebut. 

Mama akan diberikan beberapa hari untuk menguji samada produk berfungsi dan adakah terdapat sebarang kecacatan. Nilai pembayaran hanya akan diserahkan kepada penjual sekiranya pembeli mengesahkan telah menerima barang tersebut dalam keadaan baik.

Apa yang berlaku jika barang yang sampai tidak sama seperti yang dipesan? Atau apa yang boleh kita lakukan kalau barang rosak? Jangan risau kerana sistem jaminan ini sangat menyebelahi pelanggan. 

Mama boleh memilih pilihan refund dan hantarkan segala dokumen tambahan kepada pihak e-dagang sekiranya diperlukan. Lazada membenarkan pembeli membuat permohonan bayaran balik (refund) 14 hari dari hari barang sampai ke tangan Mama. 

Kredit gambar: Lazada & Shopee

Oh ya, jangan lupa tentang tempoh untuk Mama mengesahkan penerimaan barang. Di Shopee, Mama diberikan masa selama 3 hingga 15 hari sebelum sistem membuat pengesahan pembelian secara automatik. Jadi, cepat-cepat buka paket dan lakukan pemeriksaan. 

3. Semak Rekod SCAMMER 

Kredit gambar: freepik

Dalam zaman serba canggih kini, pihak berkuasa juga tidak mengambil mudah tentang penipuan atas talian. Jika Mama ragu-ragu dengan pembelian online, semak data penjual melalui portal Scam.my dan Portal CCID

Portal CCID adalah usaha daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dalam membendung aktiviti penipuan atas talian.

Kedua-dua portal ini fokus untuk transaksi yang berlaku di Malaysia. Penggunaannya sangat mudah. Mama boleh melakukan pencarian melalui nama, akaun bank, nombor telefon dan kad pengenalan

Bagus jika Mama membuat persediaan sebelum menyetujui sebarang pembelian tetapi bagaimana jika Mama telah lengkap membuat pembayaran?

Segera lakukan langkah keselamatan di bawah sebagai perlindungan;

Penipuan boleh berlaku dalam pelbagai medium. Panggilan telefon adalah salah satunya daripadanya. Terdapat satu aplikasi telefon yang mampu menapis sumber panggilan telefon tersebut. 

Gunakan aplikasi Truecaller kerana ia akan memaparkan identiti dan status pemanggil di skrin. Nombor yang berasal dari luar negara akan ditunjukkan lokasi panggilan dibuat. Manakala, panggilan scammer dari Malaysia akan diberikan amaran berwarna merah. 

4. Transaksi Hanya di Platform (E-Dagang) 

Kredit gambar: Shopee

Walaupun memilih membeli-belah di laman e-dagang seperti Shopee, Lazada, Mudah.my dan Carousell, kebarangkalian untuk diperdaya sebenarnya masih ada. 

Mungkin ada di kalangan Mama yang pernah menjual barang dan ada pembeli yang berikan nombor telefon atau nombor Whatsapp untuk Mama hubungi. 

Nasihat Mama, jangan sesekali buat urusniaga di luar. Apa-apa sahaja pertanyaan berhubung produk hanya dilakukan di dalam platform untuk mengelakkan Mama ditipu. 

Jadi penjual pun boleh kena tipu? Ya betul, scammer semakin kreatif mencari mangsa dengan pelbagai modus operandi. 

Kenapa perlu kekalkan perbualan dan pembayaran di laman tersebut? Kerana segala data-data itu akan diterima oleh syarikat e-dagang dan mereka akan membantu sekiranya transaksi mendorong ke arah penipuan mana-mana pihak. 

Hak Mama dilindungi sebagai penjual dan pembeli.

5. Tingkah Laku Mendesak

Kredit gambar: Freepik

Mama faham dek kerana kekangan masa dan lokasi, kadang kala Mama terpaksa membeli dan menjual secara jarak jauh. Perkara yang dirisaukan adalah apabila nilai barangan tersebut mahal

Jangan risikokan diri Mama dengan sewenang-wenangnya bersetuju dalam jual beli tersebut. Sebaliknya, Mama boleh cuba lakukan perkara seperti di bawah ini.

Jika ada diantaranya cuba memberikan alasan dan sentiasa mengelat, jaga-jaga kerana ada kebarangkalian Mama bakal menjadi mangsa seterusnya. Ini juga peluang untuk Mama melihat sendiri keadaan produk yang Mama ingin beli. 

Selain itu, perhatikan juga tingkah lakunya. Jika mereka terlalu mendesak untuk mempercepatkan pembayaran, ada kemungkinan mereka bukan penjual sebenar, sebaliknya hanya memperdayakan Mama. 

Dunia telah pun memasuki abad ke-21, dan rangkaian internet juga semakin mudah didapati. Manfaatkan kelebihan ini dengan mencari informasi tentang trend penipuan terkini. Jadilah pengguna dan penjual yang bijak agar Mama tidak terjebak dalam sindiket penipuan internet.