KelabMama

ELAK SI KECIL TERDEDAH DENGAN RENJATAN ELEKTRIK. SIMPAN KEMAS WAYAR PENGECAS ANDA!

Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik. Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan   dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock). Seseorang yang terkena petir pula boleh ditakrifkan sebagai terkena percikan elektrik berkuasa tinggi dalam masa sangat singkat. Dari segi fiziknya, kesan percikan petir tidak boleh dibandingkan dengan tenaga elektrik yang dijanakan untuk kegunaan rumah atau industri. Dari itu, perbincangan mengenai kedua-dua tajuk ini akan ditumpukan kepada kesan dari sudut perubatannya sahaja.

 

Punca Renjatan

Kebanyakan kes yang melibatkan warga dewasa belaku kerana terdedah kepada punca elektrik semasa kerja. Kemalangan melibatkan remaja pula berlaku atas sifat ingin tahu dan aktiviti berisiko yang mendedahkan remaja ini kepada bahaya renjatan elektrik. Bayi dan kanak-kanak kecil pula terdedah kepada sumber elektrik di rumah kerana menganggap perkakasan elektrik sebagai mainan atau bahan untuk dimakan (gigitan).

 

Bahaya renjatan elektrik bergantung kepada faktor berikut:

 

Gejala/Tanda

 

Serangan Jantung (Venticular Fibrillation)

Bekalan elektrik AC di rumah-rumah di Malaysia (240 volts) pada kadar 50Hz. Jika terkena pada kawasan dada, otot-otot jantung boleh menguncup serentak dan berlaku serangan jantung (ventricular fibrillation). Manakalah untuk arus DC pula, arus sehingga 300 to 500 mA diperlukan.  Serangan jantung jika tidak dirawat serta merta boleh mengakibatkan kematian.

 

Kesan kepada Sistem Saraf

 

Kesan radiasi haba pancaran (Arc-flash Hazards)

Pancaran sinar cahaya (arc flash) yang terhasil daripada  renjatan elektrik atau panahan petir adalah pancaran berhaba tinggi. Pancaran haba ini boleh menyebabkan kebakaran teruk pada bahagian tubuh badan yang terdedah begitu juga pada persekitaran kawasan kulit yang berhampiran.

 

Kesan Panahan Petir

Panahan petir pula menyebabkan kecederan melalui beberapa cara:

Komplikasi kepada kecederaan akibat renjatan elektrik/petir bergantung kepada kecederaan yang dialami seperti yang diterangkan di atas dan dihuraikan di bawah:

 

Rawatan di rumah

Renjatan elektrik bervoltan rendah dan sekejap masa biasanya tidak menyebabkan sebarang kemudaratan atau hanya luka sedikit yang boleh dirawat di rumah. Bagi semua renjatan bervoltan tinggi atau kecederaan yang mengakibatkan bahagian tubuh terbakar, rawatan selanjutnya di hospital perlu dilakukan. Walau bagaimanapun, jika rawatan di rumah ini tidak berhasil, sila dapatkan nasihat lanjut untuk rawatan atau suntikan tetanus jika perlu. Bagi semua kes ibu hamil yang mendapat renjatan elektrik, mereka perlu mendapat pemeriksaan susulan dan rawatan di hospital.

 

Rawatan Doktor

Semua kes renjatan bervoltan tinggi (500 volts ke atas) perlu mendapat rawatan di Unit Kecemasan di Hospital Perkara berikut perlu diberi perhatian:

 

Ujian Klinikal

Semasa pemeriksaan dilakukan, keutamaan diberi kepada berlakunya sebarang kecederaan pada organ dalaman, sistem otot/tulang, jantung dan  sistem saraf. Pegawai perubatan akan menjalankan ujian-ujian berikut berdasarkan kepada sejarah insiden yang berlaku  dan pemeriksaan fizikal yang dilakukan.

 

JANGAN LAKUKAN INI:

 

Rawatan Perubatan Seterusnya

Rawatan diberi bergantung kepada keterukan kecederaan akibat terbakar (burns wound) dan jika berlaku kecederaan-kecederaan sampingan. Kecederaan akibat terbakar (burns wound) :

 

Langkah-langkah pencegahan daripada terkena renjatan elektrik bergantung kepada usia:

Kebanyakan renjatan berlaku kerana kerosakan pada alat atau kabel elektirk. Pastikan alat-alat elektrik dan kabel elektrik dipantau untuk sebarang kerosakan dan jika perlu dibaiki atau digantikan.Jangan benarkan kanak-kanak bermain dengan kabel dan soket elektrik. Hadkan penggunaan soket tambahan mengikut sukatan(diukur dalam amps) yang disyorkan oleh peralatan elektrik tersebut Perbaharui kabel lama atau soket yang tiada pembumian kepada sistem terkini(grounded 3 pronged system). Elakkan penyambungan elektrik berdekatan kawasan basah (sinki, bilik mandi) atau dapatkan nasihat professional jika penyambungan di kawasan sebegini diperlukan.

Kebanyakan kecederaan berlaku akibat perbuatan berisiko dan  ingin tahu kumpulan remaja. Kejadian melibatkan remaja berlaku apabila mereka menceroboh masuk sistem janakuasa bervoltan tinggi TNB atau  di landasan tren elektrik berkuasa tinggi. Pendedahan kepada bahaya kepada perbuatan ini perlu diterangkan kepada golongan remaja di rumah ataupun di sekolah.

Selalulah berhati-hati dalam mengelakkan kecederaan terkena renjatan semasa berurusan dengan peralatan elektrik. Pastikan suis dimatikan sebelum melakukan sebarang aktiviti dengan sistem elektrik. Jika tidak pasti, libatkan professional dalam sebarang sambungan di rumah. Elakkan penggunaan peralatan elektrik berhampiran kawasan basah dan jangan berdiri di kawasan berair semasa mengendalikan peralatan elektrik. Hentikan sebarang aktiviti luar rumah ketika ribut petir. Cari perlindungan di dalam bangunan atau jika terpaksa berlindung di luar, elakkan berada di bawah pokok atau berhampiran objek besi. Besi itu sendiri bukan satu tarikan kepada petir, tetapi ia berupaya mengalirkan arus elektrik kepada mangsa yang bersentuh dengannya.

 

Rehabilitasi

 

 

Sumber: myhealth.gov.my