KelabMama

Dua Beradik Maut Kerana Peti Sejuk Meletup Akibat Minuman Bergas

peti sejuk

Baru-baru ini berlaku satu kejadian di mana dua beradik telah mati apabila peti sejuk rumah mereka meletup. Bagaimana kejadian itu berlaku masih menjadi tanda tanya dan merisaukan ibu bapa yang lain.

Bekukan Air Tin Bergas Punca Kejadian

Punca kejadian dikatakan berlaku daripada minuman bergas dalam tin yang disimpan di bahagian dingin beku peti tersebut. Macam pelikkan bunyinya, tapi benar!

Bahaya atau tidak bekukan minuman bergas?

Bahaya! Air bergas tersebut boleh menyebabkan letupan dan berisiko mencederakan sesiapa sahaja. Menurut seorang ahli fizik dari Universiti Virginia, Louis Bloomfield, air gas yang menjadi sejuk beku akan menjalani proses kristalisasi. Apabila gas karbon dioksida daripada minuman tersebut berada dalam keadaan beku, molekul-molekul gas akan berkumpul di antara ruang mampat di dalam tin, lalu ia akan menjadi semakin mengembang pada tekanan yang amat tinggi. Hal ini kemudiannya boleh menyebabkan tin tersebut meletup!

DILARANG Memanaskan atau Membekukan Minuman Bergas

Kalau Mama perasan, ada dilabel di setiap tin minuman bergas yang MELARANG untuk memanaskan atau membekukan minuman tersebut di bawah takat beku 0 darjah Celcius. Sebab itu bahayanya jika Mama atau ada saudara-mara yang lain cuba untuk membekukan minuman bergas. Hal ini boleh menyebabkan peti sejuk kita turut meletup dan membahayakan nyawa sesiapa yang berada berdekatan. Perkara inilah yang terjadi pada kedua adik-beradik dari China berkenaan.

BACA: Angkara Alkohol, Bayi 11 Bulan Maut Dibakar Datuk Sendiri

Apa yang Mama WAJIB tahu apabila menggunakan Peti Sejuk?

  1. Jangan letakkan peti sejuk berhampiran barang mudah terbakar seperti dapur gas dan ketuhar. Apabila antara barang-barang ini overheat, letupan boleh berlaku.
  2. Elakkan meletak wayar peti sejuk berhampiran bahan/barang mudah terbakar seperti langsir, sofa, kain dan sebagainya. Jika berlaku litar pintas, bahan-bahan ini akan mudah terbakar dan membuatkan api merebak dengan lebih cepat, lalu mudah untuk peti sejuk meletup.
  3. Jangan guna peti sejuk yang sudah lama, dan tidak diselenggara dengan baik. Peti sejuk lama selalunya tidak lagi berkualiti dan berisiko untuk berlakunya kebocoran gas dari peti sejuk tersebut.
  4. Agak merbahaya sebenarnya untuk meletakkan alat elektronik lain di atas peti sejuk. Suhu yang berbeza dan mempunyai gelombang elektromagnetik pada peti sejuk boleh merosakkan alat elektronik yang diletakkan di atas peti sejuk.
  5. Yang paling penting, jangan sesekali cuba untuk membuang ais yang membeku di bahagian sejuk beku dengan benda yang tajam seperti pisau atau gunting. Bahagian sejuk beku tersebut mengandungi gas ‘isobutane’ iaitu gas yang mudah terbakar. Sekiranya anda tidak sengaja membocorkan sistem penyejuk ketika menggunakan benda yang tajam semasa membersihkan peti sejuk, ia juga boleh menyebabkan letupan. Bahaya tau!

3 bahan yang DILARANG untuk diletakkan di dalam peti sejuk:

  1. Minuman berkarbonat – minuman bergas seperti Coke, Sprite, Pepsi dan sebagainya adalah sangat merbahaya jika disimpan dibahagian sejuk beku. Ianya boleh bertukar menjadi bom segera apabila membeku.
  2. Ais kering – ais kering yang terbentuk dari formasi pepejal karbon dioksida jika diletakkan di suhu di bawah -18 darjah celcius akan mempercepatkan proses pemejaluwapan. Karbon dioksida dalam ais kering akan mengembang sebanyak 600 hingga 800 kali dari bentuk pepejal. Jika ais kering tidak meletup apabila diletakkan diruang sejuk beku, peti sejuk Mama boleh termati dengan sendirinya kerana suhunya jauh lebih rendah dari suhu peti sejuk anda.
  3. Alkohol dan cecair mudah terbakar – Jangan simpan minuman beralkohol di ruang sejuk beku dalam keadaan botol tidak dibuka. Ia boleh menyebabkan tekanan dan cecair di dalam botol mengembang, lalu mengakibatkan letupan yang serius jika disimpan lama dibahagian sejuk beku peti sejuk.  

Mama dan juga Papa harus sentiasa berhati-hati ya. Elakkan daripada meletakkan bahan/barang tersebut di dalam dan juga berhampiran peti sejuk. Jika boleh jangan biarkan anak-anak kecil untuk berada di kawasan dapur. Banyak peralatan merbahaya yang boleh mencederakan mereka. Mama juga harus pastikan peti sejuk Mama sentiasa diselenggarakan dengan baik.

Bestnya Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!