KelabMama

ROAR! Rasai Pengalaman Tahun Baru Yang Unik Bersama Dragon’s Blessings di Sunway Pyramid

Dragon's Blessing 2024 Sunway Pyramid

Mama Siti rasa sangat teruja untuk melangkah ke tahun 2024 ini kerana pelbagai perayaan istimewa dapat diraikan pada suku pertama tahun ini.

Kalau beberapa hari lepas kita baru selesai menyambut perayaan Krismas dan sambutan tahun baru, kini kita bakal menyambut Tahun Baru Cina pada 10 Februari 2024 nanti.

Jadi jangan terkejut kalau Mama baru sahaja melangkah masuk ke Sunway Pyramid dan Mama sudah disambut dengan hiasan naga, dekorasi emas yang berkilauan, dan juga lagu-lagu Chinese New Year berkumandang.

Dengan bertemakan Dragon’s Blessing, sambutan tahun Baru Cina di Sunway Pyramid pastinya lebih meriah dan mengujakan.

Para pengunjung bakal terpegun dengan dekorasi Istana Naga emas yang gah berdiri di LG2 Orange Concourse Sunway Pyramid yang melambangkan nasib yang baik dan ‘memberkati’ para pengunjung dengan kejayaan sepanjang tahun. 

Mama teruskan sedikit perjalanan hingga ke ruang LG2 Blue Concourse, dimana terdapat pelbagai booth yang menjual barangan khas untuk mereka yang menyambut Tahun Baru Cina pada harga yang jauh lebih berpatutan! 

Dalam pada itu, para pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang kempen berlangsung. Antaranya: 

Dragon & Lion Dance, Drum Performance, Dance Performance 

Acara WAJIB apabila tibanya Tahun Baru Cina! 

Mama boleh gunakan peluang ini untuk memikat hati dan minat anak-anak serta memperkenalkan budaya kaum Cina dengan menonton pelbagai persembahan tarian tradisional seperti Dragon & Lion Dance, Drum dan Dance Performance pada masa yang telah ditetapkan. 

Hand Fan Painting 

Tingkatkan kreativiti dan bonding time bersama anak-anak dengan menyertai acara Hand Fan Painting, dimana para peserta berpeluang untuk mewarna sendiri kipas tangan anda.

Chinese Mask & Dragon Head Workshop

Untuk menyertai bengkel ini, anda perlu RSVP slot anda melalui aplikasi Sunway Malls yang akan diadakan pada tarikh dan masa berikut: 

Chinese Mask

Dragon Head

Rebut Angpow EKSKLUSIF Semasa Dragon Hour! 

Eksklusif pada 13 dan 20 Januari 2024, para pengunjung berpeluang untuk mendapatkan angpow istimewa dan terhad daripada Leo, Leona dan JinYeYe di ruang LG2 Orang Concourse pada jam 1 petang!* 

*Tertakluk kepada perubahan

Dan banyak lagi! 

Shopping, Shopping, dan Shopping! 

Bagi mereka yang ingin menghadiahkan set-set istimewa atau sedang mencari hadiah buah tangan kepada saudara atau kenalan, anda boleh mendapatkan barangan istimewa pada harga promosi di kedai-kedai berikut: Lo Hong Ka di LG2 Orange Concourse, Eu Yan Sang, Jaya Grocer, Souper Tang, Rimba, Mahnaz Food dan Emerald Brilliant di aras LG2 Blue Concourse. 

Dan seperti biasa, para pelanggan di Sunway Pyramid juga boleh menebus beberapa hadiah penebusan eksklusif bergantung kepada jumlah pembelian sepanjang kempen berlangsung.

Make sure Mama berbelanja sehingga capai jumlah minimum spending untuk mendapatkan hadiah-hadiah ni tau: 

Sebagai salah sebuah pusat membeli-belah yang terkemuka di Semenanjung Malaysia, Sunway Pyramid dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang pada Mama Siti sangat top-notch! Memang tak dapat dibandingkan dengan pusat membeli-belah yang lain. 

Daripada tempat parking (Sunway Pyramid ada parking istimewa untuk keluarga di Aras B1) hingga ke bilik bayi dan surau, memang lengkap kemudahan yang disediakan! 

Selain itu, semestinya kerana terdapat pelbagai jenama produk dan barangan di bawah satu bumbung. Mudah untuk kita seisi keluarga mencari apa sahaja yang diinginkan. 

Yang lebih menarik, Sunway Pyramid turut menyediakan pelbagai pilihan restoran yang sesuai dengan citarasa para pengunjung. Ada masa, sampai keliru, tak tahu nak makan mana! 

Nasib baik Mama Siti sudah muat turun aplikasi baru Sunway Malls yang lengkap dengan direktori dan informasi setiap kedai, serta ‘Match n’ Munch!’ yang boleh membantu Mama membuat keputusan untuk makan di restoran mana. Mudah bukan? 

Sunway Pyramid pastinya menjanjikan segala kemudahan dan keriangan khas untuk seisi keluarga. Ayuh datang dan dapatkan ‘berkat’ Naga sepanjang kempen berlangsung, bermula 5 Januari 2024 hingga 12 Februari 2024 ini.

Stay up-to-date hanya di laman rasmi Sunway Pyramid, Facebook & Instagram Sunway Pyramid.