KelabMama

Doa Witir, Wasiat Dari Rasulullah SAW

Doa Witir yang kita bincangkan kali ini adalah doa selepas solat sunat witir. Solat witir sangat lazim di bulan Ramadan namun begitu ia sebenarnya sunnah baginda Nabi SAW di bulan-bulan lainnya. 

Solat witir ialah solat tertentu pada waktu yang tertentu yang menutup solat-solat malam, sama ada ia dilakukan pada awal malam, pertengahan, atau pengakhiran malam.

Dalam kata lain, solat witir ialah pelengkap untuk solat fardhu dan solat sunat. Perkataan witir sekaligus memberi idea tentang bilangan ganjil dalam solat ini. 

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا

Maksudnya: Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Koleksi Doa Witir Yang Boleh Dibaca

Kredit gambar: Langit7.id

Baca salah satu atau kedua-dua doa ini selepas selesai solat sunat witir.

Doa Witir #1 

Kredit gambar: akuislam.com

‘Allahumma Inni ‘Auzu Biridhoka Min Sakhotika Wa Bimu’Aafatika Min ‘Uqubatika Wa ‘Auzubika Minka Laa Uhsii Tsana’an ‘Alaika Anta Kama Atsnaita ‘Alaa Nafsika’

Maksudnya:

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada BalasanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu.

Doa Witir #2 

Kredit gambar: akuislam.com

‘Allahumma innaa Nas’aluka iimaanan Daaimaan, wanas’aluka qalban khaasyi’an, wanas’aluka ‘ilman naafi’an, wanas ‘aluka yaqiinan shaadiqon, wanas ‘aluka ‘amalan shaalihan, wanas ‘aluka diinan Qayyiman, wanas ‘alukal ‘afwa wal’aafiyata, wanas ‘aluka tamaamal ‘aafiyati, wanas ‘alukash-syakra ‘alal ‘aafiyati, anas ‘alukal ghinaa’a ‘aninnaasi.

Allahumma RabbaNaa Taqabbal Minnaa SolaaTanaa WashiyaaManaa WaqiyaamaNaa Watakhusy-syu’anaa WataDhorru’Anaa wata’Abbadanaa Watammim Taqshiiranaa Yaa Allaahu Yaa Allaahu Yaa Allaahu Yaa Arhamar Raahimiin.

Washallallaahu ‘alaa Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Washahbihi Ajma’iina, Subhanaa Robbika Robbil ‘izzati amma yasifun, walhamdu lillaahi rabbil ‘Aalamiina’

Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau keimanan yang berkekalan. Kami memohon daripada Engkau hati yang khusyuk (teguh dan sebulat hati). Kami memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat. Kami memohon daripada Engkau keyakinan yang benar. Kami memohon daripada Engkau amalan yang soleh (patut). Kami memohon daripada Engkau agama yang berkualiti. Kami memohon daripada Engkau keampunan dan kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kesihatan yang sepenuhnya. Kami memohon daripada Engkau rasa syukur ke atas kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kekayaan. 

Ya Allah! Terimalah solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyu’an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani. 

Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Dekatnya Rasulullah Dengan Solat Witir

Kredit gambar: Mengaji Online

#1 Lebih Baik Dari Segala Jenis Kekayaan Dunia

Diriwayatkan oleh Kharijah bin Hudzafah bahawa Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya Allah telah melapangkan kamu dengan satu solat di mana ia lebih baik bagi kamu daripada unta merah iaitu solat witir. Allah telah menjadikan solat tersebut untuk kamu (dilaksanakan) antara solat Isyak sehingga terbitnya fajar (Subuh).

(Hadis riwayat Abu Daud)

#2 Wasiat Dari Rasulullah SAW

Kredit gambar: fatihinabshar.com

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda:

Kekasihku yakni Rasulullah telah memberi wasiat kepadaku dengan tiga perkara agar aku tidak meninggalkan perkara tersebut sehingga mati iaitu berpuasa selama tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat sunat Dhuha dan tidur dalam keadaan sudah melakukan solat sunat Witir.

(Hadis riwayat al-Bukhari)

#3 Konsisten Setiap Malam

Ali bin Abu Talib meriwayatkan sebuah hadis bahawa Rasulullah bersabda:

Solat Witir itu tidaklah wajib sebagaimana solat-solat fardu kamu tetapi solat ini merupakan sunnah Rasulullah dan Ali berkata: Sesungguhnya Allah itu ganjil dan Dia menyukai yang ganjil, oleh itu berwitir lah wahai ahli al-Quran.

(Hadis riwayat al-Tirmidzi)

Kredit gambar: beanahomequran.com

Doa witir dibacakan selepas solat sunat witir. Solat witir menjadikan solat kita lebih sempurna. Ia melengkapkan solat-solat yang telah kita lakukan pada hari tersebut. 

Bayangkan maha baiknya Allah memandu kita menjadi seorang muslim terbaik, Dia memberikan kita hadiah melalui solat sunat witir. 

Nabi Muhammad SAW sendiri ada berwasiat tentang solat witir. Sesuatu yang diwasiatkan itu, pastinya perkara penting dan membawa banyak kelebihan. 

Sesungguhnya, solat witir ialah pelengkap solat-solat kita setiap hari. Semoga Allah menerima amalan kita semua dan menjadikan kita penerima rahmatNya ke syurga kelak. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.