KelabMama

7 Koleksi Doa Untuk Sahabat Di Dunia dan Akhirat Dan Tip Pilih Kawan Baik

doa untuk sahabat

Doakanlah sahabat kita dengan kata-kata yang baik. Lebih bermakna lagi jika doa itu dituliskan khas untuk mereka. 

Doa-doa ini boleh dibacakan untuk sahabat yang membantu kita menjadi baik dan juga buat mereka yang sedang berusaha menjadi baik. 

Sebelum membaca doa untuk sahabat, Mama Siti suka untuk berkongsi satu doa istimewa agar kasih sayang antara sahabat berkekalan. 

Kumpulan Doa-Doa Untuk Sahabat Di Dunia dan Akhirat

Kredit gambar: Suara.com

#1 Doa Agar Saling Berkasih-sayang

عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيْهِ الْمُؤْمِنِينَ

Allahumma habbib ‘abdaka haadzaa ilaa ‘ibaadikal mu’miniin wa habbib ilaihil mu’miniin’

Maksudnya: Ya Allah jadikanlah hambaMu ini dicintai pada hati orang-orang yang beriman dan jadikanlah mereka mencintai orang-orang yang beriman.

#2 Doa Untuk Sahabat

اَللّٰهُمَّ اِنَّانَسْئَلُكَ سَلَامَةًفِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةًفِى الْجَسَدِوَزِيَادَةًفِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةًعِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةًبَعْدَالْمَوْتِ، اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةًمِنَ النَّارِوَالْعَفْوَعِنْدَالْحِسَابِ

‘Allaahumma innaa nas-aluka salaamatan fid diin, wa ‘aafiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ‘ilmi, wabarokatan fir rizqi, wa taubatan qoblal maut, warohmatan indal maut, wa maghfirotan ba’dal maut. Allaahumma hawwin ‘alainaa fii sakarootil maut, wan najaata minan naar, wal ‘afwa indal hisaab’

Maksudnya: “Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan ketika beragama, kesihatan badan, limpahan ilmu, keberkahan rezeki, taubat sebelum datangnya maut, rahmat pada saat datangnya maut, dan ampunan setelah datangnya maut. Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari api neraka, dan ampunan pada saat hisab”

#3 Doa Untuk Sahabat Dari al-Quran

(Surat Al-Hasyr, ayat 10)

رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

‘Rabbanagfir lanā wa li`ikhwāninallażīna sabaqụnā bil-īmāni wa lā taj’al fī qulụbinā gillal lillażīna āmanụ rabbanā innaka ra`ụfur raḥīm’

Maksudnya: “Ya tuhan kami, beri keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Wahai tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.

#4 Doa Untuk Sahabat Dari al-Quran

(Surah Ibrahim, ayat 41)

رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ 

‘Rabbanagfir lī wa liwālidayya wa lil-mu`minīna yauma yaqụmul-ḥisāb’

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”

#5 Doa Untuk Sahabat Dalam Bahasa Melayu 1

Kredit gambar: Sahabat Pegadaian

Ya Allah. Panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.

Ya Allah, tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.

Ya Allah, kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak.

Ya Allah, Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatmu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

#6 Doa Untuk Sahabat Dalam Bahasa Melayu 2

Ya Allah, Sungguhnya aku bermohon kepadamu bagi pihaknya dengan sebaik- baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya.

Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya.

Ya Allah, aku bermohon baginya kepada Mu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah, aku lah hambaMu yang beruntung, dikurniakan teman yang baik, disebalik diriku yang hina ini, setiap cacat-celaku, mereka lindung dan mereka ubati, tidak juga sekalipun mereka biarkan diriku ini terluka.

#7 Doa Untuk Sahabat Dalam Bahasa Melayu 3

Kredit gambar: Okezone Muslim

Ya Rabbana. Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati, jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan.

Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Jangan Salah Pilih Kawan! Ikut 3 Cara Pilih Kawan Dari Hadis Rasulullah SAW

Kredit gambar: Kumparan
  1. Kawan Yang Baik Akhlaknya

Baik budi pekerti sahabat kita, baiklah adab kita. Pengaruh sahabat itu boleh jadi tidak secara keseluruhan tetapi sedikit-sebanyak kita akan terikut-ikut dengan kelakuan mereka. Mahu itu yang baik atau yang buruk. 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: “Seorang laki-laki itu bergantung dengan agama teman pergaulannya (sahabat rapat), maka hendaklah salah seorang melihat siapa yang menjadi teman pergaulan 

(Hadis riwayat Abu Daud)

  1. Bersahabat Dengan Penjual Minyak Wangi

Apabila direzekikan seorang sahabat yang baik, sedikit sebanyak kita akan mendapat tempias dari sifat baik mereka. Oleh itu, kita perlu sentiasa perhatikan dengan siapa kita berteman. 

حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin ‘Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa dari bapaknya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”. (Hadis riwayat Bukhari)

  1. Bergaul Dengan Orang Soleh

Akhirnya, hidup kita di dunia ini adalah sebagai persediaan untuk negeri akhirat. Jika kita selalu bergaul dengan orang yang lalai dengan agama, risau kalau-kalau kita terikut-ikut sama. 

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ

Dari Abu Sa’id RA beliau mendengar Rasulullah SAW  bersabda: “Janganlah berteman kecuali dengan orang mukmin dan jangan ada yang memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa.” 

(Hadis riwayat Tirmidzi)

Doa yang ikhlas dari seorang sahabat kepada sahabatnya insya allah diperkenankan. Lebih-lebih lagi ketika dia mendoakan tanpa pengetahuan sahabatnya itu. 

Semoga hubungan baik Mama dengan sahabat kesayangan diberkati dan berpanjangan hingga ke syurga. Mudah-mudahan. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.