KelabMama

Si Mati Terputus Hubungan Dengan Dunia Kecuali Doa. Kumpulan Doa Untuk Orang Meninggal

Kredit gambar: Catalea indigo Shutterstock.com

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh.

(HR Muslim)

Dari hadis tadi, kita faham bahawa orang yang telah meninggal dunia tidak mampu membawa apa-apa ke alam kubur. Namun ada tiga perkara yang dikecualikan dan salah satunya ialah doa.

Bagi yang kehilangan ahli keluarga atau sahabat, Mama boleh bacakan doa-doa yang akan Mama Siti kongsikan selepas ini. Doa-doa ini khas untuk orang telah meninggal dunia.

Semoga urusan mereka di alam kubur dipermudahkan, inshaAllah.

Senarai Doa Untuk Orang Meninggal Yang Boleh Diamalkan

#1 Ketika Mendengar Perkhabaran Orang Meninggal

Kredit gambar: Riana Ambarsari/ Shutterstock

Ummu Salamah R.A berkata bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللهُ: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَخْلَفَ اللهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah, 

(Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un allahumma`jurnii fii musibati wa akhlif lii khairan minhaa)

(Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala karena musibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah menukar baginya dengan yang lebih baik”.

(Hadis Riwayat Muslim)

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Sebenarnya lafaz ini bukan doa untuk si mati sebaliknya peringatan untuk kita yang masih hidup. Sesuai dengan maksud lafaz itu yang bermaksud pengakuan setiap apa yang datang dari Allah akan kembali juga kepadaNya. 

#2 Doa Untuk Si Mati

Kredit gambar: Hazli/ Shutterstock

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً

(Allahummaghfirli wa la hu wa a’qibni min hu ‘uqbaa hasanah)

Maksudnya: Ya Allah, ampuni diriku dan dia dan berikan kepadaku darinya pengganti yang baik

#3 Doa Untuk Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

(Rabbighfir li, wa li walidayya, warham huma kama rabbayani shaghiro)

Maksudnya: Tuhanku, ampunilah dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku. Sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu aku kecil.

#4 Doa Untuk Jenazah Lelaki

Kredit gambar: hmetro.com.my

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

(Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hii wa’fu anhu wa akrim nuzula hu wa wassi’ madkhola hu waghsil hu bilmaai wats-tsalji walbarodi wanaqqi hi minal khothooyaa kamaa yunaqqots tsaubul abyadlu minaddanasi wa abdil hu daaron khoiron min daari hi wa ahlan khoiron min ahli hi wazaujan khoiron min zaoji hi wa adkhil hul jannata wa ‘aidz hu min ‘adzaabil qobri wa fitnati hi wa min ‘adzaabin naar).

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta isteri yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam surga, dan lindungilah dari seksanya kubur serta fitnahnya, dan dari seksa api neraka.

#5 Doa Untuk Jenazah Perempuan

Kredit gambar: Wikipedia 

Doa untuk perempuan yang meninggal dunia sama dari segi makna seperti doa jenazah lelaki. Perbezaannya ialah dari segi sebutan beberapa perkataan memandangkan orang yang meninggal itu perempuan.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ. وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيِرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهَا وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا، وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

(Allaahummaghfir laha warham ha wa’aafi ha wa’fu anha wa akrim nuzula ha wa wassi’ madkhola ha waghsil ha bil maa-i wats-tsalji wal barodi wa naqqi ha minal khothooyaa kamaa yunaqqots tsaubul abyadlu minad danasi wa abdil ha daaron khoiron min daari ha wa ahlan khoiron min ahli ha wazaujan khoiron min zaoji ha wa adkhil hal jannata wa ‘aidz ha min ‘adzaabil qobri wafitnati hi wa min ‘adzaabin naar.)

Artinya: “Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta suami yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam surga, dan lindungilah dari seksanya kubur serta fitnahnya, dan dari seksa api neraka.

Sedekah Surah Al-Fatihah

Kredit gambar: Cholifahcho2 / Shutterstock.com

Dari Ibnu Umar R.A, Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Jika salah seorang dari kalian meninggal dunia, janganlah kalian menahannya. Bersegeralah membawanya ke kubur dan hendaklah ada yang membaca di sisi kepalanya surah Al-Fatihah

Selain itu, ada pendapat lain menyatakan, apa-apa bacaan surah atau amalan yang diniatkan untuk orang yang meninggal juga dibolehkan. 

Berdasarkan laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Sekumpulan ashab atau sahabat Imam Syafi’i dan Imam Ahmad berpendapat bacaan Al-Quran dari orang yang masih hidup bermanfaat untuk si mati. 

Orang yang sudah meninggal dunia akan menerima pahala bacaan yang disedekahkan kepada mereka. 

Mudah-mudahan doa-doa yang kita bacakan untuk orang yang telah meninggal dapat membantu mereka di alam kubur. Lebih-lebih lagi doa-doa dari anak kepada ibu bapa mereka.

Bacalah doa tersebut setiap kali kita ingat kepada orang yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa disana. Hanya amal kebaikan yang pernah mereka lakukan di dunia. 

Sebagai tanda kasih sayang kepada ahli keluarga dan sahabat, mari kita sama-sama membantu memudahkan urusan mereka. Ayuh, baca tentang doa selamat pula!


 Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!