KelabMama

“Ibu Itu Cantik Kerana Tanggungjawabnya” Maka Amalkan Doa Untuk Ibu Ini, Agar Allah Membahagiakannya

wanita membaca doa untuk ibu

Selain daripada doa kita kepada anak-anak, kita sebagai anak juga sangat disyorkan untuk mengamalkan doa untuk ibu dan ayah. Dengan izin Allah, doa seorang anak kepada sang ibu juga akan terus didengari Allah SWT walaupun si ibu telah meninggal dunia.

Besar bukan nikmatNya?

Bak kata seorang penulis Austria, Reiner Maria Rilke dalam bukunya ada menyatakan bahawa, “Kecantikan seorang ibu terletak pada bagaimana dia menjalankan tanggungjawabnya”. 

Balasan kepada ihsan dan sebagai tanda terima kasih kerana telah menjadi ibu yang bertanggungjawab ialah doa. 

Sebagaimana mustajabnya doa dari seorang ibu buat anaknya, begitu jugalah harapnya doa dari seorang anak buat ibunya yang disayangi. Berikut merupakan doa untuk ibu yang Mama dan anak Mama boleh amalkan.

Kumpulan Doa Untuk Ibu di Dunia dan Akhirat, Beserta Doa Yang Terkandung Dalam Al-Quran

(Surah Al-Israk, ayat 24)

#1 Doa Untuk Ibu Dibaca Setiap Hari

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

Rabbighfir lī, wa li wālidayya, warham humā kamā rabbayānī shaghīrā.

Maksudnya: “Tuhanku, ampunilah dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku. Kasihanilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu aku kecil.”

#2 Doa Untuk Ibu

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا وَاغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ وَالمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ

Rabbighfir lī wa li wālidayya warhamhumā kamā rabbayānī shaghīran, waghfir lil mu’minīna wal mu’mināti, wal muslimīna wal muslimāt al-ahyā’I minhum wal amwāti.

Maksudnya: “Tuhanku, ampunilah dan kedua orang tuaku sebagaimana keduanya mengasuhku ketika kecil. Ampunilah orang beriman dan orang Islam baik lelaki mahupun perempuan, yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia” 

(Imam Al-Ghazali, Ihya’i Ulūmiddīn)

#3 Doa Untuk Ibu Yang Telah Meninggal Dunia

Kredit gambar: New Straits Times

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها

وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

‘Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘asfihaa wa fu’anhaa wakrim nudzulahaa wa wassi’ mudholahaa wagsilhaa bilmaai watsalji wal barodi wanaqqohaa min khotooyaa kamaa naqoitats tsaubal abyado minad danasi wabdilhaa daarol khoiron min daarihaa eaahlan khoiron min ahlihaa wajaudzan khoiron nin jaudzihaa waadhilnaj jannata wa a’idzahaa min adzaabil qobrii au min adzabin naar’

Maksudnya: Ya Allah, ya Tuhanku ampunilah dia, dan berikanlah rahmat untuknya, selamatkanlah dirinya, maafkanlah dirinya serta tempatkanlah dia di tempat yang mulia (surga).

Luaskanlah kuburnya, mandikan dirinya dengan air dari salji serta dari ais. Bersihkan dirinya dari segala kesalahan seperti Engkau membersihkan baju-baju yang putih dari kotoran.

Lalu berilah rumah yang jauh lebih baik dari rumahnya di dunia, berilah dirinya keluarga yang lebih baik daripada yang ia miliki di dunia, pasangkanlah dia dengan yang lebih baik daripada pasangan yang ia miliki di dunia, serta masukkanlah dia ke syurga dan peliharalah dia dari seksa kubur dan azab api neraka.

#4 Doa Untuk Ibu dan Bapa

(Surah Nuh, ayat 28)

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

‘Rabbighfir lī wa liwālidayya wa liman dakhala baitiya mu`minaw wa lil-mu`minīna wal-mu`mināt, wa lā tazidiẓ-ẓālimīna illā tabārā’

Maksudnya, “Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” 

Mana-mana ibu yang telah sedaya upaya berusaha menjalankan tanggungjawabnya ialah seorang ibu yang ‘cantik’.

Seorang yang telah dari awal mencintai diri kita harus menerima hal yang sama dan bahkan lebih lagi. 

Semoga Allah menerima doa dari anak-anak buat ibu mereka di dunia dan diakhirat. Mudah-mudahan Allah menggantikan jasa ibu dengan sesuatu yang jauh lebih baik lagi. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.