KelabMama

Amal 5 Doa Suami Isteri Ini Agar Sentiasa Kekal Bahagia dan Dijauhi Daripada Godaan Jahat

doa suami isteri

Penting ke amalkan doa suami isteri zaman sekarang ni? Ya, penting sangat-sangat sebagai salah satu cara untuk mendamaikan hubungan yang sedang bergoyang dengan bantuan dan izin Allah S.W.T melalui doa yang dipanjatkan oleh suami isteri.

Kredit gambar: Mohd Hafizan bin Ilias / Shutterstock.com

Mama Siti sangat-sangat faham tambah lagi jika anda berdua pasangan muda, kalau tiap-tiap hari bergaduh dengan pasangan, siapa yang tak rasa penat kan?

Sedangkan tempat nak bermanja, nak berkasih sayang dan tempat untuk meluahkan segala rasa sedih, stress semuanya hanya pada pasangan. Tapi kalau memanjang asyik bergaduh, bermasam muka, mana nak sempat semua tu kan?

Jadi, apa kata segala aura negatif dalam hubungan anda semua isteri tu ditukarkan kepada aura positif dengan mengamalkan semua doa suami isteri yang Mama Siti kongsikan di bawah ini!

Kalau dah bahagia, tapi nak tambahkan lagi kebahagiaan tu pun boleh juga amalkan.

Senarai Pilihan Doa Suami Isteri

#1. Doa Suami Isteri Untuk Lembutkan Hati

Pilihan 1:

اَللّٰهُ لَطِيْفٌۢ بِعِبَادِهٖ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيْزُ

Allahu latifum bi ‘ibadihi yarzuqu may yasya,wa huwal qawiyyul ‘aziz

Maksudnya:

“Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Kuat, Maha Perkasa”.

Pilihan 2:

Baca ikut turutan di bawah:

  1. Astaghfirullaahal’azhiim 3x
  2. Niat atau mohon kepada Allah S.W.T. apa yang dihajatkan di hati
  3. Kemudian baca Asma Ul Husna iaitu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif 7x
  4. Baca Surah As Syura ayat 19: Allahu latifum bi ‘ibadihi yarzuqu may yasya,wa huwal qawiyyul ‘aziz 7x
  5. Baca Surah Ali Imran Ayat 200: Yaaa aiyuhal laziina aamanus biruu wa saabiruu wa raabituu wattaqul laaha la’allakum tuflihuun

Caranya adalah dengan meletakkan tangan anda ke dada pasangan sambil dibacakan ayat-ayat di atas kemudian hembus pada dada pasangan. Lakukannya pada setiap malam semasa pasangan anda sedang tidur.

#2. Doa Agar Suami Isteri Berasa Senang Ketika Bersama

Kredit gambar: alquranmulia.wordpress.com

Maksudnya:

“Dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”
“1. Thaahaa*. 2. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; 3. tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), 4. iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. 5. (iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy. 6. kepunyaan-Nya-lah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah. 7. dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, Maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi. 8. Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai Al asmaaul husna (nama-nama yang baik).”

(Surah Thaha Ayat 1-8)

#3. Amalkan Zikir Al Latif

Cuba amalkan membaca zikir Ya-Latif iaitu sebanyak 129 kali diikuti dengan ayat 19, surah as-Syura, dibaca selepas selesai solat Subuh dengan membacanya pada pada sebekas atau sebotol air untuk dijadikan minuman dan masakan buat seisi keluarga.

اَللّٰهُ لَطِيْفٌۢ بِعِبَادِهٖ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيْزُ

Maksudnya:

“Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Kuat, Maha Perkasa”.

#4. Doa Pengasih

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ

Maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

(Surah Ali-Imran Ayat 31)

#5. Doa Nabi Yusof

Tukar perasaan benci kepada rasa sayang dengan mengamalkan doa Nabi Yusuf a.s ini:

اِذْ قَالَ يُوْسُفُ لِاَبِيْهِ يٰٓاَبَتِ اِنِّيْ رَاَيْتُ اَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَّالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَاَيْتُهُمْ لِيْ سٰجِدِيْنَ

Maksudnya:

“(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku”.

(Surah Yusuf Ayat 4)

Caranya adalah dengan mengamalkan doa ini sebanyak 3x atau 7x setiap hari pada bila-bila masa sahaja dengan niat untuk dikasihi oleh suami atau isteri. Berdoa secara bersungguh-sungguh kepada Allah S.W.T supaya dapat aura pengasihan buat pasangan.

Semoga dengan perkongsian doa untuk suami isteri di atas ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda semua menjalani kehidupan berumahtangga dengan lebih harmoni, mudah dan teratur lagi dengan izin Allah S.W.T.

Selain petikan doa suami isteri ini, anda juga boleh dapat pelbagai lagi pilihan doa dan tips-tips kerohanian serta panduan agama yang lain di SINI!