KelabMama

Ini Bacaan Doa Selepas Yasin Yang Betul & Hukum Membaca Yasin Setiap Khamis Malam Jumaat

Kredit gambar: Arqam Bin Nasir / Shutterstock.com

Salah satu surah yang popular dan selalu menjadi pilihan umat Islam ialah surah Yasin. Doa ini selalu diamalkan kerana kelebihannya diampunkan dosa dan mendapat pahala berganda. 

Namun, apakah status hadis tersebut? Adakah hadis lemah atau palsu. Mama Siti ada kongsikan di bawah. 

Selesai membaca surah Yasin, kita akan membaca doa selepas Yasin seperti yang terdapat di dalam buku Yasin. 

Kredit gambar: zamzam.com

Membaca doa selepas Yasin adalah cara menutup majlis bacaan Yasin dengan lebih cantik lagi. Baca doa selepas Yasin walaupun hanya membaca Yasin berseorangan.  

Doa Selepas Yasin

Kredit gambar: akuislam.com

‘Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin Hamdan YuwaaFi Ni’aMahu WaYuKaaFi’u MaziiDah, Ya Rabbana LakalHamdu Kama YamBaghii Lijalali WajHika Wa ‘AziiMi Sulthonik.

Allahumma Solli Wassalim ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

Allahumma Bihaqqi Yasinn.. Wal Qur-Aa-nil hakim, wabimanih tartahu BirriSaalati WannuBuwwati Wal Wilaayati Wal Hidaayati iLaa SirooTikal Mustaqim, Wa Bijamii’i Maa Jaa Abihi Minka Jibrill, TanZiiLal-Azii-Zirra-Him.

WabiHawasSil-HuruuFi Wal Asmaa’it-Tamm-Maati Wabima AzharTa Fil WujuuDi Likulli Maujuudin Minal Aayatil BayyinaaTi, WabiKho-Fiyyi LutFikal Mufarriji ‘An Kulli MahMum, al-Mukhollisi Likulli Madyun, Yaa Mujriyal BiHaaRi Wal ‘Uyunn, Ya Mann KhoZaa-inahu Bainal KaaF-Fi Wan-nun, Wa ‘Aalima Bimaa KaaNa Qabla An Yakun.

WaNas Alukallah-Humma An TasLuka Binaa JaaDData ridhooKa, Wa An Taj’aLaaNa AhLan WaMahallal-lisa’AaDaTika Wa RhgiNaaKa, Wa An Tuyassiro Lana Jamii’Al MuRooDaaTi Wal MathoLiBi, Wan Taj’Al RiDhooKa ‘AnNaa KhoiRo MuSooHiBinn LaNaa WaRoFiqq, Wa An TutLifaNaa Bil JalaaLati Wal Mahabbah, Wa An TamunNa ‘Aalayna Bisur’Atil-iJaaBah.

IsTajiBillah-Humma Du’Aa Anaa Wa Haqqiq FiiKa RaJaa Anaa, Wa AdHilNa Fii HirZi LutFikal-Masunn Bisirri Qaulika InnaMaa AmRuHuu iZaa AraaDa Syaii-An An YaQuuLa-Lahu Kun FayaKun, fa subḥānallażī biyadihī malakūtu kulli syai’iw wa ilaihi turja‘ūn, SubHaaNal-MuNafFisi ‘An Kulli Mahmumm, SubHaaNal-MuNafFisi ‘An Kulli MadYunn, SubHaaNaMan AmRuHuu, iZaa ARaaDa Syai-An An YaQuuLa-Lahu Kun FaYaKun.

Ya MuFarriJal Hummum, Ya MuFarriJu Farrij, Ya MuFarriJu Farrij, Farrij ‘AnNaa HuMuuMaNaa Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya DzalJalali Wal Iqramm.

Wasollallahu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin, Wa ‘ALaa Aalihi Wasohbihi Wassalam, Walhamdulillahi Robbil-‘AaLaMinn’

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmatNya.

Wahai Tuhan kami, untukMu segala puji sebagaimana layak kebesaran dan kehebatan kekuasaanMu.

Ya Allah, kami pohon selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabat Baginda semuanya.

Ya Allah, dengan keberkatan Surah Yasin dan kitab Al-Quran yang penuh hikmat dan sesiapa yang Engkau pilih untuk membawa risalah, kenabian, penolong dan petunjuk hingga Sirat al-MustaqimMu.

Dengan kitab Al-Quran yang dibawa oleh Malaikat Jibril, dan dengan kekuatan huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna yang Engkau miliki dan dengan apa yang Engkau perjelaskan dalam Al-Quran tentang kewujudan setiap tanda-tanda yang menunjukkan (kewujudanNya), dan dengan limpah kurniaMu dapat

menghilangkan keluh kesah dan dapat menyelesaikan beban hutang.

Wahai Tuhan yang mengendalikan pergerakan laut dan matahari, Wahai Tuhan yang menjadikan khazanahNya di antara huruf kaf dan nun, Tuhan yang Maha Mengetahui sebelum dan selepas sesuatu keadaan.

Kami memohon kepadaMu Ya Allah agar membuka ruang keredhaanMu, jadikanlah kami bersatu padu memuji dan memuja kekayaanMu agar Engkau permudahkan segala kehendak dan permintaan kami.

Engkau jadikanlah keredhaanMu sebagai teman hidup kami dan dengan limpah kebesaranMu Engkau tunaikan permintaan kami secepat mungkin, perkenanlah doa kami Ya Allah dan benarkanlah harapan kami disisiMu dan masukkanlah kami ke dalam rahsia firmanMu.

Sesungguhnya pekerjaanMu apabila mengkehendaki sesuatu hanya dengan berkata: JADI, maka jadilah ia.

Maha Suci Tuhan yang menguasai setiap sesuatu dan kepadaNyalah Kembali semuanya.

Maha Suci Tuhan yang dapat menghapuskan segala dukacita, Maha Suci Tuhan yang dapat menghilangkan kesusahan dan Maha Suci Tuhan yang dapat menyelesaikan beban hutang dan Maha Suci Tuhan yang kerjaNya apabila mengkehendaki sesuatu hanya dengan berkata: JADILAH, maka jadilah.

Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkan, hilangkan. Ya Tuhan

yang menghilangkan dukacita. Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, hilangkanlah dari kami dukacita.

Wahai Tuhan Yang Hidup, Yang Kekal dan Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Dan Allah telah beri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.

Hukum Bacaan Yasin Setiap Hari Khamis

Asbabun Nuzul Surah Yasin (Sebab Diturunkan)

Kredit gambar: geo.tv

Asbabun nuzul ialah istilah bahasa Arab yang bermaksud sebab penurunan. Sesetengah naskah Al-Quran yang diterbitkan di Malaysia ada dituliskan asbabun nuzul bagi ayat tertentu.   

Ayat 9 Surah Yasin

وَجَعَلْنَا مِنْۢ بَيْنِ اَيْدِيْهِمْ سَدًّا وَّمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَاَغْشَيْنٰهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُوْنَ

Maksudnya: Dan Kami jadikan di hadapan mereka sekat (dinding) dan di belakang mereka juga sekat, dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

Surah ini diturunkan rentetan dari tingkah laku Abu Jahal. Abu Jahal ialah tokoh kafir Quraisy yang sangat membenci baginda kerana menyebarkan dakwah Islam.

Kebencian Abu Jahal semakin membuak-buak menyebabkan dia berkata 

“Sungguh bila saya melihat Muhammad, saya akan ajar dia dan mencelakakannya”

Kenalannya yang melihat Nabi Muhammad ketika itu seraya berkata “itu Muhammad”. Tetapi Abu Jahal binggung kerana dia tidak dapat melihat baginda. Lalu oleh kerana itulah, surah Yasin ayat 8 dan 9 diturunkan.

Kelebihan Surah Yasin

Kredit gambar: sinarplus.sinarharian.com.my

Dari portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat penerangan status kesahihan hadis dan jawapan sama ada ia masih boleh diteruskan atau tidak. 

#1 Diampunkan Dosanya

Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ غُفِرَ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akan diampunkan dosanya” (Riwayat Ibnu Hibban)

#2 Mendapat Pahala Berganda

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ لِكُلِّ شيءٍ قَلْبًا ، وَإنَّ قَلْبَ الْقُرْآنِ ( يس ) ، مَنْ قَرَأَهَا فَكَأنَّما قَرَأَ القُرْآنَ عَشرَ مَرَّاتٍ

Maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-Quran” 

(Riwayat al-Tirmizi)

Kedua-dua hadis di atas dianggap tidak sahih oleh Imam Ibn Kathir disebabkan sanadnya dhaif atau lemah. 

Terdapat perbezaan pendapat tentang hal ini. Salah satunya ialah hadis dhaif boleh diamalkan dengan syarat tertentu tetapi ia tidak boleh dijadikan hujah ketika meletakkan hukum. 

Namun begitu seorang pendakwah ada menyatakan bahawa ayat 9 dan ayat 58 surah Yasin boleh diamalkan.

#3 Sebagai Pelindung Diri dan Rumah

Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa menyatakan ayat 9 surah Yasin boleh diamalkan sebagai pendinding dari sebarang kejahatan dengan syarat hati perlu yakin dengan usaha yang dilakukan.

Begitu juga dengan ayat 58 surah Yasin yang diamalkan agar hajatnya dikabulkan.

Kredit gambar: MHC_Hamdan / Shutterstock.com

Doa selepas Yasin amatlah disarankan. Ianya tak lain tak bukan untuk mencantikkan lagi sesi bacaan surah Yasin. 

Terdapat hadis yang selalu dikaitkan dengan bacaan Yasin tetapi rupa-rupanya hadis tersebut berstatus lemah. Walaupun begitu, ia masih boleh diamalkan menurut sebahagian ulamak yang lain.

Penurunan ayat 9 surah Yasin antaranya disebabkan oleh kelakuan Abu Jahal terhadap Nabi Muhammad SAW. Ayat yang sama boleh diamalkan sebagai pendinging dari kejahatan makhluk.

Akhir sekali, Mama Siti harap semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan semoga kita semoga dikurniakan petunjuk dari Allah. Insya allah kita jumpa lagi di artikel seterusnya. Jom amalkan doa qunut nazilah pula!


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.