KelabMama

Doa Selepas Wuduk Bagi Menyempurnakan Ibadah

Berwuduk ialah amalan membersihkan beberapa anggota badan dengan niat untuk menghilangkan hadas kecil sebelum menunaikan solat. Mendirikan solat tanpa mengambil wuduk tidak sah dalam agama Islam. 

Berwuduk bukan sahaja syarat sebelum menunaikan solat tetapi perbuatan tersebut jika diperhatikan ialah simbolik. Simbolik untuk seseorang membersihkan hati dari sifat buruk dan membersihkan diri dari dosa. 

Dalam wuduk ada anggota wajib dan tidak wajib. Tambahan pula, ada rukun-rukun yang perlu dipatuhi sebelum wuduk kita dianggap sah. 

Seperti dalam firman Allah dalam al-quran;

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka cucilah muka-muka kalian dan tangan-tangan kalian sampai ke siku, usaplah kepalamu dan cucilah kaki-kaki kalian sampai kedua mata kaki” 

( Al Maidah: 6)

Anggota Wajib Wuduk

Kredit gambar: Kartel Dakwah

Rukun Berwuduk

Kredit gambar: Bincang Syariah

Semua perkara yang termasuk dalam rukun hukumnya wajib dilakukan. Ini bermakna ianya tidak boleh ditinggalkan. Kalau terlupa dianggap tidak sah. 

Niat– membaca niat ketika air sampai ke muka

Niat Wuduk Ringkas

‘Nawaitul wudu a lilahi taala’

Maksudnya: Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala

Niat Wuduk Lengkap & Doa Selepas Wuduk

Kredit gambar: The Rohani

‘Nawaitu Rafaal Hadasi As-Ghori Lillahi Taala’

Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala.

Doa Selepas Wuduk

Kredit gambar: Sragen Update

اَشْهَدُاَنْ لَااِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ. وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَاالتَّوَّابِيْنَ، وَجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ،وَجْعَلْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ

‘Asy-hadu An Laa Ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah’
‘Wa-asy-hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh’ 
‘Allahummaj-’alni Minat Tauwabin, Waj-’alni Minal Mutatahhirin’ 
‘Waj-’alni Min ‘ibadikas-solihin’

Mkasudnya: Saya bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah yang esa , tiada sekutu bagi-Nya . Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya . Ya Allah jadikanlah aku orang yang ahli taubat , dan jadikanlah aku orang yang suci, dan jadikanlah aku dari golongan hamba-hamba Mu yang soleh.

Ianya selari dengan dalil dari hadis riwayat Tirmidzi, dari Umar al-Khattab ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Siapa yang berwudhu dengan memperbagus wudhunya, lalu ia mengucapkan 

‘أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى مِنَ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِى مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ

dengan ia membacanya melainkan akan dibukakan baginya delapan pintu surga, ia akan masuk lewat pintu mana saja yang ia mau.”

Kelebihan Berwuduk

Kredit gambar: mStar
  1. Menghapuskan Dosa Kecil

“Dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya.”

  1. Mengangkat Darjat Manusia

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda s.a.w pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya

  1. Mengelak Gangguan Syaitan

Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah s.a.w memberitahu cara untuk merungkaikan ikatan tersebut, dalam sabda Baginda s.a.w: “…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwuduk pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wuduk, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”.

  1. Sebahagian Daripada Iman

Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman…”

Kesimpulannya,

Berwuduk bukan sahaja ketika kita hendak menunaikan solat, ianya juga membawa banyak kelebihan terutamanya perlindungan dari syaitan. 

Tambahan pula, doa selepas wuduk sebenarnya hanya amalan sunat. Namun begitu, kita disarankan membacanya untuk menyempurnakan ibadah kita. Jangan lupa untuk membaca doa selepas solat juga ya Mama!

Semoga wuduk dan bacaan doa-doa kita yang sempurna dapat mengisi kekurangan ibadah kita sebelum ini, insya allah.