KelabMama

Himpunan Doa Selamat Yang Ringkas, Lengkap dan Boleh Diamalkan Setiap Hari

Kredit gambar: Mohd Shukri Mohd Yassin / Shutterstock.com

Mama ada tak perasaan teringin nak buat kenduri atau majlis bacaan doa selamat? Tapi selalunya kalau nak buat majlis, panggil orang ramai datang, kena keluar modal banyak kan. Kita ni pun kadang-kadang ada komitmen lain nak diselesaikan. Akhirnya, niat nak buat kenduri tadi terkubur macam tu je. 

Kredit gambar: ﹏﹏﹏﹏﹏ / Shutterstock.com

Jangan rasa terkilan kalau tak dapat buat majlis bacaan doa selamat. Sebabnya, kita masih boleh baca secara sendiri atau dalam skala yang kecil. Buat yang ringkas pun tak apa.

Doa selamat tu apa sebenarnya?

Ia adalah doa yang dibacakan sebelum sesuatu majlis atau program bermula. Contohnya, majlis kesyukuran. Selain itu, doa selamat dibaca bertujuan untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga dari segala musibah yang mungkin berlaku. 

Paling penting, kita membaca doa selamat ini untuk memohon perlindungan dari Allah dari melakukan kesalahan di dunia dan mencegah diri dari azab api neraka. 

HIMPUNAN DOA SELAMAT

  1. Doa Selamat Ringkas & Pendek

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ

‘Allaahumma Antas Salaam, Wa Minkas Salaam, Tabaaròkta Dzal Jalaali Wal Ikròòm’

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memberi keselamatan. Dari keselamatan. Maha Suci Allah, Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan”

2. Doa Selamat Lengkap (Selamat Dunia & Akhirat)

اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلَامَةً فِى الدِّيْنِ

وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ

وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ

وَبَرَكَةً فِى الرِّزْق

ِ وَتَوْبَةَ قَبْلَ الْمَوْتِ

وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ

وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْت

ِ اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ

وَنَجَاةً مِنَ النَّارِ

وَالْعَفْوَعِنْدَ الْحِسَابِ

‘Allahumma inna nas’aluka salamatan fiddin, wa afiyatan fil jasadi, wa ziyadatan fil ilmi, wa barakatan fir rizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahmatan indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut. Allahumma hawwin alaina fii sakaratil maut, wa najatan minan naari, wal afwa indal hisab’

“Ya Allah, sesungguhnya kami meminta kepada engkau akan keselamatan pada agama, afiyah pada jasad, pertambahan pada ilmu, keberkahan pada rezeki, taubat sebelum kematian, rahmat ketika mati, dan ampunan setelah kematian”

  1. Doa Selamat Dari Tipu Daya Orang Kafir

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

‘Ròbbanaa Laa Taj’alnaa Fitnatal Lil Qòumidh Dhòòlimiin Wa Najjinaa Biròhmatika Minal Qòumil Kaafiriin’

“Ya Tuhan kami, jangan jadikan kami sasaran fitnah dan jauhkanlah kami dari sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari tipu daya orang-orang yang kafir”

[Surah Yunus: 85-86]

  1. Doa Selamat Dari Pemimpin Yang Zalim
Kredit gambar: Kalam.sindonews.com

رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

‘Ròbbibni Lii ‘Indaka Baitan Fil Jannati Wa Najjinii Min Fir’auna Wa ‘Amalihi Wa Najjinii Minal Qòumidh Zhòlimiin’

“Wahai Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam surga, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim

Doa ini diambil dari ucapan isteri Firaun yang memohon kepada tuhan agar dirinya diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun.

Jika anda sedang berhadapan dengan pemimpin sama ada pemimpin komuniti, pemimpin organisasi dan bos di tempat kerja. Boleh amalkan doa ini supaya kita terhindar dari fitnah dan perlakuan yang menyakitkan. 

  1. Doa Nabi Luth

رَبِّ نَجِّنِى وَأَهْلِى مِمَّا يَعْمَلُونَ

‘Rabbi najjinī wa ahlī mimmā ya’malụn’

“Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerusakan itu.” 

[Surah Al-A’raf: 30]

BACA BERSEORANGAN ATAU BERJEMAAH?

Kredit gambar: Utusan.com.my

Lebih baik kalau kita baca ramai-ramai kan. Tak perlu panggil jiran-jiran pun sebenarnya, baca dengan pasangan dan anak-anak pun dah okay sangat. Untuk keselamatan, baik baca sesama ahli keluarga sahaja. 

Tapi kalau saya stay oversea macam mana Mama Siti? Jiran semua bukan orang Islam. Kalau nak jemput kawan-kawan beragama Islam pun kena tetapkan masa, siapkan tempat. Perlu kudrat juga tu? 

Sebab tu Mama Siti bagitahu dekat atas tadi, sebenarnya boleh saja kalau nak baca sendiri. Mulakan dengan bacaan pujian-pujian kepada Allah dan rasul, seterusnya boleh baca doa selamat macam yang Mama Siti senaraikan dekat atas tu. 

WAKTU MUSTAJAB BERDOA 

Selitkan doa selamat yang ringkas selepas solat fardhu. Rujuk senarai nombor 1 diatas. Walaupun pendek tetapi itu lebih baik jika kita sentiasa istiqamah membacanya setiap hari. 

Waktu yang paling disarankan adalah pada sepertiga malam iaitu kira-kira jam 3 pagi hingga 5 pagi. 

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda,

“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Orang yang berdoa pada akhir malam akan dimakbulkan permintaannya oleh Allah. Semua hal berkaitan dunia dan akhirat akan dikabulkan olehNya. Jadi mintalah sebanyak mungkin kepada Allah jika kita berpeluang bangun dan solat di waktu pagi.

Kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lah yang terbaik. Oleh itu, kita memohon agar tuhan mentakdirkan yang baik-baik sepanjang program berjalan. 

Mama Siti teringat suatu masa dulu masa dekat universiti, setiap kali sebelum hiking, mesti ketua ekspedisi akan bacakan doa dahulu sebelum kami semua mula mendaki. Dan alhamdulillah, sepanjang perjalanan naik dan turun bukit, semuanya dipermudahkan. 

Walaupun kadang-kadang ada yang tercedera dan masalah lain tapi semuanya dapat diselesaikan dengan baik. 

Setiap yang membaca doa selamat akan diberikan ganjaran seperti;

Dalam artikel ni Mama Siti dah siap-siap letak bacaan arab, rumi dengan maknanya sekali. Ada banyak pilihan doa selamat ni. Dari yang paling ringkas kepada bacaan lengkap. Doa selamat ni juga boleh dibacakan untuk majlis hari lahir, majlis kesyukuran dan untuk pengantin baru. Semoga bermanfaat untuk Mama sekalian.