KelabMama

Doa Sebelum Tidur Dari Syeikh Ali Jabeer Ada Maksud Tersurat

‘Tidur ialah kematian kecil atau kematian yang ditangguhkan’

Allah pun ada berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 42 yang bermaksud ‘Allah yang mengangkat roh seseorang ketika dia mati dan ketika tidur. Maka di tanganNya, roh orang yang ditakdirkan mati dan dikembalikan roh orang yang tidur sampai ajal tertentu. Sesungguhnya itu merupakan ayat bagi orang yang mau berpikir’

Ketika kita tidur, Allah memegang roh manusia dan akan dikembalikan semula apabila kita bangun tidur. Namun, ada juga yang rohnya tidak dikembalikan iaitu Allah mematikan mereka semasa sedang tidur. 

Justeru, ayuh kita siapkan diri sebelum tidur dengan membaca doa-doa yang baik. Di samping itu, Mama Siti kongsikan juga amalan sunnah Rasulullah SAW sebelum tidur.

Doa Sebelum Tidur

Kredit gambar: Santripedia 

Ini ialah doa yang biasa diajarkan sejak kita kecil lagi. Doanya ringkas dan senang diingat. Mama Siti lampirkan sekali bacaan rumi doa tidur supaya mudah Mama nak hafal.

Selain itu, Almarhum Syeikh Ali Jaber, seorang ulama di Indonesia, pernah mengajarkan doa sebelum tidur. Menurut beliau, doa ini dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. 

Syeikh Ali Jabeer Mengajarkan Doa Tidur Ini

بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

‘Bismika Rabbi wa dha ‘tu janbi wa bika arfa’ uh in amsakta nafsii far hamha, wa in arsaltaha, fah fazhha, bima tahfazhu bihi’ ibaadakas shaalihiin’

Maksudnya: Dengan nama Allah, aku berbaring. Dengan nama Allah, aku angkat diri (bangun). Ya Allah kalau memang malam ini dicabut nyawaku. Ya Allah mohon rahmatilah aku. Kalau masih diberikan umur, jagalah diriku. Sebagaimana terjaga dirinya hamba-hamba yang soleh.

Surah Tambahan dan Amalan Rasulullah SAW Sebelum Tidur

Diambil dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Rupa-rupanya ada bacaan dan amalan tambahan sebelum tidur yang diamalkan baginda Nabi SAW. Paling penting, tips sebelum tidur ini diambil dari sumber yang sahih.  

Dua ayat terakhir daripada Surah Al-Baqarah

Kredit gambar: sukarman S.T / Shutterstock.com

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

Maksudnya : “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah pada malam hari, maka ia sudah cukup”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Membaca 3 Qul Sebanyak Tiga Kali

Kredit gambar: Pinterest

Daripada Aisyah R.anha :

Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi SAW jika baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu baginda membaca : Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu Birabil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas. Kemudian baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.”

(Hadis Riwayat Al Bukhari)

Amalan Sunnah Sebelum Tidur

Kredit gambar: Bincangmuslimah.com

Daripada Al-Bara’ Bin ‘Azib bahawa Nabi SAW bersabda :

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ وقُلْ: اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ، فَإِنْ مُتَّ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ فاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَقُولُ

Maksudnya : Jika kamu datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah seperti mana kamu berwuduk untuk solat. Kemudian berbaringlah dengan lambung kananmu dan sebutlah : Ya Allah aku berserah diri pada-Mu. Aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dengan penuh rasa cinta dan takut. Tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan juga beriman dengan Nabi yang telah Engkau utuskan. Jika kamu mati maka kamu mati dengan fitrah dan jadikanlah ia akhir ucapan yang kamu ucapkan

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Jika kita takutkan kiamat, ternyata ada perkara yang harus lebih kita takuti iaitu kematian. Tiada satu pun makhluk di dunia yang tahu bila ajal mereka tiba.

Mudah-mudahan, doa-doa ini mampu melindungi diri dari anasir jahat. Tambahan pula, semoga ia menjadi salah satu persiapan untuk kita bersedia menghadapi mati.