KelabMama

Peritnya Rindu Boleh Diubati Dengan Membaca 7 Doa Rindu Seseorang Ini

Apabila sedang rindu, seboleh-bolehnya kita mahu bertemu dengan si dia dengan serta-merta, tak kisah individu tersebut merupakan ahli keluarga, kawan-kawan, dan sebagainya. Rasa rindu itu pasti ada apabila kita telah menjalinkan rasa kasih sayang yang sangat erat. Apa yang boleh dibuat? Cuba amalkan doa rindu seseorang ini.

Tujuan kita berdoa untuk apa sebenarnya? 

Doa yang kita bacakan adalah untuk diri sendiri dan orang yang dirindukan. Kita berdoa agar diri kembali tenang dan sabar menunggu hari pertemuan. 

Manakala untuk dia yang kita rindukan, kita mendoakan agar rahmat Allah sentiasa bersama mereka. Itu termasuklah untuk orang-orang yang telah meninggal dunia. 

Doa Ketika Merasa Rindu Kepada Seseorang

#1 Surah Al-Fatihah

Kredit gambar: Islam Ramah

#2 Surah Ta Ha, ayat 39

وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةٌ مِنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي

‘Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii’

Maksudnya: Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

#3 Surah Al-Baqarah, ayat 165

يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ 

‘Yuhibbunahum kahubbillah wallazinaamanu asyaddu hubbalillah’

Maksudnya: Mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.

#4 Surah Ali-Imran, ayat 14

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِن الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ

‘Zuyyina Linnasi hubbush Shahawati Minannisa’i Walbani na Walqanaathiril Muqanthoroti Minazzahabi Walfidhah’

Maksudnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak

#5 Surah Yusuf, ayat 1 hingga 3

Kredit gambar: Islam Itu Indah

Maksudnya: Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran (1) Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya (2) Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya (3)

#6 Surah Yusuf, ayat 4

إِذْ قَالَ يُوسُف لأبيه يتأبت إني رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَجِدِينَ

‘Idz qaala yuusufu li abiihi yaa abati inni ro aitu ahada’ asyara kaukabauw wasy syamsa wal qamara ra aituhum lii sajidin’

Maksudnya: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”

#7 Doa Rindu Seseorang Yang Telah Meninggal Dunia

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ منحله، وَاغْسِلْهُ بالماء والثلج وَالْبَرَدِ ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ التَّوْب الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِوَعَذَابِ النَّارِ.

‘Allahummaghfir lahu warhamhu wa ‘aafihi wa’fu ‘anhu wa akrim nuzulahu wa wassi’ mudkhalahu waghsilhu bilmaa`i wats tsalji wal baradi wa naqqihi minal khathaayaa kamaa naqqaitats tsaubal abyadla minad danasi wa abdilhu daaran khairan min daarihi wa ahlan khairan min ahlihi wa zaujan khairan min zaujihi wa adkhilhul jannata wa a’idzhu min ‘adzaabil qabri au min ‘adzaabin naar’

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah dia, peliharalah dia dan ampunilah dia, muliakan tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, basuhlah dia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaiannya yang putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- dan gantikan keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan keluarganya. rakan kongsi di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMu dan peliharalah dia dari siksa kubur atau siksa api neraka)” (HR. Muslim)

Jika almarhum ialah seorang perempuan sebutan ‘Hu’ boleh ditukar kepada ‘Ha’ yang bermaksud ‘dia’ (bagi perempuan). Manakala sebutan ‘Hu’ digunakan almarhum lelaki.

Rawatlah Rasa Rindu Dengan Cara Ini

Mengubati sakitnya kerinduan, bukanlah satu hal yang mudah. Kita perlukan masa dan usaha. Berdoa ialah salah satu cara meminta Allah menenangkan rasa berkecamuk dalam hati ini. 

Semoga dengan doa kepada orang yang dirindukan dapat menggantikan kehadiran diri kita untuk membahagiakan mereka seperti mana kita berada dekat dengan mereka saat ini.  


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.