KelabMama

Qunut Nazilah, Senjata Umat Islam Ketika Ditindas dan Dilanda Bencana

Satu-satunya bacaan doa qunut yang boleh dibaca dalam semua solat fardhu ialah qunut nazilah. Qunut nazilah pertama kalinya dibacakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW ketika tragedi sahabat penghafal Quran terbunuh di Sumur Ma’unah.

Doa qunut nazilah sunat dibacakan ketika berlaku bencana atau apabila umat Islam ditimpa bahaya. Selain itu, umat Islam boleh membaca doa ini ketika merasa ketakutan, dilanda kemarau, serangan wabak dan lain-lain. 

Ianya disokong berdasarkan hadis berkenaan bacaan doa qunut.  

“Dari Abû Hurairah RA bahawa Nabi SAW ketika akan mendoakan keburukan atas seseorang atau mendoakan kebaikan bagi seseorang, maka beliau membaca qunut setelah rukuk” 

(HR Ahmad dan Al-Bukharî)

Kredit gambar: Radartangsel.com

Doa Qunut Nazilah

Doa qunut nazilah adalah antara 1 daripada 3 doa qunut yang terdapat dalam syariat Islam. Tidak seperti doa qunut Subuh dan doa qunut witir dimana kedua-duanya dibacakan dalam solat tertentu. 

DOA QUNUT NAZILAH #1

(Ringkas. Sama seperti bacaan qunut subuh)

Kredit gambar: akuislam.com

Allahhummah Dinii Fiiman Hadait
Wa ’Aa Finii Fiiman ‘Aafait
Watawal-Lanii Fiiman Tawal-laiit
Wabaariklii Fiimaa A’thait
Waqinii Syarramaa Qadhait
Fainnaka Taqdhii Walaa Yuqdho ‘Alaik
WainNahu Laa Yadzilu-man Walait
Walaa Ya’izzu-man ‘Aadait
Tabaa-rakta Rabbanaa Wata ’Aalait
Falakal-hamdu ‘Alaa Ma Qadhait
Astaghfiruka Wa ’AtuuBu ilaik
Wasallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi, 
Wa ’Alaa Aalihi Washahbihi Wasallam

Maksudnya: “Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah, berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan, dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan, berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan, dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan, maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum, dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin, dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi, maha suci Engkau wahai Tuhan kami dan maha tinggi, maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan, dan kami memohon ampun dariMu dan kami bertaubat kepadaMu, dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.”

(An-Nawawi, Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim: V/176)

DOA QUNUT NAZILAH #2

(Qunut Nazilah yang dibaca oleh Sayyidina Umar dan Ibnu Umar RA)

Allâhumma innâ nasta’înuka wa nastaghfiruk, 
Wa nastahdîka wa nu’minu bika wa natawakkalu alaik, 
Wa nutsnî alaikal khaira kullahu
Nasykuruka wa lâ nakfuruk,
Wa nakhla’u wa natruku man yafjuruk
Allâhumma iyyâka na’budu,
Wa laka nushallî wa nasjud,
Wa ilaika nas’â wa nahfid,
Narjû rahmataka wa nakhsyâ adzâbak,
Inna adzâbakal jidda bil kuffâri mulhaq

Maksudnya: “Tuhan kami, kami memohon bantuanMu, meminta ampunanMu, mengharap petunjukMu, beriman kepada-Mu, bertawakal kepadaMu, memujiMu, bersyukur dan tidak mengingkari atas semua kebaikanMu, dan kami menarik diri serta meninggalkan mereka yang menderhakaiMu. Tuhan kami, hanya Kau yang kami sembah, hanya kepadaMu kami hadapkan shalat ini dan bersujud, hanya kepadaMu kami berjalan dan berlari. Kami mengharapkan rahmat Mu. Kami takut pada siksa-Mu karena siksaMu yang keras itu akan menimpa orang-orang kafir.”

DOA QUNUT NAZILAH #3

(Perlindungan dari serangan wabak)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

“Allahumma inni a’udzubika minal barasi wal jununi, wal judzami wa min sayi’il asqam”

Maksudnya: Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

(Riwayat Abu Daud)

DOA QUNUT NAZILAH #4

(Ketika umat Islam ditindas)

اللهم إنا نجعلك في نحور أعدائنا

ونعوذ بك من شرورهم

اللهم بدّد شملهم وفرق جمعهم

وشتّت كلماتهم وزلزل أقدامهم

وسلط عليهم كلبا من كلابك

يا طهّار، يا جبّار، يا منتقم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا منزل الكتاب، يا مجري السحاب

يا هازم الأحزاب، إهزِمهم، إهزِمهم، إهزِمهم

واُنصرنا عليهم

“Allâhumma ‘innâ naj Aluka fi nuĥuri ‘adâ ‘inâ‚
Wa na‘użubika min syuru rihim,
Allâhumma baddid syam lahum
Wa farriq jam-‘ahum‚
Wa syattit kali mata hum,
Wa zal zil ‘aqdâ mahum,
Wa sallit ‘alayhim kalbân min kilâbik‚
Yâ Qahhâr‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqim
Yâ Allâhu‚ Yâ Allâhu‚ Yâ Allâh‚
Allâhumma yâ mun zilal kitâb‚
Yâ mujriyas saĥâb‚
Yâ hazimal aĥzâb
Ihzim hum. Wan surnâ ‘alayhim”

Maksudnya: 

Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka
Ya Allah, hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah, pecahkan pakatan mereka
Ya Allah, leburkan pendirian mereka
Ya Allah, musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka
Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah
Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan kemenangan untuk kami

Waktu Bacaan Dalam Solat

Mama Siti ulang sekali lagi ya. Qunut nazilah boleh dibacakan dalam mana-mana solat fardhu. Ianya dibacakan pada rakaat terakhir selepas rukuk dan iktidal. 

Kredit gambar: Media Permata

Bacaan Secara Berjemaah 

(Sebagai imam)

Hendaklah menggunakan perkataan jamak kerana mewakili jemaah yang lain. Contohnya, 

“Allâhummah dinî….” menjadi “Allâhummah dinâ…”

Kredit gambar: Pixabay

Solat Bersendirian

Menggunakan bacaan tunggal seperti “Allâhummah dinî” yang bermaksud aku.

Memandangkan mazhab yang diamalkan di Malaysia ialah mazhab Syafie maka qunut nazilah dibacakan secara nyaring ataupun keras. 

Ia dibacakan secara jelas ketika solat berjemaah dan solat bersendirian. Makmum yang mendengar doa ini juga disunnahkan membaca “amin” secara nyaring. 

3 Cara Membaca Doa Qunut Nazilah

  1. Membaca doa qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca qunut nazilah sahaja.
  3. Membaca qunut subuh dan diikuti dengan Nazilah.

Akhir kata, doa qunut nazilah ini dibacakan mengikut keadaan. Sebagai hamba Allah di dunia, qunut nazilah adalah agar kita mendapatkan petunjuk, memohon perlindungan, terhindar dari penyakit dan agar melancarkan rezeki. 

Mama Siti dah sediakan 4 pilihan qunut nazilah untuk Mama beserta bacaan ruminya sekali. Kalau-kalau Mama perlukan bantuan ketika membaca, lafaz rumi ini boleh memperelok bacaan, insya allah. Semoga kita boleh sama-sama membantu antara umat Islam.