KelabMama

Amalkan Doa Qunut Nazilah di Waktu Banjir, InshaAllah Terlepas Dari Bencana

baca doa qunut nazilah ketika banjir

Doa qunut asalnya dimulakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW berikutan peristiwa pembunuhan utusannya ke daerah Najad.

Seramai 70 orang sahabat dihantar ke tempat tersebut bagi menyebarkan dakwah iaitu dengan mengajarkan al-quran dan hukum Islam. Namun begitu kedatangan mereka ke daerah Najad tidak disambut baik.

Sebaliknya, kesemua sahabat Nabi SAW telah dibunuh dan keadaan itu menyebabkan baginda membaca doa qunut nazilah. Ada riwayat yang merekodkan bahawa baginda pernah membaca qunut nazilah selama sebulan.

Hadis dari Anas RA;

“Bahawa Nabi SAW pernah membaca qunut selama satu bulan sambil mendoakan kecelakaan atas mereka kemudian Nabi meninggalkannya. Adapun pada solat subuh, maka Nabi melakukan qunut hingga beliau meninggal dunia.”

3 Doa Qunut Nazilah dengan Bacaan Rumi serta Maksudnya

Kredit gambar: iluvislam.com

1. Doa Qunut Nazilah UNIC

اللهم إنا نجعلك في نحور أعدائنا
ونعوذ بك من شرورهم
اللهم بدّد شملهم وفرق جمعهم
وشتّت كلماتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك
يا طهّار، يا جبّار، يا منتقم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا منزل الكتاب، يا مجري السحاب
يا هازم الأحزاب، إهزِمهم، إهزِمهم، إهزِمهم
واُنصرنا عليهم

Maksudnya:
Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka

Ya Allah, hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah, pecahkan pakatan mereka
Ya Allah, leburkan pendirian mereka
Ya Allah, musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka

Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah

Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab

Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan kemenangan untuk kami

2. Doa Qunut Nazilah

‘Allâhumma innâ nasta’înuka wa nastaghfiruk,
Wa nastahdîka wa nu’minu bika wa natawakkalu alaik,
Wa nutsnî alaikal khaira kullahu
Nasykuruka wa lâ nakfuruk,
Wa nakhla’u wa natruku man yafjuruk
Allâhumma iyyâka na’budu,
Wa laka nushallî wa nasjud,
Wa ilaika nas’â wa nahfid,
Narjû rahmataka wa nakhsyâ adzâbak,
Inna adzâbakal jidda bil kuffâri mulhaq’

Maksudnya:
Tuhan kami, kami memohon bantuanMu, meminta ampunanMu, mengharap petunjukMu, beriman kepada-Mu, bertawakal kepadaMu, memujiMu, bersyukur dan tidak mengingkari atas semua kebaikanMu, dan kami menarik diri serta meninggalkan mereka yang menderhakaiMu. Tuhan kami, hanya Kau yang kami sembah, hanya kepadaMu kami hadapkan shalat ini dan bersujud, hanya kepadaMu kami berjalan dan berlari. Kami mengharapkan rahmat Mu. Kami takut pada siksa-Mu karena siksaMu yang keras itu akan menimpa orang-orang kafir.

(Dibacakan oleh Sayyidina Umar dan Ibnu Umar RA)

3. Doa Qunut Nazilah (Wabak Penyakit)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

“Allahumma inni a’udzubika minal barasi wal jununi, wal judzami wa min sayi’il asqam”

Maksudnya: Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

(Riwayat Abu Daud)

Hukum Baca Qunut


Imam As-Syafie menyatakan bahawa membaca doa qunut ialah sunat. Ianya diamalkan apabila sesuatu tempat dilanda malapetaka atau bencana.

Selain itu, doa qunut nazilah juga dibaca ketika umat Islam ditindas. Sama ada doa itu dibacakan oleh orang yang tertindas atau orang Islam di negara lain juga dibolehkan.

Bila Boleh Dibaca? (Solat Fardhu & Solat Sunat)

Kredit gambar: indogo.com.tw

Qunut Nazilah hanya boleh dibaca di dalam solat fardhu lima waktu. Ini bermakna ia tidak boleh dibaca ketika Mama mendirikan solat sunat.

Kesemua solat fardhu disunatkan membaca doa qunut ketika iktidal rakaat terakhir. Secara ringkasnya Mama boleh membaca doa qunut dalam solat Subuh hinggalah ketika menunaikan solat fardhu isyak.

Ketika Menghadapi Musibah & Bencana, Apa Perlu Kita Lakukan?

  1. Ikhlas Menerima Ujian
  2. Muhasabah Diri
  3. Merangka Langkah Pencegahan
  4. Empati Dan Simpati Kepada Orang Lain

Syariat membaca doa qunut datang dari Rasulullah SAW sendiri. Jadi, Mama dan Papa tidak perlu bimbang memikirkan status amalan ini.

Doa qunut dari kumpulan nasyid UNIC paling Mama Siti gemari disebabkan alunannya yang berlagu. Salah satu dari 3 doa qunut yang Mama Siti senaraikan di atas boleh dibacakan dalam solat fardhu.

Bacalah doa qunut selagi kita masih berada dalam keadaan dilanda malapetaka dan bencana. Cara membacanya mestilah pada iktidal terakhir semasa solat fardhu sahaja.

Ketika ditimba musibah, pertama sekali kita perlu ikhlas menerima ketentuan Ilahi. Hanya dengan menjadi reda, hati kita tenang. Seterusnya, kita hendaklah bermuhasabah dan berusaha menggelak kejadian yang sama berulang kembali.

Semoga kita dapat sama-sama membaca doa qunut nazilah semasa angin ribut atau banjir. Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua hendaknya.


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.